Categories
Berita Semasa

15 orang ternama dari Lebanon sertai konvoi bantuan Asia

Rabu , 29/12/2010 – Deeb Hijazi, Sekretariat Jawatankuasa Inisiatif Kebangsaan Memecahkan Sekatan Gaza di Lebanon memaklumkan bahawa jumlah peserta dari Lebonan yang akan menyertai konvoi bantuan Asia telah mencecah angka 15. Mereka terdiri daripada para doctor, ketua-ketua serta wakil-wakil institusi kemanusiaan dan sivil.

Kata Hijazi lagi, lanjutan daripada mesyuarat tergempar yang diadakan oleh jawatankuasa itu, konvoi tersebut akan tiba di Pelabuhan Latakia, Syria dalam beberapa hari lagi dan penganjur berhasrat untuk memasuki Gaza pada 27 Disember ini sempena tahun kedua Perang Gaza.

Bagi pihak Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa pula, pengarahnya, Nabil Hallaq mendedahkan komunikasi dan mesyuarat yang telah diadakan antara Jawatankuasa Inisiatif dengan konvoi Asia. Beliau turut mengesahkan bahawa satu deleghasi dari Beirut akan tiba pada Khamis depan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa