Hamas, Fatah Tandatangan Perjanjian Perpaduan

Khamis , 05/05/2011 – Paksi Palestin menandatangani perjanjian penyatuan di Kaherah pada Selasa untuk mengakhiri pemisahan antara Tebing Barat dan Gaza serta akan mengadakan pilihanraya dalam masa setahun. Israel menyatakan perjanjian ini akan meranapkan kedamaian serantau.

Wakil daripada 13 paksi termasuk presiden Palestin, Mahmud Abbas (Fatah) dan pesaingnya Hamas, serta wakil politik bebas bersetuju atas perjanjian itu berikutan perbincangan dengan pegawai Mesir.

“Semua paksi Palestin menandatangani dokumen itu dalam pertemuan dengan pegawai perisikan Mesir,” Bilal Qassem, ahli Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) memberitahu AFP.

Dia berkata bahawa semua paksi diberikan peluang untuk berbincang dan menimbulkan cadangan. “Kami menandatangan perjanjian walaupun ada sedikit ketidaktentuan. Tapi kami memikirkan kepentingan negara tertinggi,” kata Walid al-Awad, ahli haluan kiri Parti Rakyat Palestin.

“Kami membincangkan semua cadangan. Semua bersetuju untuk membawa cadangan ini untuk ditimbang tara,” katanya kepada televisyen Mesir tanpa mengulas lanjut. Perjanjian ini telah dikutuk oleh Perdana Menteri Rejim Israel, Benjamin Netanyahu sebagai ‘usaha meranapkan proses kedamaian’.

Netanyahu menyeru Abbas untuk membatalkan perjanjian yang dikatakan ‘penghalang yang tidak boleh dielakkan’ oleh ketua delegasi Fatah Azzam al-Ahmed.

Ahmed berkata bahawa paksi itu akan bekerja membentuk kerajaan selepas majlis rasmi di Kaherah pada Rabu yang akan dihadiri oleh Menteri Luar Mesir, Nabil al-Arabi, dan Ketua Liga Arab, Amr Mussa. Abbas yang tiba di Kaherah pada petang selasa dan ketua Hamas, Khaled Meshaal juga akan hadir.

Perjanjian itu yang diumumkan minggu lepas, hadir setelah 18 bulan perbincangan yang tidak memberikan hasil. Perjanjian itu mengumumkan pembentukan kerajaan bersama, dan akan melaksanakan pilihanraya presiden dan tempatan dalam setahun.

sumber : The Nation
penterjemah : redz