Palestin kebumi kanak2 bunuhan rejim Zionis

Isnin, 18-05-2020 – Puluhan warga Palestin berarak pada Rabu petang yang lalu bagi pengebumian Zaid Qaisiya, 15, yang meninggal dunia ditembak  pada waktu fajar oleh rejim Zionis di kem pelarian al-Fawwar di daerah al-Khalil, Tebing Barat.

Qaisiya menjadi sasaran tembakan secara langsung ketika konfrontasi diantara tentera Israel dan penduduk kem pelarian al-Fawwar.
Sekurang-kurangnya empat orang Palestin cedera dari siri tembakan tersebut ketika konfrontasi yang sama.

Kementerian kesihatan Palestin mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa Qaisiya meninggal dunia dengan peluru hidup di kepala, sementara 2 pemuda cedera di perut dan dada dan 2 yang lain di anggota bawah. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi