
Rabu, 04-03-2015 – Gerakan Penentangan Islam , Hamas , meminta masyarakat antarabangsa meletakkan Israel dan para pemimpinnya dalam senarai agen keganasan . Permintaan itu disuarakan selepas penduduk Yahudi yang disokong kerajaan negeri membakar sebuah masjid dan gereja di Tebing Barat selama dua hari berturut-turut .
Pemimpin Hamas dan bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama , Dr Ismail Radwan , mengutuk pada hari Khamis serangan membakar pada kedua-dua tapak suci , berkata , ” membakar tempat-tempat suci dan menulis slogan anti – Islam dan anti -Kristian oleh peneroka Israel menunjukkan bahawa pendudukan haram Israel merupakan sesuatu membahayakan manusia dan tempat-tempat suci ” .
Dr. Radwan menggesa masyarakat antarabangsa bersama-sama dengan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia meletakkan Israel dalam senarai pengganas bagi jenayah yang yang menunjukkan kebencian dan permusuhan kepada manusia dan tempat suci.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada & nur idawati