Categories
Berita Semasa

Hamas: Pertahanan yang kuat akan menjadi satu-satunya cara untuk membebaskan Palestin

Rabu, 01-04-2020 – Pergerakan Hamas telah mengulangi berkali-kali akan kepentingan pertahanan sebagai satu-satunya cara untuk membebaskan rakyat Palestin dan tanah mereka dari dirampas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada ulang tahun ke 44 Hari Tanah, Hamas menyatakan kepercayaan mereka bahawa tidak akan ada masa depan dan tidak ada kemenangan untuk penceroboh.

“Ulangtahun Hari Tanah ini memperbaharui kesedaran kita untuk menghadapi pencerobohan walaupun perlbagai penganiayaan, penindasan, keganasan, diskriminasi kaum, rampasan tanah dan kampung
terpaksa dihadapi,” kata Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Kebimbangan Mengenai Coronavirus Meningkat Di Penjara Israel

Rabu, 01-04-2020 – Rejim Zionis pada hari Isnin telah mengumumkan bahawa tiga tahanan penjara Israel telah disahkan menghidapi penyakit coronavirus, yang mencetuskan kebimbangan tentang potensi wabak di kalangan warga Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata bahawa tiga tahanan penjara Israel yang bekerja di penjara Ofer dan Nitzan telah disahkan positif untuk coronavirus.

Suruhanjaya itu memberi amaran mengenai “potensi bencana” yang mungkin mengancam nyawa lebih 5,000 warga Palestin yang ditahan di 23 penjara dan pusat tahanan Israel, termasuk 180 kanak-kanak, 41 wanita dan 700 tahanan yang sedang mengalami masalah kesihatan.

Suruhanjaya berkenaan bimbang bahawa sebilangan besar tahanan Palestin di penjara Israel boleh dijangkiti dengan coronavirus jika penjagaan kesihatan dan langkah pencegahan yang sewajarnya tidak dilakukan.

Ia menyeru pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, terutamanya Palang Merah, untuk menggesa pihak berkuasa Israel untuk mengambil langkah-langkah perlindungan yang sewajarnya dan menjalankan ujian saringan untuk tahanan Palestin bagi memastikan keselamatan mereka.

Ia juga menggesa supaya tahanan-tahanan yang paling lemah dibebaskan dengan kadar segera, terutamanya kanak-kanak, wanita, dan tahanan yang sakit dan tua.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Gaza: Kementerian Kesihatan merayu sejumlah $23 juta untuk menghadapi corona

Selasa, 31-03-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza telah melancarkan rayuan terhadap masyarakat antarabangsa sejumlah $23 juta untuk membantunya menghadapi dan membendung penyebaran coronavirus di kawasan yang serba kekurangan.

“Untuk menghadapi coronavirus di Gaza, kami menyeru masyarakat dan institusi kebajikan antarabangsa untuk segera menyumbang 23 juta dollar,” jurucakap kementerian kesihatan Ashraf Qudra menyatakan pada sidang akhbar Khamis lepas.

“Kementerian Kesihatan sangat bimbang tentang kekurangan ubat-ubatan penting, barang-barang perubatan, bekalan makmal, bank darah serta kekurangan alatan untuk menjalankan pemeriksaan coronavirus.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

NGO Belgium rayu bantu Gaza hadapi coronavirus.

Isnin, 30-03-2020 – Sebuah organisasi bukan kerajaan Belgium merayu agar kepungan ke atas Semenanung Gaza dihentikan berikutan pandemik coronavirus di seluruh dunia dan mengesa pihak kerajaannya mengambil langkah segera mengatasi kesan penularan wabak  tersebut.

“Belgium perlu lebih bertanggungjawab dari sebelumnya untuk mendesak supaya kepungan yang dibuat rejim Israel ke atas Gaza ditamatkan,” demikian kata NGO itu dalam sepucuk surat yang dihantar kepada pihak kerajaannya.

Mereka juga meminta agar dilakukan usaha segera untuk membekalkan “alat bantuan pernafasan, katil rawatan intensif, kit ujian pengesanan dan segala bentuk kemudahan yang boleh mengurangkan risiko jangkitan.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lanjutkan Tahanan Pentadbiran Wartawan Palestin

Isnin, 30-03-2020 – Pihak berkuasa rejim Zionis pada hari Ahad lalu telah memutuskan untuk melanjutkan penahanan pentadbiran wartawan Palestin Bushra al-Tawil, 26, selama empat bulan.

Menurut Pejabat Media Banduan, al-Tawil yang merupakan seorang penduduk Ramallah di Tebing Barat, telah ditangkap oleh Rejim Zionis pada Disember 2019 dan telah ditahan semenjak itu tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Al-Tawil adalah salah seorang daripada lebih 40 wanita dan gadis Palestin yang sedang ditahan di penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Sheikh Bakirat dilarang masuk masjid Aqsa seminggu.

Selasa, 10-03-2020 – Polis rejim Israel telah memaklumkan kepada Sheikh Najeh Bakirat, Timbalan Pengarah Wakaf Islam Baitulmaqdis yang juga Ketua Akademik Sains dan Warisan bahawa beliau tidak dibenarkan memasuki Masjidil al-Aqsa untuk tempoh satu minggu.

Pihak polis rejim tidak memberitahu sebab larangan tersebut. Sebelum ini, pihak rejim telah menguatkuasakan larangan masuk seperti itu ke atas Sheikh Bakirat sebanyak 22 kali.

Penduduk Baitulmaqdis berkata bahawa Sheikh Bakirat menerima perintah larangan selepas beliau ditanya tujuan beliau masuk ke  masjid di pusat tahanan al-Qishla yang terletak di bandar suci tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel merampas kawasan pertanian Palestin di al-Khalil

Selasa, 10-03-2020 – Para pendatang Israel pada Rabu merampas satu kawasan pertanian Palestin di bandar Beit Ummar utara Tebing Barat bandar al-Khalil.

Aktivis Mohammed Awad menyatakan yang para pendatang Israel, dengan diiringi pasukan bersenjata, merampas 12 dunum kawasan pertanian di Beit Ummar yang ditanam dengan badam, anggur dan zaitun serta memasang kawat berduri sekitarnya.

Awad berkata, tanah itu dimiliki warga Palestin bernama Saqer Abu Ayyash dan saudara-saudaranya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih 160 Peneroka Mencemari Masjid Aqsa

Selasa, 10-03-2020 – Sekurang-kurangnya 163 peneroka Yahudi telah melawat Masjid Aqsa di bawah perlindungan pihak polis.

Para peneroka, yang termasuk para pelajar dan pegawai kerajaan, melawat halaman Masjid dan menerima penerangan mengenai gunung kuil.

Masjid Aqsa terdedah kepada penindasan setiap hari oleh peneroka Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel tahan warga Palestin, geledah rumah dalam serbuan di Tebing Barat.

Jumaat, 06-03-2020 – Tentera rejim zionis Israel bertindak memecah masuk beberapa buah rumah di Tebing Barat dan menahan sejumlah warga Palestin serta mencuri wang mereka.

Sumber tempatan berkata bahawa tentera rejim telah menahan 12 tahanan Palestin termasuk bekas tahanan dan pegawai Hamas dari rumah mereka sekitar Ramallah, Nablus, Tulkarem, Baitulmaqdis dan al-Khalil.

Menurut sumber itu lagi, anggota tentera rejim mencuri wang yang dianggarkan berjumlah 50,000 NIS (Mata Wang Israel) daripada lima buah rumah milik bekas tahanan di Nablus dan Salfit.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Hamas dan Rusia Sepakat Deal of Century Akan Mengekalkan Konflik

Jumaat, 06-03-2020 – Ketua Gerakan Hamas di Luar Negeri, Maher Salah, menegaskan bahawa kunjungan delegasi Hamas yang dipimpin oleh Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah, berlaku pada waktu yang sangat penting setelah pengumuman Presiden Amerika Syarikat tentang Deal of Century (Kesepakatan Abad Ini) yang bertujuan untuk mencairkan isu Palestin.

Salah mengatakan, kunjungan delegasi gerakan Hamas ke ibu kota Rusia, Moscow berlaku pada waktu yang penting dan emosional, mengingatkan sikap Rusia yang menolak Deal of Century.

Beliau menyatakan bahawa Hamas dan Rusia sepakat bahawa Deal of Century bukanlah formula untuk perdamaian dan kemakmuran tetapi lebih merupakan perimbangan untuk mengekalkan konflik dan semakin menambahkan masalah yang sudah ada di Palestin.Beliau menambah bahawa pertemuan dengan para pegawai tinggi Rusia, terutama dengan Menteri Luar Negeri Rusia Sergey Lavrov, mengungkap kesepakatan besar dalam isu ini. Beliau menyatakan kesediaan para pemimpin Rusia untuk mendekatkan pandangan dalam kalangan pemimpin Palestin dan berusaha untuk mengembalikan persatuan nasional Palestin.

Menurutnya, apa yang membantu tercapainya keselarasan dengan sikap Rusia adalah kerana rakyat Palestin melalui pelbagai pihak komponen dan faksi bersatu melawan Deal of Century dan konsekuensinya, di samping pendirian Arab dan Islam yang dinyatakan dengan terang.

Salah mengungkapkan adanya kesepakatan dengan para pimpinan Rusia untuk melanjutkan pertemuan dan mengkoordinasikan usaha dengan semua pihak yang terkena kesan Deal of Century dan hegemoni Amerika di kawasan tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas atas bertemu Lavrov di Moscow

Khamis, 05-03-2020 – Delegasi peringkat tinggi dari Gerakan Hamas yang diketuai oleh biro politiknya, Ismail Haneyya bertemu dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov di Moscow pada hari Isnin.

Mesyuarat itu dihadiri oleh timbalan menteri luar negeri Mikhail Bogdanov dan beberapa pegawai dari kementerian luar negeri.

Menurut pernyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan, kedua belah pihak membincangkan terutamanya perdamaian antara Palestin, hubungan bersama dan rancangan keamanan AS.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel tutup laluan sempadan Gaza, Tebing Barat sempena hari mengundi.

Khamis, 05-03-2020 – Rejim Israel menutup semua pintu masuk sempadan di wilayah Gaza dan Tebing Barat pada hari Isnin sempena pilihan raya dewan Knesset ke 23.

Penutupan laluan akan bermula selepas pukul 12 malam, hari Isnin, selama 24 jam dan penutupan dibuat sehingga urusan selesai serta “bergantung kepada keadaan semasa”, kata pihak Penyelaras Pentadbiran Kerajaan bagi wilayah yang diduduki rejim.

Penutupan itu turut meliputi pintu masuk Karam Abu Salem dan Beit Hanoun (Erez) yang bersempadan dengan Gaza serta pintu-pintu masuk yang bersempadan dengan Tebing Barat.

Manakala laluan al-Karama antara Tebing Barat dengan Jordan ditutup selama 12 jam dan akan dibuka semula selepas pukul 12 tengah hari, hari Isnin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Banyak perkhidmatan UNRWA dihentikan akibatkan defisit dalam peruntukan

Khamis, 05-03-2020 – UNRWA telah memberi amaran yang banyak perkhidmatan penting yang diberikan kepada pelarian Palestin akan dihentikan jika defisit dalam peruntukan tidak dapat diatasi dalam tempoh sehingga Mei.

“Jika defisit yang dianggarkan berjumlah satu billion dan 275 juta dollar tidak diperolehi semula pada bulan Mei, banyak program perkhidmatan UNRWA akan terkesan seperti pendidikan, kesihatan dan pengagihan makanan yang meliputi lima bidang operasi,” jurucakap UNRWA Adnan Abu Hasna menyatakan.

“Kami akan mengenakan prosedur ketat agar boleh meneruskan kerja,” Abu Hasna berkata, menyifatkan kedudukan kewangan agensi itu sebagai serius dan tidak tetap.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pertembungan Tercetus Antara Rejim Zionis dan Penunjuk Perasaan di Gunung Orma

Khamis, 05-03-2020 – Pertembungan yang ganas telah tercetus pada hari Isnin antara rejim Zionis dengan warga Palestin yang berarak di Gunung Al-Orma di Nablus untuk mempertahankannya daripada dirampas oleh peneroka haram.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa kumpulan peneroka Israel yang dikawal oleh tentera Zionis menyerang Gunung al-Orma dan menyerang penunjuk perasaan Palestin.

Rejim Zionis melancarkan gas pemedih mata dan bom tangan ke arah penunjuk perasaan warga Palestin. Sejumlah mereka mengalami sesak bernafas dan telah dirawat di tempat kejadian.

Penduduk Palestin di Nablus, terutama di bandar Beita, telah berkali-kali menggagalkan percubaan-percubaan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel untuk mengambil alih Gunung al-Orma untuk membina pusat-pusat mukim baharu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul
& nurul

Categories
Berita Semasa

Universiti Malaysia memboikot Puma kerana menyokong Israel

Selasa, 03-03-2020 – Universiti terbesar Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah mengakhiri rundingan penajaan dengan jenama pakaian sukan global Puma kerana sokongan syarikat itu terhadap penempatan Haram Israel di Palestin yang dijajah.

Menurut gerakan BDS, UiTM, yang mempunyai kontrak tiga tahun dengan Puma sebagai penaja pasukan bola sepak university itu, mengesahkan yang kontrak itu tidak diperbaharui kerana penglibatan Puma dengan perlanggaran hak asasi manusia oleh Israel.

Puma menaja Persatuan Bola Sepak Israel yang menyokong pasukan di penempatan haram Israel. Penempatan haram Israel merupakan jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati