Categories
Berita Semasa

Barghouthi: Undang-undang ‘Negara Yahudi’ bersifat perkauman

Selasa, 06-05-2014 – Dr. Mustafa Barghouthi, Ketua Setiausaha untuk Palestinian National Initiative, menyatakan bahawa percubaan Perdana Menteri Kerajaan Haram Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menggubal satu undang-undang asas yang menyatakan bahawa Israel adalah ‘negara bangsa Yahudi’ menjadi bukti kepada sistem apartheid Israel.

Dalam satu kenyataan beliau pada Jumaat lepas, Barghouthi berkata undang-undang tersebut mengancam hak-hak sejarah rakyat Palestin dan membuka laluan kepada dasar penjajahan Israel. “Undang-undang ini menafikan dakwaan bahawa Israel merupakan sebuah negara demokratik dan mengukuhkan lagi unsur diskriminasi dan perkauman yang wujud pada kurun ke-21 ini”, tambah beliau lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Israel Menahan dan Mengeluarkan Saman di al-Khalil

Selasa, 06-05-2014 – Tentera Israel telah memulakan kempen menahan dan mengeluarkan saman di al-Khalil dekat Selatan Tebing Barat.

Penduduk tempatan memberitahu wartawan PIC, tentera Israel telah menyerang bandar Yatta, Dora,Bani Naim dan Fahs di al-Khalil. Tiga rakyat Palestin ditahan selepas tentera Israel meceroboh rumah mereka dan telah menyerang mereka dengan ganas, tambah sumber tersebut.

Dalam masa yang sama, tentera Israel bertindak menceroboh beberapa perkampungan di bandar al-Khalil dan telah mendirikan beberapa pusat pemeriksaan pada pintu masuk mereka. Beberapa buah kenderaan telah ditahan dan diperiksa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menghalang perarakan mingguan memprotes penempatan di Tebing Barat

Selasa, 06-05-2014 – Sejumlah warga Palestin dan aktivis asing mengalami kecederaan apabila tentera rejim Israel (IOF) menyerang ketika perarakan mingguan menentang penempatan di Tebing Gaza di kawasan Tebing Barat pada petang Jumaat.

Di kampung Nabi Saleh dekat Ramallah, 5 pembantah dari kalangan warga Palestin cedera akibat tembakan peluru manakala ramai lagi yang lain mengalami kesesakan nafas ketika mereka berusaha menuju kawasan Tebing Barat yang dijajah itu.

Para penduduk Nabi Saleh telah mengadakan demonstrasi mingguan selama beberapa tahun rentetan perampasan tanah kampung mereka dan pengambilalihan kawasan sumber air mereka oleh penempatan Halamish yang merupakan kawasan penempatan Israel berdekatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Pemerintah Gaza Sedia Serahkan Tanggungjawab Kepada Kerajaan Perpaduan

Ahad, 04-05-2014 – Dr. Yusuf Rizqa, penasihat politik PM Palestin Ismail Haniyah, menegaskan bahawa pemerintah Haniyah telah bersedia untuk menyerahkan fungsi dan tanggungjawabnya kepada kerajaan perpaduan nasional dan melaksanakan kesepakatan.

Rizqa mengatakan, pemerintah yang dipimpin Ismail Haniyah sejak Deklarasi Doha sudah siap sedia untuk merealisasikan kerajaan perpaduan. Hal ini sangat jelas.Beliau melihat bahawa tuntutan yang muncul di media massa terhadap PM agar mengajukan pengunduran diri bukan pada tempatnya.

Beliau menambah, “Tidak perlu mengundur diri agar tidak berlaku kekosongan dalam kerja pemerintahan. Masalah ini sudah pasti (Haniyah menyerahkan fungsinya) ketika telah terbentuk kerajaan perpaduan nasional untuk melaksanakan kesepakatan.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka-peneroka Yahudi tebang 150 pohon zaitun

Ahad, 04-05-2014 – Peneroka – peneroka Yahudi menebang lebih daripada 150 pohon zaitun di perkampungan Hawara di selatan Nablus, dalam serangan kedua kurang daripada 24 jam dari serangan sebelumnya, pada Isnin lalu.

Ghassan Daghlas yang bertanggungjawab dalam memantau aktiviti penempatan di selatan Tebing Barat berkata bahawa sekumpulan peneroka dari penempatan Yitzhar telah memusnahkan pohon-pohon zaitun dengan menggunakan gergaji elektrik di kawasan Jurf dalam perkampungan Hawara. Daghlas memaklumkan kepada wartawan PIC, pohon-pohon tersebut adalah kepunyaan beberapa penghuni perkampungan tersebut termasuk seorang wanita dan wakaf masjid. Peneroka telah menebang 60 batang pohon zaitun di perkampungan Hawara dalam serangan pertama
pada hari Ahad dengan menggunakan cara yang sama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nursyarira

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menahan rakyat Palestin kerana menyeberangi pagar Gaza

Ahad, 04-05-2014 – Tentera rejim Israel menahan seorang lelaki Palestin setelah beliau menyeberangi sempadan Gaza menuju arah timur laut kem pelarian Breij di Semenanjung Gaza pada Isnin. Sumber tempatan mengatakan bahawa seorang lelaki yang tidak dikenali telah diarahkan menanggalkan pakaian oleh tentera sebelum ditahan.Manakala, kenderaan IOF dilihat berkumpul di timur Juhr Al-Deek bertentangan pertengahan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Peningkatan penahanan oleh Israel di Tebing Barat

Selasa , 29-04-2014 – Tentera rejim Israel (IOF) melancarkan serbuan pada subuh Rabu dan menahan 15 warga Palestin di pelbagai kawasan di Tebing Barat.

Menurut Muhammad Awadh, jurucakap jawatankuasa popular menentang pembinaan tembok dan pendatang, di al-Khalil, IOF menahan bekas tahanan Ayman Hussein Zaakiq, 36, setelah menyerbu rumahnya di Beit Ummar dan menggeledahnya. Zaakiq telah dibawa ke sebuah tempat yang tidak diketahui. IOF turut memaksa para petani Palestin keluar dari tanah mereka berdekatan penempatan Karmi Tzur settlement, di mana para tentera menjalankan arahan pengusiran atas alasan keselamatan

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penemuan perdamaian Hamas-Fatah: Daripada impian kepada realiti

Selasa , 29-04-2014 – Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri memberitahu pada awal hari Rabu , sesi pertama mesyuarat perdamaian telah diadakan antara Hamas dan pasukan PLO dan berakhir pada hari Rabu jam 01:30 pagi.

Abu Zuhri menegaskan dalam satu kenyataan kepada keadaan yang memberi harapan di mana mesyuarat itu diadakan. Rundingan akan disambung semula dalam sesi yang lain pada hari Rabu jam 11:00 pagi. Lima anggota delegasi PLO tiba di Gaza petang semalam untuk menghadiri mesyuarat bagi membincangkan isu perdamaian yang sangat diinginkan oleh Fatah-Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Enam rakyat Palestin cedera dalam serbuan Israel

Selasa , 29-04-2014 – Enam rakyat Palestin telah cedera ni Utara Semenanjung Gaza pada petang Rabu semasa serbuan udara Israel. Laporan sumber dari anggota keselamatan kepada wartawan PIC memberitahu kapalterbang peninjau Israel menembak peluru berpandu ke arah motorsikal berhampiran kelab di Beit Lahia, utara Gaza. Serangan itu menyebabkan enam orang telah tercedera. Mereka berkata angota ambulan bergegas ke kawasan terlibat dan memindahkan mangsa, dimana kebanyakannya adalah pejalan kaki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza tegaskan rakyat Palestin berhak pertahankan diri

Selasa , 29-04-2014 – Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza menegaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan menentang penjajahan, merujuk kepada isu pencerobohan Israel terhadap Gaza baru-baru ini.

Dalam mesyuarat mingguan pada petang Selasa, kerajaan mengecam serangan udara berkali-berkali yang dilakukan oleh Israel terhadap Semenanjung Gaza di mana serangan itu dengan sengaja mensasarkan wanita dan kanak-kanak di semenanjung tersebut. Kerajaan meminta komuniti antarabangsa untuk membantu menamatkan serangan dan pencabulan yang dilakukan oleh Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Konfrantasi Sengit Meletus Di Kem Pelarian Arub Di Hebron

Selasa , 29-04-2014 – Pertembungan sengit meletus pada Rabu (23/4) petang, antara puluhan warga Palestin dengan pasukan penjajah Zionis di kem pelarian Arub di utara kota Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.

Para saksi mengatakan, konsfrantasi sengit meletus setelah serangan tembakan gas dan peluru tajam yang dilakukan tentera penjajah Zionis ke arah orang ramai dan rumah penduduk. Ia mengakibatkan sejumlah warga mengalami sesak nafas. Hal ini menyebabkan meletusnya konfrantasi, di mana para pemuda menghadang pihak tentera Zionis dengan batu dan botol kosong.

Para saksi menambah bahawa konsfrantasi ini berlaku berdekatan masjid agung dan di sebuah tempat rekreasi di pintu utama kem pelarian Arub.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis cedera ditembak tentera Mesir di sempadan.

Khamis , 24-04-2014 – Tentera zionis tercedera berikutan berlaku tembakan yang tidak sengaja oleh tentera Mesir di sempadan antara Mesir dan Palestin pada petang ahad semalam (20-4).

Menurut laman web zionis “Wala”, tentera yang tercedera itu mengikuti kepimpinan gerakan Gaza dan beliau tercedera ketika tentera Mesir melepaskan das tembakan ke atas penyeludup di sebelah sempadan Mesir. Dalam konteks berkaitan, radio tentera zionis melaporkan bahawa aktiviti penyeludupan bahan letupan di sempadan telah disekat malam ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Sheikh Salah memperakui ketabahan Lina Jerboni di penjara Israel

Khamis , 24-04-2014 –Sheikh Raed Salah, ketua gerakan Islam memperakui ketabahan para tahanan Palestin dalam menuntut pembebasan mereka. Sheikh Salah memberi amaran tentang isu para tahanan sebagai alat untuk menekan warga Palestin supaya mengalah.

Ketika lawatannya ke rumah Lena Jerboni, Sheikh Salah memperakui ketabahan tahanan wanita dan berkata bahawa mereka telah menjadi simbol dan ikon kebangsaan. Beliau menyeru agar hal ehwal para tahanan diberi perhatian dan acara menyokong para tahanan di penjara Israel diteruskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dweik menggesa pesaing Palestin untuk bersatu untuk berhadapan dengan pencabulan Israel

Khamis , 24-04-2014 – Aziz Duweik, jurucakap majlis perundangan Palestin (PLC), menggesa pesaing Palestin sewajarnya bersegera untuk mencapai perdamaian negara bagi mengukuhkan barisan hadapan dalaman dalam menghadapi pendudukan dan plot Israel.

“Tahun-tahun perpecahan ini telah menggalakkan pendudukan Israel menjadi semakin keras kepala dan agresif terhadap rakyat Palestin dan tempat suci mereka,” Dweik berkata dalam kenyataan akhbar pada hari Ahad.

Penceramah berkata perpecahan Palestin dan negara-negara Islam dan Arab yang pasif ke arah isu rakyat Palestin dan juga sikap berdiam diri oleh pihak antarabangsa menyebabkan keberanian Israel memuncak dalam pencabulan terhadap Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

200 tahanan pentadbiran lancar mogok lapar mulai 24 April

Khamis , 24-04-2014 – Bekas tahanan, Yousuf Lahham memberitahu kira-kira 200 orang tahanan pentadbiran akan melancarkan satu mogok lapar terbuka dengan slogan ‘Revolusi kebebasan dan harga Lahham telah menjalani 14 minggu di penjara Negev dalam tahanan pentadbiran.

‘Penahanan pentadbiran ini merupakan satu bentuk kekotoran kepada isu kemanusiaan dan semua pihak harus menyokong tahanan pentadbiran ini untuk menamatkannya. Sesetengah tahanan menjalani hukuman penjara selama 10 tahun tanpa sebarang kesalahan yang setara dengan hukuman yang dikenakan oleh pihak berkuasa penjajahan Israel, “ Lanham.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira