Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak cedera bertembung dengan polis Israel di Baitulmuqaddis.

Isnin, 06-03-2017 – Seorang kanak-kanak warga Palestin cedera terkena peluru besi manakala yang lain sesak nafas selepas bertembung dengan pasukan polis rejim Israel berhampiran kem pelarian Shufat, utara Baitulmuqaddis.

Menurut pemberita PIC, anggota polis rejim menyerbu kem tersebut dan bertindak melepaskan tembakkan peluru besi dan gas pemedih mata. Pihak polis itu juga menghalang mangsa yang cedera dari dibawa ke hospital dengan menahan ambulan Palang Merah.

Persatuan Palang Merah Palestin mengesahkan yang pihak polis rejim telah menahan ambulan mereka selama setengah jam di pos kawalan Shufat sebelum membenarkan mereka menghantar mangsa yang cedera ke hospital Hadassah dengan diiringi sebuah kenderaan tentera Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali