Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Tidak ada pertemuan dengan Fatah tanpa pembebasan tahanan

Jumaat , 24/12/2010 – Timbalan pengerusi biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzouk telah menekankan bahawa tidak ada pertemuan tentang penggabunan dengan Fatah sehingga pihak berkuasa Fatah di Ramallah terus untuk mengabaikan permintaan tahanan yang sedang mogok lapar.

Dia memberitahu PIC dalam temubual dengan Pusat Info Palestin (PIC) pada rabu bahawa pertemuan dijangka akan berlaku pada akhir bulan ini tetapi melihat kepada stuasi yang berlaku kini iaitu tahanan yang melakukan mogok lapar selama 25 hari dan peningkatan penahanan di Tebing Barat, menyebabkan Hamas menangguhkan persediaan untuk menghadapi pertemuan itu.

“Kami tidak akan mengadakan pertemuan dengan keadaan di Tebing Barat, dan Pihak Berkuasa Palestin dan Fatah sepatutnya membebaskan tahanan yang dalam mogok lapar hidup-hidup sebelum mereka dibebaskan dalam keadaan mayat”, tegas pemimpin Hamas itu.

Ditanya adakah pengumuman itu hanya tekanan kepada Fatah, Abu Marzouk berkata bahawa dia telah menghubungi pegawai Fatah, yang mengetuai paksi mereka dalam pertemuan itu, Azzam al-Ahmed dan memberitahunya bahawa tidak ada pertemuan sehingga semua tahanan itu dibebaskan.

Jika Fatah terus menahan kader Hamas dan penyokong Hamas, “kami akan melihat dan memikirkan tentang beberapa keputusan,” beliau memberi amaran, menambah bahawa satu cadangan sedang dibincangkan tentang menambah beberapa nama tahanan sebagai pertukaran tahanan dengan Israel. “Jika kamu tidak dapat tahanan itu keluar daripada penjara pihak berkuasa Palestin, ada banyak lagi pihak yang boleh memberi tekanan untuk membebaskan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz