Categories
Berita Semasa

Pekerja bahagian Awqaf dilarang memasuki al-Aqsa

Rabu, 14-12-2016 – Polis Israel menghalang seorang pekerja bahagian Awqaf daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama 6 bulan. Pekerja Awqaf, Hussam Seder, 29 tahun, mengesahkan yang beliau dihalang memasuki al-Aqsa untuk tempoh 6 bulan setelah disoal-siasat selama 2 jam di balai polis Qisleh, di barat Baitulmuqaddis. Polis Israel menyifatkan kehadiran Seder di masjid itu sebagai satu ancaman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rakyat Israel dikenal pasti menghancurkan kit azan di Masjid Dura

Rabu, 14-12-2016 – Samseng yang tidak dikenali, dipercayai rakyat Israel menyerbu sebuah masjid di bandar selatan al-Khalil Dura dan menghancurkan kit azan, pada petang Ahad lalu.

Seorang wartawan berita PIC berkata, penyerang yang tidak dikenali itu menyerbu masuk ke sebuah masjid di salah sebuah perkampungan Dura dan memecahkan peranti audio untuk melaungkan azan. Penyerang kemudiannya bertindak memotong wayar dan menghancurkan pembesar suara di masjid tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Anna Suhana

Categories
Berita Semasa

Polis Israel melanjutkan masa lawatan untuk pengunjung Yahudi di Masjid Al- Aqsa

Rabu, 14-12-2016 – Pihak polis Israel telah melanjutkan masa selama 45 minit bagi membenarkan pengunjung Yahudi berada di dalam Masjid al-Aqsa sebagai satu percubaan untuk memperkenalkan situasi baru di tanah suci umat Islam itu.

Waqaf Islam di BaitulMaqdis menyatakan bahawa, “Polis Israel membuka Pagar Maghareba untuk pengunjung bermula 7:15 pagi dan ditutup pada 10:30 pagi yang bermaksud 15 minit sebelum masa pembukaan yang dijadualkan dan 30 minit selepas itu.”

Polis Israel turut memberitahu Waqaf Islam mengenai keputusan untuk melanjutkan tempoh kunjungan ke perkarangan al-Aqsa itu. Walaubagaimanapun, pihak Waqaf Islam membantah tindakan Polis Israel tersebut. Mereka berkata, “Kami amat menolak keputusan polis Israel untuk melanjutkan tempoh untuk pelampau Israel dan pelancong dalam Masjid al-Aqsa.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Latihan ketenteraan menyebabkan kerugian teruk di Lembah Jordan

Selasa, 13-12-2016 – Kerugian besar berlaku ke atas hartanah Palestin di Lembah Jordan akibat latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Israel pada minggu lepas.

Aktivis tempatan Aref Daraghmeh mengesahkan yang latihan ketenteraan Israel menyebabkan kerugian teruk ke atas kawasan-kawasan pertanian di Lembah Jordan. Sepanjang minggu lepas, sejumlah besar kenderaan tentera Israel telah digunakan di puluhan tanah pertanian Lembah Jordan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel umum pergerakkan tenteranya di sempadan Gaza.

Selasa, 13-12-2016 – Angkatan tentera rejim Israel mengumumkan akan menggerakkan tenteranya ke sempadan Gaza bermula dari petang Isnin hingga tengahari Selasa. Menurut jurucakap tentera Israel, pergerakan sehari itu melibatkan angkatan tentera darat dan udaranya. “Latihan ketenteraan itu bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan operasi tenteranya bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” tambah jurucakap tentera itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Wakil Palestin Bantah Pemotongan Gaji Bishop Kristian

Selasa, 13-12-2016 – Pelbagai pertubuhan Islam dan kebangsaan Palestin menyatakan kebersamaan mengutuk pemotongan gaji Archbishop Theodoios daripada Sebastia Atallah Hanna, sambal menyatakan langkah terbabit tidak membantu menyelesaikan masalah.

Mereka turut merakamkan jutaan terima kasih buat rakyat Kristian Palestin yang enggan menyokong rang undang-undang larangan azan oleh Israel di Baitulmuqaddis. Mereka turut memuji sikap Father Manoel Musallam selepas beliau melaungkan azan di sebuah gereja dalam usaha untuk membantah rang undang-undang kontroversi tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru sokongan terhadap para tahanan yang mogok lapar

Selasa, 06-12-2016 – Pada Rabu, gerakan Hamas menyeru rakyat Palestin agar berdiri teguh di belakang para tahanan yang mogok lapar iaitu Ahmed Abu Fara and Anas Shadeed.

Jurucakap kumpulan tersebut Hussam Badran menyatakan yang keadaan kesihatan dua tahanan tersebut memerlukan rawatan segera.
“Penentangan dari rakyat Palestin tidak akan berhenti walaupun Israel terus menerus melakukan jenayah ke atas para tahanan,” beliau memberi amaran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin Ditembak di Bethlehem

Selasa, 06-12-2016 – Seorang remaja Palestin telah ditembak oleh Tentera Israel (IOF) mengakibatkannya cedera di sebuah pusat pemeriksaan Bethlehem Timur, di selatan Tebing Barat. Seorang wartawan PIC melaporkan dari sumber Bulan Sabit Merah, IOF melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta yang bergerak selepas mendakwa tidak mematuhi arahan berhenti.

Remaja tersebut, Moussa Mohamed Moussa, dari bandar Yatta al-Khalil, telah ditembak dengan peluru hidup di lututnya. Beliau yang cedera telah dikejarkan ke hospital awam Beit Jala .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Parlimen Israel tangguh undi gubal undang-undang larang Azan.

Selasa, 06-12-2016 – Dewan parlimen Israel atau Knesset memùtuskan untuk menangguhkan proses undian untuk menggubal undang-undang bagi melarang seruan azan ke hari Isnin minggu hadapan.

Menurut dua ahli Knesset, Ahmed al-Tibi dan Masoud Ghanayem dalam kenyataan berasingannya, mengesahkan bahawa proses pengundian itu telah ditangguhkan sehingga minggu depan.

Ghanayem turut menegaskan pendiriannya yang akan tetap menolak rang undang-undang itu dan menganggap ia sebagai satu tindakan melanggar prinsip kebebasan untuk beribadah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Mishaal Menggesa Sokongan Lebih Kuat untuk Palestin

Selasa, 06-12-2016 – Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishaal menggesa negara-negara Arab supaya menggiatkan sokongan terhadap isu-isu Palestin pada pertemuan dan aktiviti yang disertai di peringkat antarabangsa dan terus memberi tekanan pada Israel.

Mishaal menyampaikan ucapan itu pada satu majlis yang dianjurkan oleh Kolej Perundangan Universiti Qatar di Doha sempena sambutan Hari Solidariti Sedunia bagi Penduduk Palestin.

Pemimpin Hamas itu memuji pihak Kolej tersebut yang menganjurkan acara khusus bagi menunjukkan solidariti bagi penduduk Palestin. Beliau menyatakan bahawa ianya adalah acara simbolik bagi mengingati isu-isu Palestin dan merupakan satu usaha penting bagi memastikan isu-isu berkaitan Palestin sentiasa hidup dikalangan masyarakat dunia.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menculik dua orang pemuda di Old City, BaitulMaqdis

Khamis, 01-12-2016 – Polis Israel telah menculik dua orang pemuda Palestin di timur Baitulmaqdis pada Ahad lalu. Menurut sumber tempatan, polis Israel menahan seorang pemuda yang dikenal pasti sebagai Mohamed Abu Asnainah setelah mencari dan memukul beliau di kawasan Bab al-Amud (Pagar Damascus). Seorang warga Palestin berkesempatan mengambil gambar pemuda tersebut ketika beliau dibuli oleh sekumpulan anggota polis itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Usaha Hamas untuk meningkatkan hubungan baik dengan Mesir adalah berterusan

Khamis, 01-12-2016 – Pemimpin Hamas Osama Hamdan berkata, perbincangan di antara kumpulan itu dan Mesir sentiasa berlanjutan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala serta membuka sempadan Rafah secara kekal.

Hamdan memberitahu al-Jazeera Net yang Hamas meminta Mesir membuka sempadan Rafah secara kekal untuk dilalui oleh rakyat Palestin dan Mesir. Kumpulan itu turut mencadangkan pembentukan zon ekonomi bebas menerusi laluan tersebut untuk melancarkan urusan perniagaan di antara Gaza dan Mesir.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Israel bida untuk menyekat azan umpama “bermain dengan api”

Khamis, 01-12-2016 – Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal telah mengutuk usaha berterusan Israel untuk mengharamkan masjid di Palestin, terutama dalam BaitulMaqdis, dari melaungkan Azan dengan menganggap Israel cuba “bermain dengan api.” Mishaal berkata Israel menunda rang undang-undang anti-azan setelah melihat reaksi marah tentangan dari rakyat Palestin dan negara Islam.

Selain itu, Khaled turut menyeru Presiden Donald Trump untuk mengubah dasar luar AS, terutamanya yang berkaitan dengan konflik Palestin-Israel. “Kami faham bahawa perkembangan serantau dan antarabangsa memberi kesan kepada perjuangan rakyat Palestin dan isu-isu serantau, tetapi apa yang membuatkan sejarah membuktikan, tidak kira siapa yang menjadi Presiden Amerika Syarikat, mereka akan menentang kami.”

Beliau juga menegaskan bahawa menamatkan penjajahan Israel di Palestin adalah kunci kepada kestabilan serantau. “Tidak akan ada kestabilan di rantau ini sehingga rakyat Palestin mendapatkan semula hak-hak mereka dan menduduki kembali tanah dan tempat suci mereka,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Lubnan bina tembok pemisah mengelilingi kem menempatkan pelarian Palestin.

Khamis, 01-12-2016 – Kerja-kerja mendirikan peringkat pertama tembok “keselamatan” di sekeliling kem Ein al-Hilweh, kem terbesar yang menempatkan pelarian Palestin di Lubnan telah siap minggu lepas dan ia sebagai menandakan bermulanya rancangan pembinaaan pagar keselamatan dan menara peninjau di kem tersebut.

Pembinaan tembok pemisah itu dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan lagi, demikian lapor al-Modon, sebuah laman berita yang berpangkalan di Lubnan.

Menurut mereka yang tinggal di kem yang terletak di bahagian selatan bandar pelabuhan Sidon yang penuh sesak dengan beribu pelarian Palestin itu, kehidupan akan menjadi bertambah buruk dengan terbinanya tembok tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Penghapusan Etnik – Penduduk Umm al-Hiran dalam keadaan Berjaga-Jaga

Khamis, 01-12-2016 – Penduduk Palestin yang menetap di Perkampungan Hiran, Negev memohon bantuan dan perlindungan susulan ancaman Pihak Berkuasa Israel yang merancang untuk meruntuhkan kawasan kediaman mereka.

Rayuan itu dibuat setelah Tentera Israel bertindak memasuki kampung halaman mereka dalam usaha meruntuhkan dua buah rumah penduduk Palestin dan merancang merobohkan lebih banyak yang lain.

Rancangan merobohkan kawasan kediaman ini adalah salah satu daripada rancangan besar pembersihan etnik oleh pihak Israel dalam usaha melenyapkan segala sejarah perkampungan Umm al-Hiran dengan harapan penduduk asal perkampungan ini akan berpindah. Usaha ini dilakukan bagi memberi laluan kepada pembinaan perumahan bagi penduduk Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea