
Khamis ,22-08-2013 – ‘Hamas’ dan ‘Fatah’ mengadakan perjumpaan di Bandar Gaza pada hari Ahad 18/8 untuk membincangkan perihal perdamaian kebangsaan serta menamatkan pertikaian dan api persengketaan.
Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap bagi gerakan ‘Hamas’ menjelaskan bahawa pertemuan itu diadakan berikutan permintaan gerakan ‘Fatah’. ‘Fatah’ menekankan keperluan ‘Hamas’ dalam mematuhi pelaksanaan perjanjian damai sebagaimana yang ditandatangani tanpa sebarang pemilihan seperti menarik diri daripada keadaan semasa.
Sementara itu di semenanjung Gaza, jurucakap bagi gerakan ‘Fatah’, Fayez Abu Eita berkata bahawa pertemuan antara dua gerakan itu bermula pada pukul 8 malam hari ini untuk mengenalpasti langkah-langkah melaksanakan perjanjian damai dan kemungkinan mengadakan pilihanraya presiden dan perundangan berikutnya.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Fahana