Categories
Berita Semasa

Israel mengaku menculik rakyat Palestin dari Mesir

Rabu, 03/07/2013 – Mahkamah Israel memutuskan untuk menghalang sebarang penerbitan berita tentang penculikan rakyat Palestin Wael Abu Reida dari Mesir bulan lepas.

Peguam Israel memberitahu Reuters bahawa dia menerima laporan kes Abu Reida pada 22 Jun dan menugasjab peguam Kamal Al-Zaydne untuk membelanya di mahkamah.

Apabila agensi itu menghubungi Zaydne, dikatakan kes itu merupakan kes keselamatan bukan pembunuhan serta menambah dia tidak tahu bagaimana Zaydne dipindahkan ke Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Rancang Tambah Penempatan Haram Mevo Huron

Rabu, 03/07/2013 – Jawatankuasa Daerah bagi Perancangan dan Bangunan mendedahkan hasratnya untuk meluaskan penempatan haram Mevo Huron dibina di atas tanah Palestin di kawasan Latrun.

Dr Khalil Tufkaji, Pengerusi Jabatan Peta di Persatuan Pengajian Arab, menyatakan bahawa kawasan tersebut telah dijajah sejak tahun 1967 di mana kampung Yalu dan Emmaus telah musnah dan penduduknya telah dipindahkan sebelum gencatan senjata.

Tufkaji berkata bahawa sebahagian daripada Qalqilya dan Beit Awwa juga telah musnah dalam tempoh itu. Kuasa-kuasa penjajah telah merampas 58 kilometer persegi selepas memusnahkan dua buah kampung tersebut.

Pakar Palestin menegaskan dengan penubuhan penempatan baru di kawasan itu sebagai sebahagian daripada skim Yahudikan Israel untuk membina kejiranan Yahudi di Baitulmuqaddis.

Tufkaji berkata bahawa pihak berkuasa Israel berhasrat untuk mengekalkan kawalan ke atas semua kawasan dan menolak apa-apa rundingan mengenainya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Penghantaran notis perobohan Jordan Valley oleh Rejim Zionis

Rabu, 03/07/2013 – Rejim Zionis telah menghantar empat notis perobohan di perkampungan Bardala di utara Jordan Valley, Isnin lepas.

Aref Daraghme, pengerusi majlis perbandaran Malih, berkata di dalam satu sidang akhbar bahawa pihak tentera Israel menyerahkan notis tersebut kepada empat penduduk yang tinggal di pinggir perkampungan Bardala.

Beliau mengatakan bahawa IOF telah menjadikan perkampungan tersebut sasaran hampir setiap hari di mana pihak tentera Israel dan penduduk Yahudi menyerang penduduk dan harta benda mereka.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis membuat penangkapan 13 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem

Rabu, 03/07/2013 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) menyerbu bandar-bandar di Tebing Barat dan menahan lapan belia Palestin dari bandar-bandar al-Khalil dan Bethlehem.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa Rejim Zionis menahan empat lelaki dari bandar Beit di pemeriksaan Tarqumiya Ummar, di al-Khalil, dan dipindahkan mereka ke destinasi yang tidak diketahui.

Tiga lelaki muda yang lain yang berusia dalam dua puluhan dari perkampungan Khursa Tabka, juga telah ditangkap oleh Rejim Zionis dalam serbuan dan penggeledahan di rumah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Suruhanjaya tertinggi membawa Prawer Plan kepada PBB

Selasa, 02/07/2013 – Suruhanjaya Tertinggi Arab telah memutuskan untuk membuat bantahan kepada PBB atas Pelan Prawer oleh Israel yang akan memindahkan beribu-ribu Arab Bedouins dari tanah nenek moyang mereka di Negev.

Suruhanjaya tersebut berkata di dalam satu sidang akhbar pada Ahad lepas bahawa mereka bercadang untuk membawa bantahan tersebut kepada Setiausaha Jeneral PBB, Ban Ki-moon atas kapasitinya sebagai pemimpin tertinggi Palestin pada 1948.

Suruhanjaya tersebut juga menambah bahawa mereka akan mengadakan satu khemah bantahan di hadapan premis-premis kerajaan Israel dan akan mengadakan badan penggesa sebagai salah satu usaha untuk melawan undang-undang berbentuk perkauman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa Islam-Kristian menyelar keputusan Israel membina 930 unit kediaman

Selasa, 02/07/2013 – Setiausaha Agung Jawatankuasa Islam-Kristian Menyokong Baitulmaqdis, Hanna Issa menyelar keputusan Kementerian Perumahan dan Perbandaran untuk membina 930 unit penempatan di Jabal Abu Ghneim (Har Homa).

Dr. Issa berkata di dalam kenyataan akhbar pada Ahad bahawa keputusan untuk meneruskan pembinaan dan perluasan penempatan oleh rejim.

Beliau menegaskan bahawa kedatangan para pendatang dan penempatan di Tebing Barat dan bahagian Timur Baitulmuqaddis merupakan perlanggaran hak asasi rakyat Palestin dan perlanggaran resolusi antarabangsa yang mengutuk segala bentuk penempatan di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Israel Jadikan Isu Tawanan Sebagai Alat Tawat-Menawar

Selasa, 02/07/2013 – Pertubuhan Hak Asasi Manusia Palestin merasa sangsi dengan keseriusan janji Zionis yang akan membebaskan para tawanan yang ketika ini terperosok dalam penjara Israel. Ini kerana sehingga kini, masalah tawanan masih menjadi bahan tawar-menawar yang digunakan Zionis untuk memakasa pihak Otoriti Palestin supaya kembali ke meja perundingan.

Sementara itu, pusat kajian tawanan Palestin dalam keteranganya, Ahad (30/6) mengatakan, masalah pembebasan tawanan sudah diusulkan dalam pelbagai kesempatan sebelum ini dan tidak ada natijahnya. Ini kerana Israel hanya bercakap dan hanya menggunakan isu tersebut sebagai alat tawar-menawar sahaja dengan pihak Palestin.

Oleh kerana itu, pertubuhan ini meminta bangsa Palestin tidak terlalu optimis atau menaruh harapan terlalu besar pada slogan atau inisiatif dari pihak Zionis kerana slogan tersebut hanya digunakan untuk mengembalikan Palestin kepada meja perundingan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

PM Haniyah Kecam Serangan Udara Zionis ke Gaza

Isnin, 01/07/2013 – Kerajaan Palestin mengecam serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur Zionis di beberapa kawasan Gaza. Ini merupakan tindakan yang terang-terangan melanggar kesepakatan gencatan senjata. PM Ismail Haniyah turut menyatakan kerisauan dengan perkembangan beberapa kelompok Yahudi yang terus ingin membangunkan kuil Yahudi di masjid al-Aqsa.

Liga Arab juga diingatkan agar terus mengambil perhatian serius terhadap aktiviti-aktiviti Yahudisasi dan perlu cepat dalam menangani masalah itu.

sumber : COMES
penterjemah : ateed

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menculik 8 rakyat Palestin di Tebing Barat

Isnin, 01/07/2013 – IOF menyerbu bandar Nablus, Ramallah and Bireh, pada Selasa dan menculik 8 warga Palestin dari rumah mereka.

Sumber tempatan di Nablus melaporkan bahawa 4 warga telah diculik dan dibawa ke pos ketenteraan di Hawara.

IOF turut menyerbu bandar Salfit pada Subuh dan mengeluarkan notis soal-siasat oleh perisikan Israel kepada bekas tahanan dari kumpulan Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Kampung Tawana berhadapan peluasan penempatan Yahudi

Isnin, 01/07/2013 – Saber al-Hariny, ahli jawatankuasa kampung Tawana memberitahu wartawan yang setiap hari penduduk kampung telah terdedah dengan percubaan peneroka yang mahu merampas tanah-tanah bersebelahan dengan penempatan yang mengelilingi kampung itu.

Kampung Tawana yang berada di timur bandar Yatta, selatan al-Khalil mempunyai penduduk sekitar 400 orang dan dikelilingi oleh empat penempatan Israel; Fatah Sedro, Ma’on, Karmiel dan Umm Arayes.

Al-Hariny berkata pertubuhan Zionis berusaha untuk mengusir penduduk kampung dan memaksa mereka meninggalkan tanah mereka di tengah-tengah ketiadaan sokongan daripada Pihak Berkuasa Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Serangan siber menyebabkan syarikat Israel kerugian besar

Isnin, 01/07/2013 – Data Israel menunjukkan bahawa sektor teknologi maklumat dan sistem komputer di Israel telah rosak teruk akibat serangan siber oleh aktivis antarabangsa yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Globes Website berkata syarikat-syarikat Israel yang beroperasi di bidang sistem maklumat pada suku pertama tahun ini sahaja, kerugian hampir dua ratus juta shekel (kira-kira AS $ 55400000), hasil daripada satu siri serangan siber.

Menurut data, jumlah kerugian dalam syarikat-syarikat teknologi Israel telah menjadi dua kali ganda tahun ini, dimana dalam tempoh yang sama tahun lepas ia mencatatkan kerugian sebanyak seratus juta shekel (kira-kira 27.7 juta dolar Amerika Syarikat).

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

12 Rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat

Rabu ,26-06-2013 – Rejim menyerbu di Nablus dan Jenin pada awal pagi Isnin di Tebing Barat di mana 5 warga Palestin ditahan setelah rumah mereka digeledah.

Manakala 7 rakyat Palestin yang lain ditahan di kawasan lain di Tebing Barat. Sumber tempatan melaporkan bahawa rombongan tentera menyerbu kota lama Nablus pada pagi dan menahan Fadi Abu Sharekh and Muntaser Akoba, setelah Qassam Eshtayeh, 24, dari bandar Salem timur Nablus.

Adel Shalabi and Tahir Nawahda, dari Jenin, turut ditahan setelah rumah mereka digeledah. Warga lain disoalsiasat di tengah-tengah tembakan bom.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tangkap dan belasah pemuda Palestin

Rabu ,26-06-2013 – Rejim Zionis Israel (IOF) menahan seorang lelaki muda di kampung Beit Ummar , utara Al-Khalil waktu subuh semalam kemudian membelasahnya malam tadi.

Sumber Palestin berkata rejim Israel menangkap Yousef Abu Hashem semasa sekatan jalan raya berhampiran Bethlehem pada malam Ahad lalu.

Bapa Yousef berkata anaknya telah dibawa ke pusat tahanan Etzion di mana dia dibelasah oleh rejim sebelum dia dicampakkan di laluan masuk ke kampung Beit Ummar. Beliau berkata anaknya telah dimasukkan ke hospital dengan hidungnya patah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

ILA adalah untuk merampas 70 dunum tanah Sur Baher

Rabu ,26-06-2013 – Israel Pentadbiran Tanah (ILA) mengisytiharkan niat untuk merampas 70 dunum Sur Baher tanah di kawasan Duhr di Baitulmuqaddis memihak kepada projek-projek yang telah berlalu.

Salah satu pemilik tanah menyatakan pada 1971 pihak berkuasa Israel telah merampas hampir 2240 dunum di kawasan yang disebut dalam perintah untuk membina jajahan Armon Hanatziv.

70 dunum kekal dari rampasan tanah di mana kerja-kerja pembinaan telah ditangguhkan disebabkan oleh rayuan penduduk tempatan, katanya lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haniyah: Hubungan Kami Dengan Jihad Islami Tetap Kukuh

Rabu ,26-06-2013 – PM Palestin, Ismail Haniyah menegaskan, hubungan antara Hamas dan gerakan Jihad Islami tetap kukuh sesuai dengan hasrat dan matlamat yang sama untuk memperjuangkan Islam dan Palestin, kes gugurnya anggota Jihad Islami tidak akan mengganggu hubungan mereka.

Haniyah menunjukkan rasa sedih yang mendalam terhadap peristiwa di kompleks Syujaiyah, Gaza Timur, yang mengorbankan salah seorang anggota Jihad Islami, Raed Jundiyah.

Haniyah menyampaikan takziyah kepada keluarga Jundiyah, Isnin (24/6) atas gugurnya putera mereka. Haniyah menyebutkan “musibah yang menimpa mereka adalah juga musibah kami, Raed adalah putera kita semua, darah kalian adalah amanah di bahu kami, kami akan setia menjalankan syariat Allah, dan menghormati hubungan yang kukuh dengan keluarga Abu Jundiyah”.

sumber : COMES
penterjemah : Osman