Categories
Berita Semasa

Hamas sokong inisiatif PFLP untuk mulakan strategi seragam

Jumaat , 28-03-2014 – Gerakan Hamas menyokong inisiatif Popular Front dari Liberation of Palestin (PFLP) untuk memanggil persidangan nasional serta-merta bagi memulakan strategi seragam untuk perjuangan Dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman Facebook Dr Mousa Abu Marzouk yang merupakan ahli biro politik Hamas pada awal pagi Selasa, seruan PLFP itu adalah sangat dihargai dan wajar diberi perhatian yang serius.

PFLP menyeru supaya satu strategi seragam dimulakan sebagai alternatif kepada proses penempatan and siri rundingan yang melecehkan dan akan membuat tentangan .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

4 pelajar rakyat Palestin diculik dari Universiti Aleppo di Syria

Jumaat , 28-03-2014 – Kumpulan tindakan untuk rakyat Palestin di Syria berkata pada Selasa bahawa tentera rejim Syria menculik 4 pelajar warga Palestin dari Universiti Aleppo, selatan Syria.

Para pelajar tersebut dikenalpasti sebagai Ahmed Abdul-Hafed, Mohamed Jamil, Mohamed Abul-Saber dan Amjad Magames. Kesemuanya dari kem pelarian Neirab. Kumpulan itu turut berkata bahawa seorang pelarian Palestin bernama Naser Ibrahim, dari kem pelarian Handarat meninggal akibat kecederaan serius yang dialaminya sejak seminggu seminggu lalu di kawasan Assalat dekat Aleppo.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Mesir tidak membenarkan bas jemaah umrah menyeberangi Gaza.

Jumaat , 28-03-2014 – Pihak Berkuasa Mesir semalam Isnin, (24-3) tidak membenarkan ratusan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi menyeberangi Semenanjung Gaza disebabkan penutupan sempadan Rafah.

Sumber media yang dipetik berkata, tentera Mesir memaksa bas yang membawa mereka kembali ke bandar El-Arish yang hanya 50 km dari sempadan laluan Rafah di mana mereka akan bermalam di perhentian bas bagi menunggu pembukaan semula sempadan Rafah sekali lagi pada pagi selasa.

Beberapa bas jemaah umrah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada pagi Isnin semalam untuk tiba ke bandar Mesir Rafah tanpa dibenarkan untuk memasuki Rafah oleh tentera Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melancarkan bedilan meriam di utara Gaza

Jumaat , 28-03-2014 – Rejim Zionis melepaskan bedilan peluru meriam di utara Semenanjung Gaza petang Isnin namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Saksi mengatakan bedilan meletup di lot tanah yang diusahakan di barat utara Beit Lahia, utara Gaza. Mereka berkata ambulans bergegas ke kawasan tersebut namun tiada sebarang kecederaan yang ditemui.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Hukuman Mati Terhadap Ratusan Pendukung Mursi Mendapat Kritikan Keras Antarabangsa

Jumaat , 28-03-2014 – Reaksi keras serantau dan pihak antarabangsa silih berganti berkait hukuman mati terhadap 529 aktivis Islam para penyokong Mursi yang menolak kudeta, ketika pihak antarabangsa melaungkan Hak Asasi Manusia (HAM) dan landasan keadilan antarabangsa. Washington, Paris dan London menyampaikan kekhawatiran mendalam terhadap hukuman yang dianggap jamaah Ikhwanul Muslimin sebagai pembasmian kolektif baru tersebut.

Amnesty International menganggap hukuman mati kolektif sebagai contoh keji di tengah ketidakmampuan regim Mesir menerapkan keadilan dan ketelusan.

Menurut Hasibah Haji Shahrawi, wakil pengarah Syarqul Aushat dan Utara Afrika di Amnesty International, hukuman mati dengan jumlah tersebut di satu waktu menjadikan Mesir melampaui negara-negara lainnya dalam menggunakan undang-undang dan hukuman mati terbesar di beberapa tahun terakhir ini di dunia.

Shahrawi menambah, mahkamah Mesir dengan begitu cepat menjatuhkan hukuman terhadap para penyokong Presiden Muhammad Mursi, namun melupakan pelanggaran besar terhadap HAM yang dilakukan pasukan keselamatan mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Livni: Tahanan Kumpulan Keempat Hanya Akan Dibebaskan Jika Abbas Menandatangani Perjanjian.

Rabu , 26-03-2014 – Menteri Keadilan Israel, Tzipi Livni berkata, Israel akan melepaskan tahanan kumpulan keempat yang sepatutnya akan dibebaskan pada akhir bulan ini, hanya jika Mahmoud Abbad menandatangani rangka perjanjian.

Livni memberi ulasan tersebut pada petang Selasa ketika lawatan di Negev. Sementara itu, Abbas meninggalkan Washington, DC pada petang Selasa, selepas lawatan rasmi yang berlangsung selama 3 hari di mana beliau telah bertemu dengan Presiden U.S, Barack Obama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul izzati

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Itali menyelamatkan 596 pelarian termasuk rakyat Palestin

Rabu , 26-03-2014 – Tentera Laut Itali telah menyelamatkan 596 pelarian Palestin, Syria dan Eritrea, termasuk 25 kanak-kanak dan 50 wanita, selepas dua kapal yang membawa mereka karam di luar pantai Italia.

Menurut akhbar Itali Corriere della Sera, pelarian telah ditemui oleh sebuah pesawat Itali yang meronda kawasan itu pada malam Selasa.
Pelarian yang diselamatkan ketika cuba menjejak Sicily melarikan diri dari keadaan yang sukar di negara-negara mereka, berada dalam dua kapal yang sesak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menembak seorang remaja Palestin

Rabu , 26-03-2014 – Rejim Zionis membunuh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari kampung Deir Al-Asal village di Al-Khalil pada pagi Rabu. Sumber daripada rakyat Palestin yang berada di tempat kejadian berkata, tentera menembak dan membunuh Yousef Nayef Abu Akar dan tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri jenazahnya. Menurut sumber IOF, remaja tersebut sedang dalam perjalanan menuju kampung Ramadin yang membatasi Negev dan cuba memanjat tembok pemisah di kawasan itu.

Keluarga Abu Akar memberitahu PIC bahawa tentera yang ditempatkan berdekatan tembok perkauman di Ramadin yang dikenali sebagai kawasan kemasukan pekerja Palestin, menembak remaja tersebut dengan sengaja tanpa sebarang amaran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis Lakukan Penggalian Baru di Selatan Al-Aqsa

Rabu , 26-03-2014 – Yayasan Wakaf dan Peninggalan Al-Aqsa yang berperanan menjaga dan memantau tempat suci Islam di wilayah Jajahan 48 mengungkapkan tentang projek pemerintah Zionis pada tahap terakhir dalam usaha penggalianya di kawasan pintu masuk Wadi Helwah, sekitar 100 meter ke arah selatan Masjid Al-Aqsa atau 20 meter di sebelah selatan pagar Al-Quds yang bersejarah.

Pihak Yayasan menambah, luas kawasan terbabit mencapai enam ekar. Sementara kedalamannya di beberapa tempat penggalian mencapai 20 meter. Mereka menghancurkan puluhan binaan bersejarah yang dibangunkan pada zaman Umawiyyah hingga masa Uthmaniyyah. Termasuk juga binaan yang dibangunkan pada zaman Ayubiyyah.

Pihak Yayasan melihat penggalian ini bersambung dengan jaringan terowong yang sudah digali sebelumnya oleh Zionis di bawah Masjid Al-Aqsa. Sementara itu pihak otoriti purbakala Zionis terus melakukan penggalian dengan inisiatif dan dana dari pertubuhan Elad Zionis untuk tujuan penempatan. Mereka juga sedang melakukan proses Yahudinisasi dengan membina bangunan empat tingkat atas persetujuan pemerintah Netanyahu dan sokongan pemerintah kota Al-Quds yang diberi nama “Kuil Taurat” di atas tanah seluas 16 000 meter persegi.

Yayasan ini khawatir, Zionis secara terang-terangan akan menghancurkan puluhan binaan bersejarah di zaman kegemilangan dan keamanan Islam, sama ada dari Umawiyyah mahupun Abbasiyah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Livni Memujuk Pelancaran Kelompok Keempat Tahanan dengan Tandatangan Mahmud Abbas

Rabu , 26-03-2014 – Menteri Keadilan Israel, Tzipi Livni semalam, selasa (18-3) berkata, entiti zionis tidak akan dibebaskan untuk kelompok keempat tahanan yang sepatutnya dibebaskan akhir bulan ini melainkan jika pemimpin negara, Mahmud Abbas menandatangani rangka perjanjian.

Livni menambah, ‘kunci kepada pintu penjara yang menahan tahanan Palestin berada di tangan Abu Mazen dan keputusannya akan diambil pada hari akan datang” Kenyataan beliau ini dikeluarkan semalam, selasa semasa lawatan beliau ke Negev Barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

IOF memusnahkan 3 rumah rakyat Palestin di pendudukan Jerusalem

Rabu , 26-03-2014 – Angkatan Pendudukan Israel (IOF) merobohkan tiga rumah di kawasan kejiranan Beit Hanina di Pendudukan BaitulMaqdis pada pagi Rabu dengan alasan rumah yang dibina tanpa permit.

Saksi kejadian mengatakan jentolak Israel menyerbu di kejiranan Ashqariyeh di Beit Hanina pada awal pagi dan mula merobohkan dua karavan dan bangsal milik keluarga Shadi Samara. Sumber menambah bahawa tentera Israel dengan kejam menyerang sekumpulan rakyat Palestin yang berkumpul berhampiran rumah yang dirobohkan dan mencederakan beberapa orang daripada mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

IOA luluskan pembinaan 186 unit penempatan di OJ

Rabu , 26-03-2014 – Pihak berkuasa Penempatan Israel (IOA) yang juga dikenali sebagai Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan Israel telah meluluskan pembinaan 186 unit perumahan baru di BaitulMuqaddis pada Rabu lalu.

Menurut sumber media Hebrew, 40 unit penempatan akan dibina di penempatan Pisgat Ze’ev manakala 146 unit lagi di penempatan Har Homa di kawasan selatan Baitulmuqaddis. Pepe Alalu, seorang ahli jawatankuasa pembinaan dari parti sayap kiri Meretz, mengatakan bahawa majlis perbandaran Israel di Baitulmuqaddis giat memperhebatkan lagi usaha mereka dalam meluluskan projek pembinaan penempatan ketika fokus pemimpin-pemimpin dunia tertumpu kepada krisis Crimea.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

80 NGO menuntut Abbas tidak tunduk kepada tekanan Amerika.

Khamis , 20-03-2014 – Berpuluh-puluh NGO dan institusi-institusi masyarakat awam Palestin menyeru agar pemimpin negara, Mahmud Abbas menolak apa-apa perjanjian yang menafikan hak-hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan mencapai cita-cita kemerdekaan
yang diimpikan.

Terdapat 80 NGO yang telah menandatangani petisyen untuk ” Rangkaian NGO Palestin” pada hari ahad (16/3) dan mereka meminta Abbas untuk tidak tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan menekankan kewajipan Abbas untuk membela hak rakyat Palestin yang telah berjuang dan terus berjuang untuk kepentingan anak-anak bangsa dan sesiapa yang mempercayai keadilan.

Sepatutnya pemimpin negara, Mahmud Abbas bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Washington esok, Isnin 17 Mac, yang merupakan sebahagian dari usaha Amerika yang bertujuan untuk memberi tekanan kepada Pihak Berkuasa Palestin dan kumpulan peruding bagi persetujuan “rangka perjanjian” yang dibuat oleh Menteri Luar Amerika, John Kerry dalam lawatan ulang-alik dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 9 bulan untuk proses keputusan politik.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Hammad: Kami melancarkan tindakan balas kepada aktiviti perisikan

Khamis , 20-03-2014 – Menteri Dalaman Palestin Fathi Hammad berkata, kementeriannya bertungkus-lumus menentang tindakan rejim Israel untuk merekrut pengintip dan pemberi maklumat dari Semenanjung Gaza.

Dalam satu rancangan radio pada Sabtu, Hamad berkata, kementeriannya memiliki teknologi yang canggih untuk menangkis perisikan. Beliau menekankan bahawa sedang berlaku perang saraf di antara bahagian keselamatan Palestin di Gaza dan agensi perisikan Israel, mengesahkan bahawa pihak perkhidmatan keselamatan dalalan bekerja siang dan malam untuk menghalang perisikan dan mengenalpasti pengintip.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOA luluskan penubuhan 128 unit perumahan di Baitulmuqaddis

Khamis , 20-03-2014 – Pihak berkuasa Penempatan Israel (IOA) telah meluluskan pembinaan 182 unit perumahan di kejiranan penempatan Ramot yang diperuntukkan kepada tentera-tentera Israel pada Ahad lalu.Menurut Majlis Perbandaran Israel di Baitulmuqaddis, projek penempatan itu melibatkan pembinaan 724 unit perumahan, termasuk 300 unit rumah pada tahun 2013 yang diperuntukkan untuk pasukan keselamatan Israel.Dilaporkan bahawa mengikut perancangan, 166 unit perumahan baru adalah untuk polis Israel, manakala 128 unit perumahan diperuntukkan untuk orang awam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira