Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Tingkatkan Protes

Rabu, 14-09-2016 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) mengatakan hari Isnin bahawa tahanan Palestin di penjara Nafha, Eshel, Hadarim, dan Raymond mengisytiharkan hasrat mereka untuk meningkatkan langkah-langkah protes pada Selasa. Langkah-langkah peningkatan tersebut adalah untuk menyokong dengan banduan mogok lapar kelaparan dan protes terhadap langkah-langkah seksaan Israel, PPS memetik. Mogok lapar saudara Muhammad dan Mahmoud al-Balboul di penjara Israel sudah berlangsung selama 65 hari manakal banduan Malek al-Kadhi untuk hari ke-55 berturut-turut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kempen guna media elektronik beri amaran niat jahat Yahudi di bandar Sabastiyah.

Rabu, 14-09-2016 – Sekumpulan aktivis Palestian melancarkan kempen melalui media elektronik bagi melindungi bandar Sabastiyah, sebuah bandar bersejarah yang terletak di utara Nablus, Tebing Barat dari rancangan jahat pihak Yahudi Israel.

Kempen berslogan, Tapak “Mentari Tamadun Sabastiyah ” yang menyinari bangsa Palestin kini sedang berduka diancam panasnya api pengganas Yahudi. Menurut kata kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai al-Azhari, kempen itu bertujuan bagi mendedahkan rancangan jahat Yahudi Israel yang cuba menjalankan satu projek penggalian di dalam dan kawasan sekitar bandar Sabastiyah yang bersejarah itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Mesir akan membuka sempadan Rafah untuk sehari lagi

Rabu, 14-09-2016 – Pihak berkuasa Mesir telah memutuskan untuk melanjutkan pembukaan sempadan Rafah untuk sehari lagi. Menurut pihak berkuasa Palestin di Gaza, sempadan itu akan dibuka secara dua hala pada Selasa, 6 September untuk tujuan perjalanan terhad yang berkait dengan kes kemanusiaan. Pihak berkuasa Mesir membuka Rafah pada pagi Isnin, khas untuk perjalanan mereka yang akan mengerjakan ibadah haji, yang menerima kebenaran diraja oleh Raja Arab Saudi, Salman bin Abdul-Aziz.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas : Kenyataan Rajoub rasis dan melampau

Rabu, 14-09-2016 – Hamas telah mengecam pegawai kanan Fatah, Jibril al-Rajoub yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap masyarakat Kristian dan juga agama Islam, dengan menggambarkan komen Rajoub sebagai ‘rasis dan melampau’. Hamas menyatakan pada hari Ahad, “Kita tidak akan membenarkan sesiapa sahaja untuk menggelarkan masyarakat Kristian Palestin sebagai kumpulan Merry Krismas.

Mereka adalah rakyat Palestin yang mempunyai hak penuh kerakyatan, dan apa-apa diskriminasi bangsa, agama dan jantina tidak boleh diterima. Mereka berhak memilih sesiapa sahaja untuk memimpin mereka melalui undi”, Gerakan itu juga mengutuk Rajoub yang terang-terangan menyerang agama Islam dengan menolak usaha Islamisasi yang dijalankan dalam kalangan masyarakat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Pegawai PBB : Keadaan di Gaza menyedihkan.

Selasa, 06-09-2016 – Penyelaras Kemanusiaan PBB, Robert Piper, menyifatkan keadaan kemanusiaan di Semenanjung Gaza sebagai “menyedihkan” berikutan sekatan 10 tahun oleh rejim Israel. Piper membuat kenyataan tersebut ketika lawatannya ke Universiti Islam di Semenanjung Gaza pada hari Rabu. Israel telah mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza sejak Hamas memenangi pilihan raya Parlimen pada Januari 2006.

Keadaan bertambah buruk apabila Israel terus-menerus melakukan sekatan dan serangan kerana mereka melihat Semenanjung Gaza adalah musuh mereka. Rejim Zionis telah memotong semua bekalan tenaga termasuk bahan api dan elektrik, serta menyekat laluan keluar masuk ke semenanjung bergolak itu termasuk juga para pesakit yang memerlukan rawatan di luar. Lebih 80% penduduk Gaza hanya mengharapkan bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan yang bertambah buruk selepas 3 kali perang yang dilancarkan regim Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu rumah dan menyerang pemandu di Kampung Madama

Selasa, 06-09-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) menyerbu sebuah rumah dan menyerang seorang warga Palestin di Kampung Madama, selatan bandar Nablus.

Sumber tempatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang tentera rejim menyerbu rumah Wajih Qet dan menahan anak lelakinya Baraa untuk satu tempoh sebelum membebaskannya. Menurut sumber, tentera rejim turut memasuki kawasan-kawasan berlainan di kampung itu. Namun tiada penahanan dilaporkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merampas jentolak warga Palestin di Nablus

Selasa, 06-09-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) merampas sebuah jentolak di kawasan pertanian kampung Beit Dajan, timur Nablus pada petang Khamis.

Ketua jawatankuasa kampung Nasser Abu Jaysh mengesahkan yang tentera rejim menyerbu kampung itu secara beramai-ramai dan merampas jentolak milik seorang petani tempatan. Penindasan ganas oleh Israel setiap hari dilalui oleh warga Palestin yang menetap di kawasan di bawah jajahan oleh rejim secara haram.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

HAMAS: Kerjasama Keselamatan Palestin-Israel akan gagalkan proses pilihanraya.

Selasa, 06-09-2016 – Pergerakan Perjuangan Islam Hamas menjelaskan bahawa kerjasama kawalan keselamatan antara pihak berkuasa Palestin (PA) dan rejim Israel di wilayah Tebing Barat boleh menggagalkan proses pilihanraya akan datang.

Jurucakap pergerakan itu, Abdul Latif Qanou berpendapat, tindakan menjalin kerjasama keselamatan dengan tentera rejim Israel, pendakwaan bermotifkan politik dan penahanan ke atas penyokong Hamas oleh pihak PA hanya bertujuan untuk memberi lebih tekanan kepada calon-calonnya yang bertanding di Tebing Barat.

Tambah beliau lagi, pihaknya telah menghubungi wakil-wakil dari parti pembangkang, suruhanjaya pilihanraya dan kumpulan tertentu di Palestin bagi menyerahkan satu dokumen laporan berhubung tindakan kekerasan secara berterusan yang dilakukan oleh pihak PA ke atas Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Mesir menghalang 6 jemaah haji Palestin dari melalui terminal Rafah

Selasa, 06-09-2016 – Pihak berkuasa Mesir menghalang enam jemaah haji Palestin yang dalam perjalanan ke Arab Saudi dari melalui sempadan Rafah bagi menunaikan haji pada tahun ini.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa 790 jemaah yang lain telah dibenarkan untuk ke Arab Saudi melalui terminal tersebut pada hari kedua pembukaannya. Secara keseluruhan, 20 jemaah haji tidak dibenarkan melalui terminal itu akibat daripada pengepungan di Gaza dimana pihak berkuasa sempadan Mesir telah menghalang perjalanan haji 14 jemaah yang lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel Lanjutkan Tempoh Tahanan Fashafisha

Jumaat, 02-09-2016 – Mahkamah Israel telah memutuskan untuk menyambung tempoh penahanan Murad Fashafisha, pegawai pentadbir dari Jenin selama empat bulan lagi. Sebuah stesen radio tempatan berkata pada hari Sabtu, mahkamah yang sama juga telah melanjutkan penahanan Fashafisha dua kali sebelum ini. Beliau sudah menjadi tawanan di penjara Negev sejak 29 Oktober, 2015. Beliau juga telah menghuni selama empat tahun di penjara Israel dalam tangkapan sebelumnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Lebih Sejuta Pelajar Palestin Memulakan Persekolahan

Jumaat, 02-09-2016 – Seramai 1 191 808 pelajar Palestin telah memulakan persekolahan bagi sesi 2016-2017; meliputi 693 165 orang di Tebing Barat, dan 499 643 orang di Semenanjung Gaza.

Menurut Menteri Pendidikan, Sabri Saydam, sebanyak 2914 sekolah telah di buka untuk menerima pelajar. Jumlah ini meliputi 2135 sekolah awam, dan juga sebanyak 353 sekolah milik UNRWA. Manakala tenaga pendidik dan pentadbiran dijangka sebanyak 66 136 orang.

Setiausaha Kementerian Pendidikan yang berpusat di Gaza, Ziyad Thabet berkata sebanyak 430 000 telah bergerak ke sekolah. Malah, beliau juga memaklumkan bahawa kementerian sanggup menyediakan segala kemudahan pembelajaran tanpa menghantar peruntukan ke Semenanjung Gaza dari kementerian di Ramallah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Israel anjur pesta arak atas kubur Islam.

Jumaat, 02-09-2016 – Majlis perbandaran Baitulmuqaddis yang dikuasai Israel mengumumkan akan menganjurkan satu festival wain dengan minum dan menari di atas tapak perkuburan Islam, Ma’man Allah pada hari Rabu dan Khamis ini.

Menurut QPress Center, agensi berita yang memfokus hal ehwal Baitulmuqaddis dan Aqsa, kumpulan muzik Israel dan antarabangsa akan menyertai pesta yang menghidangkan 120 arak jenis wain di atas tapak ‘independence’ tanah perkuburan Islam seluas 200 dunum (ekar) yang dirampas rejim Israel itu.

Majlis perbandaran tersebut telah mengubah sebahagian besar tanah perkuburan itu menjadi tapak untuk kegunaan awam bagi upacara besar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Politik Amerika di Syria, Pertahankan Assad Atau Pecahbelahkan Syria?

Jumaat, 02-09-2016 – Amerika memiliki persamaan gagasan dengan rejim Syria dan sekutunya bahawa mereka sama-sama mempropagandakan perang terhadap terorisme dan kelompok takfir. Oleh kerana pengendali media massa adalah mereka, maka yang nampak di permukaan bahawa persoalan di Syria adalah perang melawan terorisme dan bukan revolusi rakyat Syria. Amerika fokus memerangi ISIS dan Jabhah Nushrah. Dalam memberikan persenjataan, Amerika mensyaratkan kepada kelompok penentang agar digunakan untuk memerangi ISIS dan bukan rejim Syria.

Ada perkara yang perlu diperjelaskan bahawa yang paling rugi akibat meluasnya wilayah dan pengaruh ISIS di Syria bukanlah rejim Syria (Asad) namun kelompok penentang. Justru rejim Syria paling beruntung kerana pihak penentang dianggap sebagai kelompok takfiri ekstrim. Sehingga kini menjadi ia menjadi alasan mereka untuk terus berbuat kekerasan terhadap kumpulan-kumpulan penentang yang berhaluan Islam moderat dan nasionalis.

Apa yang menjadi tanda tanya besar adalah apabila di awal revolusi meletus pihak rejim membebaskan ratusan kelompok Islam ekstrim. Ini menjadi indikator keinginan rejim Syria agar sosok ekstrim itu tetap wujud di tengah-tengah kelompok penentang untuk merosak dan memalingkan dari kompas peperangan sebenar.

Bagi menilai siapa ISIS barangkali memerlukan kajian khusus. Namun bagaimana ISIS dalam waktu singkat mampu menguasai wilayah Syria dengan pantauan di depan mata dan telinga Amerika dan rejim Syria. Kenapa Amerika – dengan kekuatan militan terbesar dunia – mengumumkan bahwa mereka memerlukan tempoh bertahun-tahun dalam memerangi ISIS? Ini menimbulkan tanda tanya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Brussels Airline Hentikan Penyediaan Makanan Produk Israel

Jumaat, 02-09-2016 – Brussels Airlines, syarikat penerbangan terbesar di Belgium yang juga rakan niaga Lufthansa, telah memutuskan untuk menghentikan penyediaan pencuci mulut untuk penumpang penerbangan mereka yang dibuat di Israel. Menurut akhbar Yedioth Ahronoth, Belgium Brussels Airlines berbuat demikian selepas desakan yang dibuat oleh kumpulan pro-Palestin. Makanan yang dihasilkan di taman perindustrian Barkan, Tebing Barat merupakan tanah jajahan yang diharamkan menurut undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Penduduk Gaza anjur perarakan sambut kemenangan Kayed.

Isnin, 29-08-2016 – Pertubuhan Barisan Penduduk bagi Pembebasan Palestin (PFLP) bersama Bilal Kayed, tahanan yang baru sahaja menghentikan sementara waktu mogok laparnya telah menganjurkan satu perarakan di Gaza pada hari Khamis, lalu.

Perarakan yang disertai oleh berpuluh-puluh orang awam dan aktivis itu diadakan sebagai tanda kemenangan selepas pihak penjara Israel gagal mènekan Kayed.

Pemimpin PFLP, Allam al-Kaabi berkata, kemenangan Kayed merupakan satu kejayaan bagi para tahanan warga Palestin di penjara Israel dan ia menunjukkan bahawa perjuangan penduduk Palestin telah bergerak ke satu tahap yang baru.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin