Categories
Berita Semasa

Penyelesaian Perjuangan al Quds, Hidupkan Kembali Budaya Perlawanan

Khamis , 04-12-2014 – “Kita perlu menghidupkan budaya perlawanan dan tidak menyerah untuk membela al Aqsa dan tempat-tempat suci. Musuh terus memerangi kita, mereka tidak peduli dengan kita jika kita tidak kuat. Oleh itu saya yakin kita perlu meniti jalan melawan musuh ini dengan jalan perlawanan dan bukan jalan perundingan.”

Hal tersebut disampaikan Syaikh Dr. Najih Bukairat kepada wartawan Pusat Informasi Palestina, Isnin (1/12). Bukairat menambahkan, “Jalan perundingan membuat kita kehilangan terlalu banyak hak. Saya yakin hanya perlawanan yang akan membuat musuh memahami. Di sana ada rakyat yang hidup dan isu mereka tidak pernah mati.”

Beliau memperingatkan, “Al Aqsa sekatang ini bukan hanya dalam bahaya. Pada tahun 2012 masjid al Aqsa diserbu oleh lebih dari 8500 penduduk pendatang Yahudi, pada tahun 2013 diserbu lebih dari 9400 penduduk Yahudi dan pada tahun 2014 ini sudah diserbu lebih dari 12750 penduduk Yahudi. Ini membawa maksud sedang berlaku pergerakan besar dalam penyerbuan terhadap masjid al Aqsa.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin yang hilang diheret ke penjara Israel semasa mencari kerja

Khamis , 04-12-2014 – Persatuan Bulan Sabit Merah memaklumkan kepada keluarga remaja Palestin berusia 17 tahun yang hilang bahawa anak lelaki mereka itu kini ditahan di sebuah penjara Israel di Tanah Terjajah 1948 Palestin.

Keluarga mangsa berkata mereka telah dimaklumkan mengenai penahanan anak lelaki mereka itu melalui panggilan telefon oleh Persatuan Bulan Sabit Merah. Bapa saudara kepada tahanan muda itu berkata bahawa anak saudara lelakinya itu, Jamal Mosleh, telah hilang selama beberapa hari dan telah diculik oleh Angkatan Bersenjata Israel ketika sedang cuba merentas pagar keselamatan Gaza ke Tanah Terjajah Palestin 1948 dalam usahanya untuk mencari pekerjaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Sheikh Hussein dan Sabri memberi amaran berhubung dakwaan rabbi yang mengelirukan terhadapa J’lem , Aqs

Khamis , 04-12-2014 – Mufti Besar Jerusalem dan Palestin Sheikh Mohamed Hussein dan ketua pihak berkuasa Islam yang lebih tinggi Sheikh Ikrima Sabri memberi amaran terhadap percubaan rabbi Yahudi yang mempersoalkan tamadun Islam dan Arab di Baitulmuqaddis dan hak umat Islam ‘ ke atas Masjid Aqsa .

Mereka memberi amaran mereka di tengah- kenyataan baru-baru ini oleh ketua rabbi tentera Israel Rafi Peretz , yang mempersoalkan kesahihan kehadiran umat Islam di Masjid Al-Aqsa . Sheikh Sabri mengutuk kenyataan ragu-ragu rabbi itu dan menggelarnya sebagai muflis , mengelirukan dan palsu .

Sheikh Sabri menegaskan bahawa ahli-ahli arkeologi Yahudi itu sendiri , mengakui bahawa mereka telah tidak menjumpai satu permata di bawah atau di sekitar Masjid Al-Aqsa yang berkaitan dengan sejarah Ibrani Yahudi dan menekankan bahawa sejarah Islam berakar umbi di tanah Palestin .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel cedera dalam kes langgar lari

Khamis , 04-12-2014 – Seorang pendatang Israel mengalami kecederaan serius dalam satu kejadian langgar lari di selatan Nablus petang Khamis, sumber Hebrew melaporkan.

Jurucakap polis Israel mengatakan bahawa tentera Israel melancarkan kempen pemeriksaan besar-besaran dan meletakkan sejumlah penghadang jalan di sekitar kota Nablus untuk menangkap saspek tersebut. Dia berkata, siasatan awal menunjukkan yang saspek memandu menuju pusat pemeriksaan Hawara selepas kejadian itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Jordan Memanggil Duta Israel Selepas Dia Mencemuh Parlimen Jordan

Selasa , 02-12-2014 – Jordan telah memanggil duta Israel ke Amman sebagai tanda protes kepada cemuhan yang dilemparkan oleh duta itu ke atas Ahli Parlimen Jordan.

Menteri Informasi Jordan, Mohamed al-Momani berkata bahawa kerajaan menyeru duta itu bersama menteri luar untuk perbicaraan pada hari Selasa. Arahan itu tiba beberapa hari selepas duta itu mengutuk Parlimen kerana bertafakur sebagai mengenang dua orang shuhada’ yang dibunuh polis Israel selepas melakukan serangan ke atas sunagog di Baitul Maqdis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Badran: Pertelingkahan di Tebing Barat tidak dapat dihentikan

Selasa , 02-12-2014 – Jurucakap gerakan Hamas Hossam Badran berkata, pertelingkahan yang berterusan di Tebing barat kini memasuki fasa baru apabila tiada mana-mana kuasa di bumi ini yang dapat menghentikannya.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Badran berkata, “rakyat Palestin merupakan penentu utama dan tiada sesiapa boleh memaksakan agenda mereka kepada kami.” Peristiwa yang sedang berlaku di Tebing Barat merupakan peluang demi kebaikan Palestin, beliau menekankan. “Baitulmuqaddis dan Tebing Barat sedang menyaksikan situasi neutral.” Badran menyeru pihak berkuasa Palestin agar bersama-sama dengan pilihan rakyat. Jika tidak, sejarah dan rakyat Palestin tidak akan berpihak kepada yang menghalang mereka daripada menentang penceroboh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu rumah ahli PLC sementara cucu di tahan.

Rabu , 26-11-2014 –Tentera Penjajah Israel (IOF) memecah masuk ke rumah salah seorang ahli “Palestinian Legislative Council” (PLC) atau Majlis Perundangan Palestin Ahmad al Haj di Nablus pada subuh hari Isnin. Cucu beliau ditahan sewaktu serbuan tersebut.

Anak perempuan beliau mengesahkan kepada wartawan bahawa tentera IOF memecah masuk dan menggeledah apartmen beliau dan bapa beliau sebelum menangkap anak lelakinya. Adel Dweikat, 27 pernah ditahan selama 38 bulan di penjara Israel di dalam dua tangkapan berasingan, telah ditahan sewaktu serbuan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Haneyya Membincangan Topik Penting Bersama Hamdullah

Rabu , 26-11-2014 – Pengerusi Penolong Biro Politik Hamas, Ismail Haeyya berbincang dengan Perdana Menteri Palestin, Rami al-Hamdullah tentang beberapa topik penting melalui telefon.

Pejabat Haneyya mengeluarkan kenyataan tentang panggilan telefon pada petang Ahad itu bahawa mereka membincangkan beberapa isu kunci tetapi tidak akan memberitahu secara terperinci. Hubungan antara Hamas dan kerajaan sementara Hamdullah ketika ini tegang kerana kerajaan Hamdullah mengabaikan kepentingan Gaza dan sering menangguhkan untuk menyelesaikan isu pekerja awam Gaza yang dilantik ketika pemerintahan Hamas yang tidak menerima gaji mereka selama 6 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Khawatir Dibunuh, Zionis Larang Menterinya Masuk al Aqsa

Rabu , 26-11-2014 – Saluran TV7 Zionis hari Isnin malam (24/11) mengatakan bahawa pihak keselamatan Zionis meminta Menteri Perumahan Zionis, Ory Ariel untuk tidak masuk ke masjid al Aqsa, khawatir beliau dibunuh.

Sebagaimana dilaporkan saluran TV7 Zionis, Ory Ariel telah meminta izin untuk masuk masjid al Aqsa. Namun pihak keselamatan Zionis menolak permintaan tersebut. Penolakan ini disebabkan situasi keamanan di al Quds yang tidak stabil dan tidak kondusif. Beliau akhirnya memutuskan tidak meneruskan rancangan memasuki masjid al Aqsa.

Disebutkan bahawa pasukan pengawal pribadi dari bahagian perisikan Zionis, Shin Bet telah melipatgandakan penjagaan keselamatan Ariel, kerana dia mendapat ancaman bunuh melalui telefon dari orang yang tidak dikenali.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel halang delegasi rasmi Jordan daripada menghadiri persidangan di Ramallah.

Rabu , 26-11-2014 – Pihak rejim Israel (IOA) menghalang ketibaan delegasi rasmi Jordan di Ramallah daripada menyertai persidangan antarabangsa yang melibatkan pihak tempatan dan dianjurkan oleh Palestin.

Sekretariat di Amman memberitahu ia menerima jemputan untuk menghadiri persidangan itu, tetapi IOA menolak untuk memberikan kebenaran bagi memasuki wilayah Palestin yang dijajah. Setiausaha Amman Akel Beltaji menyelar Israel dalam kenyataan akhbarnya kerana menghalang delegasi dari menyertai persidangan dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis lepaskan tembakan di Gaza, cederakan remaja

Rabu , 26-11-2014 – Angkatan Penjajahan Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin berhampiran dengan pagar sempadan Rafah selatan di Semenanjung Gaza pada petang Ahad lalu. Seorang remaja berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Abdel Razek Qadhi mengalami kecederaan
sederhana semasa serangan tembakan itu dan telah dipindahkan ke hospital tempatan di bandar, menurut laporan sumber media Palestin.

Sumber itu turut menyatakan bahawa dua orang rakyat Palestin telah ditahan dalam serangan tersebut. Terdahulu, pada Ahad lepas, Mohamed Halaweh berusia 32 tahun terbunuh akibah tembakan senjata Israel dalam satu pencabulan gencatan senjata 26 Ogos secara terang-terangan di Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Morsi minta bicara kepada masyarakat.

Rabu , 26-11-2014 – Pusat Informasi Palestin. Bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Muhammad Morsi pada hari Isnin mengemukakan permohonan kepada Pihak Mahkamah agar membenarkannya memberi penjelasan akan perkara yang tidak diketahui masyarakat, pihak kementrian pertahanan dan hakim. Hal tersebut dibangkitkan ketika perbicaraan yang berlaku antara Mursi, Kementerian Pertahanan dan Mahkamah ketika pembicaraan kes Mahkamah Jenayah di Akademi Polis Hari ini yang diketuai Hakim Sya’ban Asy-Syami, pihak tertuduh Mursi beserta 35 yang lain. Perbicaraan tersebut dilanjutkan pada Rabu hadapan untuk meneruskan pliding pendakwaan. Ketika perbicaraan, Morsi berkata dengan suara yang kuat dari dalam kandang tertuduh, “Saya menghormati mahkamah dan segala kuasanya akan tetapi saya menolak menghakiman ini dan hal ini adalah suatu hal yang jelas. Saya menolak semua pertuduhan yang dijatuhkan keatas saya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Kesihatan Hasylimun kritikal dan tetap terus dibicarakan.

Rabu , 26-11-2014 – Pusat Informasi Palestin. Pihak Hal Ehwal Tawanan menerangkan bahawa keadaan kesihatan tawanan yanag cedera, Maher Al Hasylimun adalah kritikal. Walaupun di dalam keadaan bertarung nyawa, pihak berkuasa penjajah memutuskan akan perbicaraan penghakiman dilaksanakan kerana tempoh pelaksanaannya telah pun diundur.

AL Hasylimun telah ditangkap di dalam keadaan cereda setelah menikam mati seorang penduduk Israel di Kompleks “Ghous Atshiyun” berdekatan Bandar Bait Lahm dua hari yang lalu.

Peguam Karim Ajwah yang menziarahi Al Hasylimun petang rabu di Haspital Hadasa menjelaskan bahawa Doktor yang bertugas merawat Al Hasylimun memberitahu bahawa telah dijalankan pembedahan ke atas Al Hasylimun semalam dan sepatutnya satu lagi pembedahan sepatutnya dilaksanakan pada hari Khamis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muiz

Categories
Berita Semasa

Kementerian luar letakkan kerajaan Israel, Knesset bertanggungjawab atas kejadian di Jerusalem

Selasa , 25-11-2014 – Kementerian Luar Palestin meletakkan Kerajaan Israel dan pihak ekstrem di dalam Knesset bertanggungjawab sepenuhnya di dalam ” kejadian yang semakin memuncak di Jerusalem yang ditakluk”.

“Kerajaan yang menakluk sedang melancarkan perang terhadap Jerusalem dan tempat-tempat ibadat Islam untuk menjadikan tempat ibadat yahudi dan memisahkan mereka dari persekitaran Palestin.” Kementerian menyebut di dalam kenyataan akhbar pada hari Rabu.

Pihak kementerian menekankan tentang pembunuhan kejam ke atas remaja 16 tahun Mohamed Al khudair dengan membakarnya hidup-hidup di tangan penjajah yahudi adalah titik penting dalam kejadian yang memuncak ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Yayasan Aqsa: Israel masih meneruskan pemusnahan kawasan bersejarah di selatan Aqsa

Selasa , 25-11-2014 – Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa berkata, pihak berkuasa tinggalan sejarah Israel dan persatuan Elad berkeras untuk memusnahkan kawasan bersejaraha Islam dekat kemasukan ke Wadi Hilweh, selatan Masjid Aqsa untuk membina pusat Yahudi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, yayasan itu menyatakan, aktiviti cari gali dan pembinaan oleh Israel di selatan Masjid Aqsa mengakibatkan kemusnahan kawasan tinggalan arkeologi Islam sejak era Umayyah dan Abbasiyah.

Yayasan itu merayu kepada organisasi antarabangsa, Arab dan Islam yang berkaitan dengan perlindungan warisan pembinaan bersejarah agar mengambil tindakan untuk melindungi kawasan Islam tersebut dan menghalang Israel daripada membina pusat Yahudi di situ.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati