
Jumaat , 06-06-2014 – Ahli Arab Knesset, Ahmad Tibi menghantar surat penting kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Yitzhak Aharonovic menggesa siasatan segera dibuat terhadap keganasan yang dilakukan pihak keselamatan Israel di dataran Al Aqsa beberapa hari lepas.
Berdasarkan sumber rakaman video, tujuh orang tentera Israel telah menjatuhkan seorang tua rakyat Palestin dan menyepaknya secara agresif dan tidak berperikemanusiaan menggunakan kasut but mereka sehingga lelaki tua itu akhirnya diseret dan dicampak ke tanah.
“Semua rayuan daripada mereka yang berada di sekeliling tidak dihiraukan dan pihak polis bertegas untuk menjatuhkan lelaki tersebut. Oleh itu, Sisatan segera punca kekasaran tersebut amatlah diharapkan dari pihak anda. Kesalahan-kesalahan Israel telah melampaui had nilai-nilai etika, pegangan agama dan kemanusiaan yang digariskan.” Tibi berkata di dalam surat yang dihantarnya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan