
Selasa ,13/01/2009 – Briged Izzuddin Al-Qossam, sayap gerakan pejuang Hamas menyatakan bahawa pihaknya telah berjaya menembak helikopter tempur Israel, ketika bergerak di ruang udara Gaza petang Ahad (11/1) hingga terpaksa melakukan pendaratan cemas. Dalam keterangannya, roket anti pesawat milik al-Qossam berjaya merosakkan pesawat tempur Israel dan memaksanya mendarat cemas.








