Categories
Berita Semasa

Mogok duduk di Gaza agar 4 warga Gaza dibebaskan di Mesir

Isnin, 29-08-2016 – Gerakan Wanita Palestin pada Khamis mengadakan mogok duduk menuntut pembebasan 4 warga Gaza yang diculik oleh kumpulan bersenjata di Sinai, Mesir pada 19 Ogos 2015.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Marwan Abu Ras, Timbalan Gerakan Hamas menekankan keperluan membebaskan 4 lelaki yang diculik itu dan menamatkan penderitaan mereka.

Mereka yang diculik ialah Yaser Zanoun, Hussein al-Zebdeh, Abdullah Abu al-Jebein dan Abdul Dayem Abu Lebdeh. Mereka diculik setelah menyeberangi sempadan Rafah ketika menuju ke Turki melalui Mesir untuk tujuan rawatan dan pembelajaran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Projek kereta kabel kontroversi.

Isnin, 29-08-2016 – Menurut akhbar Israel, Haarzet, Datuk Bandar Jerusalem, Nir Barkat telah menghebahkan bahawa projek kereta kabel bakal melibatkan satu hentian di kejiranan Timur Jerusalem, Silwan. Ini membolehkan pengunjung untuk “menghayati penguasaan Israel ke atas bandar” tersebut.

Dalam satu video yang ditampal pada Facebook beliau pada minggu lepas, Barkat dilihat berbincang tentang rancangan jahat tersebut bersama aktivis Likud, di mana hentian di Silwan bukanlah termasuk dalam perancangan awalnya. Projek tersebut telah menimbulkan tentangan kerana meliputi sebahagian besar tanah Arab di Timur Jerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Masalah pasport selesai, jemaah Palestin berangkat ke Arab Saudi

Jumaat, 26-08-2016 – Menurut Kementerian Dalam Negeri Palestin berkaitan Wakaf dan Hal Ehwal Agama, masalah untuk mendapatkan kelulusan visa kepada rakyat Palestin yang memegang pasport Jordan untuk perjalanan mereka ke tanah suci di Arab Saudi telah diselesaikan.

Pengarah Kementerian Pentadbiran Haji Salim al-Ashqar menyatakan pada hari Sabtu bahawa masalah ini adalah merupakan masalah teknikal dan hasil daripada keengganan komputer yang berurusan dengan kod pasport Palestin mengiktiraf pasport Jordan.
Ashqar berkata bahawa pihak kementerian bekerja keras untuk mengatasi masalah ini dengan mengeluarkan pasport Palestin untuk pemohon bagi membolehkan mereka untuk melakukan perjalanan ke Arab Saudi untuk menunaikan haji.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Agihan bantuan tajaan Turki peringkat ketiga di Gaza bermula.

Jumaat, 26-08-2016 – Kementerian Hal Ehwal Sosial Palestin, memulakan usaha mengagihkan bantuan kemanusian tajaan kerajaan Turki peringkat ketiga kepada keluarga miskin di Semenanjung Gaza terutama di kawasan bergolak, bermula pada hari Ahad kelmarin.

Menurut laporan agensi akhbar Anadolu, pegawai kanan kementerian itu, Itimad Attarshawi mensasarkan 15, 000 keluarga warga Palestin yang mempunyai sekurang-kurangnya 7 ahli akan mendapat faedah dari bantuan tersebut. Jelas Attarshawi lagi, kira-kira 61, 000 keluarga miskin telah menerima bantuan pada agihan peringkat pertama dan kedua sebelum ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Serangan Rejim Zionis ke atas Beberapa Bandar di Nablus.

Jumaat, 26-08-2016 – Tentera Isrel (IOF) telah menyerang beberapa bandar di Nablus menjelang Subuh, Ahad lepas.

Saksi melaporkan bahawa tentera tersebut telah menyerang hendap bandar Erag Bourin (barat daya Nablus). Dalam pertembungan tersebut, rakyat Palestin yang menjadi mangsa telah dihujani gas pemedih mata dan bom peledak. Menurut saksi lagi, tentera Israel telah di tempatkan di kawasan luar bandar arah timur, di mana kelihatan tiga kumpulan telah dihantar ke bandar berdekatan, Til.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Rafah – Pusat Informasi Palestin: Al Qassam akan perlakuan tawanan Israel sebagai yang dilakukan terhadap tawanan Palestin

Jumaat, 26-08-2016 – Jurucakap Brigade Izzuddin al-Qassam, sayap ketenteraan Gerakan Hamas, Abu Ubaidah, menegaskan bahawa berlanjutnya sekatan tidak akan membantu kepada suasana yang tenang. Beliau memperingatkan penjajah Zionis bahawa para tawanan Israel yang ada pada mereka akan mendapatkan perlakuan yang sama sebagaimana yang dialami para tawanan Palestin di penjara-penjara Zionis.

Hal tersebut disampaikan Abu Ubaidah dalam Majlis Perhimpunan Ketenteraan yang dianjurkan oleh Brigade al-Qassam di kota Rafah, wilayah selatan Semenanjung Gaza, Ahad (21/8) petang. Abu Ubaidah mengatakan, “Adalah hak bangsa kami untuk menikmati kebebasan dan hidup terhormat sebagaimana bangsa-bangsa lain di dunia. Sesiapa yang menanam kemarahan akan menerima ledakan. Diharapkan semua masyarakat dunia mendengar: janganlah kalian menghalangi bangsa yang telah memutuskan untuk mendapatkan kebebasannya.”

Perhimpunan Besar Ketenteraan ini dianjurkan dalam rangka memperingati dua tahun gugurnya tiga pemimpin al-Qassam di Rafah adalam serangan penjajah Zionis ke Semenanjung Gaza musim panas tahun 2014 lalu. Juga dalam rangka memperingati 13 tahun gugurnya pemimpin Hamas Ir. Ismail Abu Shanab serta bertepatan dengan memperingati 47 tahun pembakaran masjid al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis Serang Bot Nelayan Palestin di Gaza

Jumaat, 26-08-2016 – Bot tentera Israel melepaskan tembakan mesingan berat terhadap nelayan Palestin yang berada di luar pesisir pantai Beit Lahia pada pagi Ahad, utara Semenanjung Gaza. Tentera laut Israel turut merampas sebuah bot nelayan Palestin dan menyoal siasat mereka. Serangan itu adalah satu lagi kebiadaban tentera Israel yang terus melanggar perjanjian gencatan senjata Kaherah yang direncanakan berikutan serangan rejim Israel musim panas 2014 lalu di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Hamas berkeras untuk adakan pilihan raya tepat pada masa

Isnin, 22-08-2016 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri pada Selasa menegaskan bahawa gerakan itu akan memastikan pilihanraya diadakan tepat pada masa yang ditetapkan. Beliau menafikan dakwaan bahawa Hamas akan menarik diri daripada menjalankan proses pilihanraya tempatan yang dijadualkan pada 8 Oktober. Beliau turut menggesa media massa merujuk kepada sumber rasmi yang sah dan tidak menyebarkan laporan palsu tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Kesihatan 4 orang pemogok lapar di penjara Israel semakin teruk

Isnin, 22-08-2016 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) pada Rabu menyatakan kerisauan tentang kesihatan 4 orang pemogok lapar Palestin yang ditahan di penjara Ofer Israel.

Peguam PPS berkata, kesihatan Muhammad al-Balboul, Malek al-Kadhi, Iyad al-Hreimi dan Omar Nazal ditahan di seksyen 20 penjara Ofer semakin teruk. 31 tahanan Palestin juga sedang mogok lapar sebagai tanda sokongan kepada seorang pemogok lapar, Bilal Kayed yang mogok selama 69 hari dalam tahanan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Ahli parlimen Israel desak lucut keanggotan Ghattas kerana galak boikot negaranya.

Isnin, 22-08-2016 – Anggota Knesset Parlimen Israel mendesak supaya ahlinya, Basel Ghattas dari parti Joint List dilucutkan keanggotaannya kerana mencadangkan supaya negaranya, Israel diboikot semasa berada dalam satu persidangan di Montreal.

Salah seorang anggota Knesset, Yisrael Beiteinu dari parti Oded Forer meminta supaya Basel Ghattas dihukuman kerana mencadangkan negaranya, Israel diboikot.

Menurut parti Oded Forer, ” Drama yang tidak masuk akal ini akan berterusan sehingga parti Joint List membuktikan bahawa ahlinya itu tidak lagi menjadi anggota Knesset, ” dan tambah parti itu lagi, ” Seseorang ahli parlimen yang mengelar negaranya sebagai rasis dan meminta supaya diboikot serta dihukum, itu belum pernah didengar dari mana-mana negara yang waras di dunia ini. Ia bukan sahaja satu delusi, ia seperti menentang undang-undang. ”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meruntuhkan rumah rakyat Palestin di Nablus

Isnin, 22-08-2016 – Pasukan Penjajahan Israel (IOF) memusnahkan beberapa buah rumah rakyat Palestin dan lapangan stok di bandar Doma dan Qusra di selatan Nablus pada awal pagi Rabu dan merampas sebuah rumah di bandar Huwara.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa tentera Israel diiringi oleh kenderaan tentera menyerbu bandar Doma dan Qusra selepas tengah malam Selasa dan mula meruntuhkan rumah Palestin dengan alasan kekurangan permit pembinaan. Wartawan PIC mendedahkan bahawa tentera IOF menyerahkan notis kepada Jamal al-Tawil untuk merampas empat dunum tanah dusun beliau di al-Marajem di selatan Nablus. Wartawan PIC turut memaklumkan bahawa tentera Israel telah memusnahkan rumah Jamal empat bulan yang lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Di atas Runtuhan Masjid Al-Aqsa: Persiapan Pembangunan Kuil Yahudi di atas Al-Aqsa

Isnin, 22-08-2016 – Laporan televisyen Israel yang ditayangkan dalam tempoh seminggu terakhir bersamaan dengan majlis peringatan yang dilakukan oleh warga Yahudi “atas runtuhnya kuil”, sejumlah pertubuhan Yahudi telah menyiapkan diri di lapangan untuk pembangunan mitos Kuil yang mereka dakwa di atas runtuhan masjid Al-Aqsa dan hanya tinggal menunggu keputusan politik secara rasmi.

Badan-badan pembangunan kuil Yahudi tersebut mendapatkan respon baik daripada masyarakat mahupun dokongan politik yang luas setelah sebelumnya kelompok ini dianggap sebagai kelompok kecil masyarakat Israel dan tidak memiliki pengaruh politik. Sebahagian pihak yang ikutserta terlibat dalam persiapan pembangunan kuil ini menyatakan bahawa peralatan dan keperluan serta fasiliti yang diperlukan untuk pembangunan kuil ini sudah siap diletakkan di tempatnya yang sesuai dengan mengorbankan Masjid Al-Aqsa atau lebih tepat di Kubah Sakrah. Mereka menegaskan, masa pembangunan untuk kuil ini tidak lebih dari 3 tahun seperti yang dirancang.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pemuda anti penjajah Israel membatalkan tindakan meletupkan bas.

Isnin, 22-08-2016 – Pelajar Universiti Palestin Ali Abu Hasan, 20, memberitahu penyiasat bahawa dia tidak meletupkan bom di dalam sebuah bas Israel selepas melihat kanak-kanak di dalam bas tersebut.

Abu Hasan menyatakan bahawa selepas dia ternampak anak-anak Israel tersebut, beliau menukar sasaran dan berpindah ke restoran yang berdekatan, di mana dia ditahan oleh seorang pegawai penjajah Israel.
Abu Hasan berkata beliau merancang serangan tersebut akibat daripada pencerobohan Israel yang tidak henti-henti terhadap Masjid suci al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Kemenangan tahanan Hamas terhadap Perkhidmatan Penjara Israel

Isnin, 22-08-2016 – Pejabat Media Tahanan di Gaza mendedahkan artikel berkenaan perjanjian antara tahanan Hamas dan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) untuk menghentikan mogok lapar.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Sabtu, pejabat tersebut mengumumkan bahawa perjanjian itu menetapkan untuk menghentikan segala bentuk pemeriksaan-badan yang memalukan termasuk pemeriksaan-badan yang memerlukan tahanan untuk menanggalkan pakaian. Ia juga menyatakan untuk memperbaiki keadaan tahanan di penjara Nafha dan menghantar semula ketua tertinggi jawatankuasa kepimpinan banduan Hamas, Mohammad Erman dari penjara Hadarim ke Nafha dalam tempoh selewat-lewatnya tiga bulan. Ia juga menetapkan untuk menghantar semula tahanan yang telah dipindahkan, kembali ke bahagian mereka dan membenarkan kemasukan buku ke dalam penjara semasa lawatan keluarga dan juga membolehkan tambahan saluran berita TV.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Hamas menafikan tuduhan Israel berkenaan kebocoran kewangan UNDP

Isnin, 22-08-2016 – Pergerakan Penentangan Islam, Hamas, menegaskan bahawa tuduhan Israel ke atas kebocoran kewangan daripada UNDP untuk kepentingan Hamas adalah “tidak berasas, dakwaan tidak sah”.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa bahawa dakwaan itu “datang selaras dengan rancangan Israel untuk mengetatkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza dengan mensasarkan institusi kebajikan dan menghalang kerja-kerja mereka.” Abu Zuhri memberi amaran jika polisi itu diteruskan dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk menanggung kesannya dalam menghadapi tindakan agresif Israel, yang mempunyai akibat yang serius, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina