
Rabu , 04-06-2014 – Dianggarkan sepuluh unit keluasan tanah pertanian rakyat Palestin di timur Bandar Yatta (selatan al-Khalil) telah dibakar oleh pendatang Yahudi pada hari Khamis semalam.
Ratib al-Jabour, seorang penggerak pembantahan terhadap Tembok Pemisah dan Kependudukan Haram di selatan al-Khalil telah melaporkan kepada agensi berita SAFA bahawa kawasan serangan tersebut dimiliki oleh Khaled al-Najjar.
Dia memaklumkan yang penduduk setempat telah gagal memadam api di kawasan tersebut, walaupun telah berusaha secepat mungkin.
Dia turut mengecam perbuatan pendatang Yahudi ke atas petani-petani dan harta penduduk Palestin tersebut, dan mendakwa perbuatan ini sebagai muslihat Yahudi untuk mendiami kawasan berkenaan setelah ditinggalkan oleh penduduk Palestin akibat kejadian itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan