
Isnin, 19-12-2016 – 8 penduduk Palestin diculik oleh Tentera Israel (IOF) kerana disyaki terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan. Berpuluh peneroka Israel pula terus memasuki Makam Yusuf, di timur Nablus. IOF juga mengepung kem Balata dan mencetuskan pertempuran ganas dengan penunjuk perasaan Palestin.
Sementara itu, tentera Israel didakwa memecah masuk ke rumah keluarga banduan, Ahmad Hani Hamdi di Nablus dan mencuri barang kemas bernilai 8000 dinar kepunyaan bakal pengantin anak perempuan keluarga tersebut.
Walaupun bapa mereka menunjuk bukti bil pembelian barang kemas tersebut dari kedai emas yang diiktiraf, tentera Zionis enggan menerimanya. Tentera Zionis turut didakwa memalsukan dokumen barang rampasan. Keluarga tersebut telah merayu pada institusi hak asasi manusia atas hal tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin