Categories
Berita Semasa

Parlimen Zionis Bahas Penetapan Ibadah Yahudi di al -Aqsa

Rabu , 09-04-2014 – Pelan Suruhanjaya Dalam Negeri di parlimen Knesset Zionis masalah tatacara ibadah Yahudi di masjid al Aqsa dalam sidang pertama yang diadakan hari ini , Isnin ( 7 / 4 ) , khusus untuk membahas masalah tersebut.

Yayasan Wakaf al Aqsa menyebutkan suruhanjaya Parlimen yang menangani masalah ini telah mengundang kepada pelbagai organisasi dan kumpulan Yahudi untuk menghadiri sidang pertama untuk mendengar pendatangan mereka.

Yayasan al Aqsa menjelaskan bahawa ikatan yang akan dibahas suruhanjaya Parlimen Zionis ini adalah pemberlakukan pelaksanaan keputusan kerajaan untuk memperuntukkan masa 3 hingga 5 jam setiap hari bagi kaum Yahudi untuk menyerbu masuk masjid al Aqsa dan polis memberikan perlindungan kepada mereka . Suruhanjaya juga akan membincangkan persiapan penjajah Zionis dan polis untuk penyerbuan kolektif ke masjid al Aqsa selama hari raya Pashkah Yahudi yang jatuh pada 14 April dan berlangsung selama satu minggu penuh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pembinaan Hotel Waldorf Astoria disempurnakan di atas tinggalan bangunan Jawatankuasa Islam

Jumaat , 04-04-2014 – Yayasan Wakaf dan Warisan Aqsa berkata, rejim Israel mengumumkan siapnya pembinaan hotel antarabangsa Waldorf Astoria, yang merupakan sebahagian rangkaian Hilton di Baitulmuqaddis.

Pembinaan hotel itu dilakukan di atas tinggalan bangunan Jawatankuasa Agung Muslim di barat Baitulmuqaddis yang merupakan salah satu polisi menerapkan unsure Yahudi di kota suci itu.Rejim Israel dengan rasminya mengumumkan pelancaran hotel itu ketika Kementerian Pelancongan Israel dan sejumlah pemimpin agama dan politik Israel menyertai upacara meletakkan logo Yahudi di pintu masuk hotel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya ucap tahniah kepada Erdogan sempena kejayaan dalam pilihanraya

Jumaat , 04-04-2014 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya, Recep Tayyip Erdogan di atas kemenangan Justice and Development Party (AKP) dalam satu pilihanraya tempatan di Turki baru-baru ini.

Menerusi panggilan telefon kepada Erdogan pada Selasa lalu, Haneyya menyatakan bahawa kemenangan Erdogan itu berlaku pada masa yang sangat tepat. Bagi pihak Erdogan, beliau melahirkan rasa terima kasih kepada Haneyya di atas ucapan tahniah yang diterimanya serta menambah bahawa kemenangan parti beliau itu melambangkan kehendak orang-orang Turki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

70 pendatang menyerang Masjid al-Aqsa

Jumaat , 04-04-2014 – 70 pendatang Yahudi telah menyerbu di Masjid al-Aqsa pada pagi Rabu di tengah-tengah perlindungan ketat polis, di mana mereka mendengar penerangan mengenai masjid yang mereka dakwa sebagai kuil.

Mahmoud Abul Atta, jurucakap Yayasan Aqsa untuk Endowmen dan Warisan (AFEH), mengesahkan bahawa tentera Israel mengetatkan langkah-langkah keselamatan di pintu-pintu Masjid dan merampas beberapa kad pengenalan, manakala pelajar Palestin di sekolah-sekolah Islam di Masjid al-Aqsa membantah langkah-langkah keselamatan Israel. Dalam konteks yang lain, Abul Atta menyatakan bahawa yang dikatakan organisasi Kuil telah mengemukakan permintaan rasmi untuk mengadakan majlis di dalam Masjid al-Aqsa dengan penyertaan 100 orang pendatang yahudi untuk menandakan Paskah Bahasa Ibrani pada 14 April.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel terus mencemarkan alam sekitar

Jumaat , 04-04-2014 – Laporan Hak Asasi Manusia mendedahkan bahawa persekitaran di wilayah Palestin mengalami pencabulan yang dasyat oleh Israel yang bertujuan untuk menjadikan kehidupan di tanah itu mustahil selepas berlaku rampasan kawasan besar untuk membina penempatan, kem-kem dan kilang-kilang.

Laporan itu yang telah diterbitkan oelh Pertubuhan Arab Bagi Hak Asasi Manusia itu pada hari rabu (2/4) menunjukkan bahawa Israel mengepam berjuta-juta meter padu air kumbahan yang keluar dari penempatan yang memusnahkan Tebing Barat. Perkara ini membawa
kepada kemusnahan alam sekitar yang besar seperti kemusnahan tanaman pertanian, pencemaran air bawah tanah dan merosakkan sumber ternakan.

Laporan itu menyatakan bahawa kilang-kilang Zionis yang berhampiran dengan pagar keselamatan mengeluarkan benda-benda yang mencemarkan alam sekitar tersebut seperti gas toksik. Mereka juga sengaja membuang sisa industri di bandar-bandar serta kampung-kampung Palestin yang berdekatan dengan kilang tersebut. Perkara ini telah menyebabkan perubahan warna bumi yang menjadi hitam sehingga tidak sesuai untuk penanaman kerana kepekatan unsur-unsur bahan kimia yang berbahaya yang menjadikan liang-liang tanah tersumbat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Haniyah: Masa Depan Palestin Harus Diperjuangkan Bersama

Jumaat , 04-04-2014 – PM Palestin, Ismail Haniyah menegaskan, perjuangan Palestin harus dilakukan bersama, tidak ada masa depan jika Fatah bekerjasama dengan penjajah.

Ketika menghadiri majlis graduasi di Kementerian Dalam Negeri, Rabu (2/4) di Gaza, Haniyah menyatakan, kita tidak terkejut dengan keputusan akhir perundingan antara Fatah dan penjajah, kerana rakyat Palestin telah memiliki pengalaman hampir dua puluh tahun berunding dengan penjajah.

Haniyah menambah, perjuangan yang dilakukan di luar kesefahaman nasional, tak akan memiliki masa depan. Perundingan hanya dimanfaatkan penjajah Israel untuk memperkuatkan penempatan baru mereka, merampas tanah Palestin, menjadikan Al-Quds sebagai kota Yahudi, menyekat Gaza dan menghapus Perlembagaan Palestin. Haniyah menegaskan bahawa perundingan bukan pilihan untuk membebaskan Palestin, Al-Quds dan Al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Zionis Setuju Pembangunan Kuil Besar Di Pusat Bandar Al Quds Lama

Khamis, 03-04-2014 – Yayasan Wakaf al Aqsa mengatakan bahawa Kementerian Perancangan dan Pembangunan Pemerintah Zionis di al Quds telah bersetuju dengan usaha pembangunan kuil Yahudi “Permata Israel” di pusat Kota Lama di al Quds.

Yayasan al Aqsa dalam pernyataan Isnin (31/3), menyebutkan bahawa keputusan ini bererti akan bermulanya pembangunan kuil tersebut dan projek Yahudinisasi yang jaraknya hanya 200 meter dari masjid al Aqsa dari sisi barat. Kuil Yahudi ini adalah bangunan empat tingkat, di atasnya terdapat kubah di samping ruang bangunan bawah tanah.

Sehingga kini, penjajah Zionis telah mendirikan sekitar 100 kuil dan sekolah Yahudi di Kota Lama di al Quds dan sekitarnya. Setiap sekolah agama Yahudi ada kuil Yahudi di dalamnya. Penjajah Zionis merancang melakukan proses Yahudinisasi di segenap pelusuk Kota lama dalam 20 tahun ke hadapan, sehingga seluruhnya menjadi wajah Yahudi. Namun menurut Yayasan al Aqsa, semangat juang dan keteguhan warga al Quds akan menggagalkan rancangan Zionis tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

12 Pelarian Palestin syahid dan 3 lagi di tangkap di Syria minggu lepas.

Rabu , 02-04-2014 – Gerakan Untuk Palestin di Syria berkata bahawa 12 pelarian telah terbunuh di Syria pada minggu lepas dari 24 – 30 Mac disebabkan peristiwa yang sedang berlaku di Syria, di samping penangkapan 3 orang pemuda.

Gerakan itu menambah dalam satu laporan yang diterima dari Pusat Maklumat Palestin pada hari Isnin (31-3) bahawa antara mangsa tersebut ialah sebuah keluarga yang terdiri daripada enam orang ahli terbunuh disebabkan pengeboman bas di bandar Al Yadoudeh,
Daraa.

Gerakan itu berkata bahawa Abdullah Saad, seorang pelajar di Universiti Damsyik dari kem pelarian Yarmouk meninggal dunia di bawah penyeksaan di penjara Syria.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Pihak keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) menahan anak ahli parlimen dan 4 orang lagi di Al-Khalil

Rabu , 02-04-2014 – Unit keselamatan PA menyerbu kediaman ahli parlimen MP Mohammed Abu Juhaisha pada pagi Subuh di kampong Edhna village, barat Al-Khalil, dan menahan anak beliau.

MP itu berkata, tindakan pencegahan dan perisikan oleh PA itu menggunakan 20 kenderaan mengepung rumahnya dan memecah masuk sebanyak 2 kali untuk mencari 7 anak lelakinya.

Beliau menerangkan pada mulanya, mereka ingin menyampaikan mesej kepada anaknya yang tiada di rumah ketika itu. Mereka kembali beberapa jam kemudian, dan menimbulkan kekacauan sebelum melarikan anak lelakinya yang lain, Malik. Abu Juhaisha menambah yang pihak keselamatan PA menggeledah rumah anak-anak lelakinya tanpa menjumpai mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin alami keadaan yang sukar di penjara Shata

Rabu , 02-04-2014 – Ahrar Center of Prisoner Studies mengutuk keras kempen penindasan Israel dan sekatan-sekatan ketat yang dikenakan terhadap tahanan-tahanan Palestin di penjara Shata.

Thamer Saba’na, wakil kepada Captive Movement memberitahu pusat Ahrar bahawa pihak pentadbiran penjara tersebut telah merampas peralatan elektrik dan barangan peribadi para tahanan. Menurutnya lagi, Badan Khas Israel pernah menyerbu bilik tahanan-tahanan di penjara Shata, di mana mereka mengoyakkan gambar ahli keluarga mereka serta menutup tempat cucian dan kantin yang menyebabkan kekurangan makanan di kalangan para tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Rabbi menuntut Netanyahu untuk membina rumah ibadat di Masjid Aqsa

Rabu , 02-04-2014 – Fanatik Kanan Rabbi dan sejumlah ahli akademik Israel menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk membina rumah ibadat di sebahagian kawasan Masjid Aqsa, yang mereka dakwa sebagai kuil gunung.

Menurut pengasas Aqsa untuk penghargaan dan warisan, beberapa rabbi dan ahli akademik menandatangani surat yang ditulis oleh kumpulan pelampau Yahudi yang dipanggil Amutat Yishai menuntut Netanyahu untuk memudahkan perasmian pembinaan rumah ibadat di Masjid Aqsa.
“Kuil gunung adalah tempat yang unik untuk solat. Sebagai Perdana Menteri, kami meminta anda untuk melakukan apa yang perlu untuk mewujudkan satu tempat sembahyang untuk orang-orang Yahudi di kuil gunung,” menurut surat itu, yang kemudiannya diserahkan kepada Netanyahu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

AS meminta dua hari untuk membuat keputusan mengenai kumpulan keempat tahanan Palestin

Rabu , 02-04-2014 – Pegawai kanan Palestin berkata bahawa pentadbiran Amerika Syarikat meminta pihak Palestin untuk memberikan sedikit masa untuk menentukan nasib kumpulan keempat dan yang terakhir tahanan Palestin yang akan dibebaskan oleh Israel.

Quds Net memetik dari seorang pegawai kanan PA sebagai berkata pada hari Ahad, pentadbiran AS memohon dua hari untuk mengumumkan samada persetujuan atau keengganan Israel untuk membebaskan kumpulan keempat banduan tersebut.

Menurut kenyaatan rasmi ini, PA juga telah menuntut untuk tidak membuat sebarang langkah di peringkat PBB yang boleh menjejaskan usaha Amerika untuk menyelamatkan rundingan damai.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Kapten Nelayan : Israel membuat fitnah utk mewajarkan serangan mereka.

Rabu , 02-04-2014 – Kesatuan Nelayan Palestin memberi amaran kepada Israel daripada terus-menerus membuat fitnah yang tidak berasas terhadap hak nelayan Palestin bagi mewajarkan mereka untuk menyerang nelayan Palestin di laut setiap hari.

Kapten nelayan, Nizar Ayyash dalam satu kenyataan menafikan tuduhan Israel bahawa tentera Israel telah melepaskan tembakan ke atas sebuah bot Palestin di luar pantai Rafah dan mencederakan empat nelayan yang cuba menyeludup senjata dari Mesir ke Gaza. Beliau menegaskan bahawa perkara ini tidak benar dan sukar diterima akal manusia.

Beliau berkata lagi, ” Israel sedang mengikuti dasar baru dalam menangani nelayan Palestin dan mewajarkan serangan ke atas mereka dengan mereka perkara yang tidak wujud dan tidak berasas menggunakan fakta-fakta yang mengelirukan menipu pendapat umun antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Mishaal menyampaikan takziah kepada Perdana Menteri Malaysia

Selasa , 01-04-2014 – Khaled Mishaal, pengerusi biro politik Hamas, menghubungi Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak melalui telefon pada hari Rabu dan menyampaikan takziah diatas kehilangan tragis pesawat Malaysia. Mishaal menyatakan sokongan terhadap mangsa, dan Hamas bersama rakyat Palestin menyampaikan takziah terhadap rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong rakyat Palestin dan juga hak-hak mereka.

Pemimpin Hamas juga memuji usaha gigih Malaysia dalam usaha mencari pesawat yang terbang dari skrin radar semasa penerbangan biasa dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel sekat pergerakan rakyat Palestin di bandar Hawara dan Beita

Selasa , 01-04-2014 – Angkatan Bersenjata Israel (IOF) mengenakan satu tindakan tegas menyekat pergerakan rakyat Palestin dan kenderaan di bandar Hawara dan Beita di selatan bandar Nablus pada malam Saksi-saksi kejadian memberitahu Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa tentera Israel telah diletakkan di jalan utama di pusat bandar Hawara dan berdekatan stesen minyak Tamimi. Tentera Israel juga menahan dan menyiasat kereta – kereta Palestin yang melalui jalan tersebut.

Saksi-saksi kejadian turut menambah, tentera – tentera Israel itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang berterusan dari pusat bandar Hawara ke bandar Beita.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira