Categories
Berita Semasa

“Yayasan al-Aqsa” dedah terowong baru mengancam masjid ‘Ain Salwan dan bangunan berhampiran.

Jumaat, 06/02/2009 – ‘Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa’ dalam satu kenyataan pada pagi Khamis 2/5/2009 mendedahkan bahawa pihak berkuasa muzium Zionis membiayai dan merestui sebuah persatuan penempatan Zionis (Il’ad) menggali terowong baru yang terletak di sebelah kiri masjid ‘Ain Salwan, Kampung Salwan di al-Quds, yang terletak di sebelah selatan Masjid al-Aqsa.

Penggalian terowong ini bertujuan untuk menyambungnya dengan rangkaian terowong-terowong yang telah digali di Kampung Salwan sepanjang ratusan meter sehingga sampai ke bahagian bawah Masjid al-Aqsa pada bahagian Barat Laut. Penggalian terowong yang dijalankan akhir-akhir ini juga mengancam keselamatan masjid tersebut dan juga rumah-rumah berhampiran.

Yayasan itu juga berkata dalam kenyatannya, “proses penggalian rangkaian terowong yang panjang terus dilakukan yang sesetengahnya bermula dari kawasan Ain Salwan, menghala ke arah Masjid al-Aqsa.” Beberapa hari lalu, yayasan ini telah menjalankan beberapa siri rondaan bagi kawasan masjid Ain Salwan. Dalam rondaan tersebut, didapati apa yang dinamakan sebagai “Pihak Berkuasa Muzium Zionis” melakukan penggalian terowong baru.

Rancangan itu dilaksana dan dibiayai oleh satu badan penempatan Zionis yang bernama Il’ad. Satu bahagian daripada terowong itu berjaya ditemui yang digali dari bahagian kiri masjid Ain Salwan dan bersetentang dengan jalan. Sehingga kini, 6-8 meter telah digali. Terowong itu lebarnya lebih kurang 5 meter dan tingginya mencapai ketinggian 4 meter. Pada tempat penggalian baru itu juga ditemui beberapa tangga, dinding besar, bekas-bekas tembikar, tulang dan matawang lama.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

27 replies on ““Yayasan al-Aqsa” dedah terowong baru mengancam masjid ‘Ain Salwan dan bangunan berhampiran.”

Allah berfirman dalam (2:120) ttg yahudi yg x pernah redha dgn agama Allah..jd penyelesaiannye Allah letak dalam (9:122)..jadi same2 kite bertindak..jgn hanya merenung dan memikirkan ayat2 Allah ini..wallahualam..afwan..

seperti musa dgn firaun
walaupun sudah di beri tanda waktu kelahirannya
bahkah musa sendiri dibesarkan dlm istana firaun.
firaun tidak berdaya buat apa2 tanpa izin Allah.
begitu juga puak zionis ni.
buatlah apapun
dah tertulis palestinlah tempat kuburan mereka
di tangan orang islam.

Melalui Saiyidah Asiah,Allah pelihara Nabi Musa dlm istana fir’aun.sekarang ni melalui siapa Allah nak kuburkan zionis di palestin?

Hosni ‘la MUBARAK fih’? Obama?

Atau KITA?

Tanya iman dalam dada

teruskan perjuangan saudara2 ku….sesungguh nya ALLAH bersama kita…..kita tolong agama ALLAH,ALLAH akan tolong kita….percayalah pada yang maha kuasa…Dan doakan supaya di bukakan pintu hati para pemimpin Islam moga diberi hidayah oleh ALLAH untuk terus perjuangkan agama Islam….Jangan pernah rasa ragu untuk BOYCOTT…Walaupun payah,tapi akhirnya kita akan dapat manisnya…Berjuang dan terus berjuang….

Jangan konsumsi produk-produk amerika, zionis israel dan antek-anteknya. LAKUKAN SEKARANG JUGA. TOLAK PRODUK-PRODUK AMERIKA!!!!!!!

yes2.benar kata lo. gue sokong. tolong sebarkan risalah2 memboikot di sekitar kawasan masing2..

Ephedra pills….

Denver ephedra attorney. Herbal stimulant ephedra alternative. Ephedra yellow swarm. Where is ephedra legal. Georgia ephedra attorneys. Ephedra lafayette la. Ephedra liquid gel products. Ephedra effects….

Comments are closed.