
Rabu , 02-07-2014 – Pejabat PBB dalam urusan berkaitan Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNHCHR) telah menggesa Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa, dengan mengelak daripada menghukum individu di atas kesalahan yang mereka tidak lakukan atau mengenakan hukuman kolektif.
Dalam laporan mingguan yang diterbitkan pada hari Jumaat, OCHA berkata operasi besar-besaran tentera Israel, yang bermula pada 13 Jun di Hebron disyaki susulan penculikan tiga belia Israel, dan telah diteruskan dan diperluaskan di seluruh Tebing Barat, dengan objektif mencari dan melepaskan pemuda tersebut, dan pada masa yang sama juga melemahkan infrastruktur Hamas.
Menurut laporan tersebut lagi, kebanyakan operasi telah mencetuskan pertempuran di antara penduduk Palestin dan tentera Israel dalam berpuluh bandar-bandar, kampung-kampung dan kem-kem pelarian, di mana empat orang awam Palestin telah ditembak dengan peluru hidup dan dibunuh. Ini menjadikan jumlah rakyat Palestin terbunuh dalam selepas operasi 13 Jun tersebut meningkat kepada enam kes.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan