Categories
Berita Semasa

Aliyan memberi amaran tentang kesan daripada upacara perkahwinan Yahudi di Masjid Aqsa

Isnin, 14-03-2016 – Jurucakap Fatah, Raf’at Aliyan telah memberi amaran yang akan ada kesan buruk hasil daripada mengadakan majlis perkahwinan pendatang Yahudi di Masjid Aqsa.

Ia diadakan setelah rabbi Bentzi Gophstein, ketua kumpulan pelampau Lehava, mengumumkan yang anaknya Elyashiv telah melangsungkan perkahwinan pada Khamis lepas di Masjid Aqsa. Tindakan itu dikatakan bertujuan untuk menekankan hak keagamaan golongan Yahudi untuk membina semula kuil mereka.

Menyifatkan tindakan Gophstein sebagai mencemarkan Masjid Aqsa, Aliyan menegaskan yang tindakan provokasi ke atas tempat suci Islam tidak akan dibiarkan dan akan mencetuskan kemarahan oleh warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel tahan gadis Palestin disyaki ingin menyerang dengan pisau.

Isnin, 14-03-2016 – Tentera rejim Israel menahan seorang gadis warga Palestin kerana didakwa memiliki sebilah pisau. Kejadian berlaku di bandar al-khalil, selatan Tebing Barat pada pagi hari Isnin, kelmarin..

Menurut sumber berita media Israel, pihak tenteranya sedang giat menjalankan operasi menahan mana-mana wanita muda di bandar tersebut sebagai salah satu usaha untuk mengatasi masalah serangan menggunakan pisau yang kerap berlaku di situ.

Pertubuhan Amnesty International, menyatakan bahawa hasil dari kajian yang mereka lakukan melalui lawatan ke Tebing Barat dan juga Timur Baitulmuqaddis mendapati, sejak bermulanya Intifada, pihak tentera penjajah Israel terbukti terlibat dalam satu siri pembunuhan yang menyalahi undang-undang dan dengan sengaja menggunakan kekerasan tanpa sebab ke atas warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

18 Tahanan Palestin di Penjara Etzion Lanjutkan Mogok Lapar

Isnin, 14-03-2016 – Seramai 18 tahanan Palestin di penjara Zionis “Etzion” terus melanjutkan tindakan mogok lapar, yang sudah dimulaka sejak hari Khamis minggu lalu. Sementara itu tahanan lain yang ada di penjara yang sama menghentikan tindakan mogok lapar mereka hari ini.

Kelab Tahanan Palestin dalam kenyataannya pada hari Isnin (7/3), menyebutkan bahawa seramai 18 tahanan daripada jumlah 60 orang, menolak hidangan makanan yang diberikan pada mereka sebagai protes perlanjutan penahanan mereka oleh pihak Zionis dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Kelab Tahanan Palestin menyatakan bahawa apabila situasi yang ada terus berlanjutan maka para tahanan akan mengambil langkah-langkah protes lain, meskipun sebagian dari mereka menerima keputusan pemindahan ke penjara Ofer dari pihak pengadilan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

3 Perkara Yang Menakutkan Israel: Dasar Terowong, Kelemahan Perisik dan Roket Perang.

Selasa, 08-03-2016 – Wakil tertinggi penjajah Zionis sudah mula membuat persiapan untuk pelbagai senario yang akan mendatang terutamanya yang berdekatan Gaza. Di celah-celah kekalutan, akan meningkatnya kekuatan perjuangan Palestin dan semakin meluas aksi menggali terowong, di saat yang sama puak Zionis mengalami kesukaran dalam mengumpulkan maklumat-maklumat perisik.

Sebuah laporan yang dikeluarkan laman web Perisik Zionis, “Walla”, diberitakan bahawa komando selatan tentera Zionis pada Ahad pagi(28/2) telah memulakan latihan untuk mempersiapkan Batalion Gaza untuk melakukan pelbagai latihan lapangan bagi menangkis kemungkinan-kemungkinan yang bakal terbit di belah Selatan.Perkara ini akan berlangsung sehingga Khamis yang datang di kawasan industri Ashkelon dan kawasan sekitarnya.

Berdasarkan laporan yang diterima, dikhabarkan akan terjadi pergerakan secara besar-besaran selama latihan pasukan penjajah Zionis berlangsung. Sementara itu pesawat-pesawat perang akan terbang di wilayah selatan. Pelbagai pasukan akan melakukan latihan lapangan, serangan darat dan mengumpul maklumat perisik. Itu semua untuk mengatasi ancaman-ancaman di sebalik terowong, yang sejak kebelakangan ini kembali mendahului surat-surat khabar yang diberitakan ancaman Hamas tentang penggalian terowong menuju ke Israel.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik dua remaja semasa serbuan subuh di al-Khalil

Selasa, 08-03-2016 Tentera Rejim Israel pada waktu subuh hari Rabu telah menculik dua remaja Palestin semasa melakukan serbuan di rumah-rumah di bandar Beit Ummar, utara bandar al-Khalil.

Aktivis hak asasi manusia Mohamed Awad memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa IOF telah menculik Ahmed Awad berusia 16 tahun dan Mohamed Abu Mariya berusia 17 tahun dari rumah mereka pada waktu subuh.

Awad berkata bahawa tentera menyerbu rumah Yousef Awad di bandar dan mengarahkan beliau untuk menyerahkan anak lelaki berusia 17 tahun, Ra’ed, kepada Shin Bet pagi hari ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Azan di Masjid al-Ibrahimi dilarang 45 kali pada Februari

Selasa, 08-03-2016 – Pihak berkuasa pendudukan Israel melarang azan berkumandang di Masjid al-Ibrahimi al-Khalil sebanyak 45 kali pada Februari lalu kerana mendakwa ia mengganggu penduduk Yahudi.

Sumber tempatan mendedahkan bahawa tentera Israel menghalang mereka yang bertanggungjawab untuk azan daripada memasuki ruang di dalam masjid.

Malah, tentera Israel turut menempatkan tentera mereka di persekitaran masjid, sekali gus terus-terusan mengganggu rakyat Palestin yang cuba untuk memasuki laman suci umat Islam itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Rundingan Perancis Ditolak Kerana Merugikan Palestin

Selasa, 08-03-2016 – Gerakan Perjuangan Islam Hamas menyatakan pihaknya menolak inisiatif Perancis yang bertujuan untuk menganjurkan rundingan damai antara juru-runding Zionis dan Palestin, bagi melanjutkan proses politik antara kedua belah pihak.

Gerakan Hamas mengatakan bahawa gerakannya menolak inisiatif tersebut dan menilai rundingan tersebut merugikan bangsa Palestin dan kepentingan sejagat.

Gerakan Hamas menegaskan bahawa inisiatif Perancis merupakan usaha untuk menghidupkan kembali sebuah rundingan yang dikatakan Hamas sendiri, “telah lama mati”.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Operasi Penangkapan Jadi Pembakar Semangat Intifadhah al-Quds

Selasa, 08-03-2016 – Mantan Menteri Palestin, Washfi Kabha melihat operasi penangkapan setiap hari yang dilakukan pasukan penjajah Zionis terhadap pemuda Palestin di Tebing Barat dan al-Quds mencerminkan keadaan bimbang dan ketakutan yang dialami pihak penjajah Zionis.

Menjawab pentanyaan wartawan Arab “Quds Press”, Rabu (2/3), Kabha mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis menggunakan “gertakan” dengan siri penangkapan terhadap warga Palestin untuk mencegah para pemuda “bangkit memprotes tindakan penjajah Zionis”. Beliau menegaskan bahawa penjajah Zionis tidak memberi sebarang alasan untuk melakukan pelanggaran.

Pemimpin Gerakan Hamas ini menjelaskan bahawa penangkapan yang dilakukan penjajah Zionis adalah terhadap semua warga sama ada terhadap faksi dan kalangan ahli parti Palestin dan mencakupi pelbagai peringkat usia.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Regim Zionis membebaskan sebuah keluarga Jerusalem selepas menyoal mereka berjam-jam.

Selasa, 08-03-2016 – Petang ahad yang lalu, polis Zionis telah membebaskan sebuah keluarga setelah menyoal siasat mereka selama beberapa jam, dengan meletakkan syarat supaya mereka menandatangani perjanjian ikat jamin sebanyak 5000 shekal (1 dolar bersamaan 3.9 shekal). Manakala pihak mahkamah melanjutkan perbicaraan anak lelakinya, Laith sehingga hari isnin keesokannya.

Regim Zionis telah menahan Tariq Yusuf Darwish (44 tahun), isterinya Tahrir, dan anak-anaknya Yusuf (19 tahun), Laith (18 tahun), Butul (15 tahun) dan Darwish (2 ½ tahun). Tahrir memberi kenyataan kepada wartawan akhbar tempatan palestin bahawa sekumpulan regim
Zionis tiba-tiba memecah masuk rumah mereka yang berada berdekatan dengan Hospital Hadassah di Issawiya pada tengah malam semalam, setelah mereka mengepung dan merobohkan pintu utama”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Aishah

Categories
Berita Semasa

Unit khas Zionis menyerbu dan menangkap seorang pemuda.

Selasa, 08-03-2016 – Mengikut satu sumber yang dipercayai, lewat petang rabu semalam, regim Zionis yang menyamar dengan berpakaian seperti penduduk biasa telah menceroboh ke dua kawasan iaitu Ramallah dan Hay Tirah yang terletak di barat Ramallah, serta menangkap seorang penduduk di situ.

Sumber tersebut turut berkata, tentera Israel menahan seorang pemuda warga tempatan, Nidhal Aljarushi, berdekatan dengan Restoran Mansi, dan membawa beliau pergi sejurus selepas itu. Sumber-sumber yang lain mengatakan, pemuda tersebut dalam lingkungan 30-an dan berasal dari bandar Ramlah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Aishah

Categories
Berita Semasa

Hamas: Inisiatif Perancis tidak diterima

Selasa, 08-03-2016 – Gerakan Hamas mengumumkan pada Rabu tentang penolakkannya terhadap inisiatif Perancis menyeru agar diadakan persidangan damai di antara Palestin dan Israel untuk meneruskan rundingan. Dalam kenyataan ringkasnya, gerakan itu menyatakan yang inisiatif Perancis itu tidak memberi kebaikan kepada rakyat Palestin dan kepentingan negara.

Kumpulan itu menyifatkan inisiatif itu sebagai usaha baru untuk memulakan kembali rundingan dengan rejim yang gagal. Tujuan utama inisiatif Perancis adalah untuk menghentikan Intifada Baitulmuqqaddis dan mengabaikan hak rakyat Palestin di Baitulmuqaddis dan hak untuk kembali, demikian menurut kenyataan itu.

Inisiatif Perancis mengandungi 5 perkara: negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967, persetujuan bersama untuk pertukaran tanah, menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan juga Palestin, jadual untuk menamatkan pendudukan rejim Israel, dan persidangan keamanan antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

2 Tentera IOF Cedera Dalam Serangan Tikam

Selasa, 08-03-2016 – Dua anggota tentera Israel cedera petang Rabu semasa serangan menikam berhampiran penempatan Israel haram Har Brakha di Nablus, sumber-sumber media Israel melaporkan.

Menurut sumber itu, bahawa serangan menikam itu telah dijalankan oleh dua rakyat Palestin yang berjaya melarikan diri dari tempat kejadian. Terdahulu pada hari Rabu, tentera Israel mendakwa menahan dua rakyat Palestin yang merancang menyerbu penempatan Yitzhar dibina secara haram di selatan Nablus.

Keadaan berjaga-jaga telah diisytiharkan berikutan serangan yang dikatakan itu, di mana satu serbuan besar-besaran dan kempen carian telah dijalankan di kawasan itu. Pergerakan orang di Hawara pusat pemeriksaan juga dinafikan dalam kedua-dua arah. Serbuan dan carian yang sama dijalankan di bandar-bandar jiran dengan helikopter Israel, manakala bunyi siren kedengaran di penempatan yang berhampiran.

Sejak meletusnya Jerusalem Intifada, tentera Israel telah melakukan satu siri pembunuhan menyalahi undang-undang ke atas warga Palestin dengan sengaja tanpa justifikasi, Amnesty International berkata berdasarkan hasil lawatan penyelidikan ke Tebing Barat, termasuk Jerusalem Timur.

Organisasi itu telah mendokumenkan sekurang-kurangnya empat kejadian di mana rakyat Palestin telah sengaja ditembak mati oleh tentera Israel apabila mereka tidak menimbulkan sebarang ancaman, dalam apa yang dilihat sebagai hukuman di luar undang-undang. Lebih daripada 180 rakyat Palestin kini telah dibunuh sejak awal bulan Oktober, dan PBB memberi amaran baru-baru ini bahawa keganasan yang menunjukkan “tiada tanda-tanda reda.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

PFPL minta pakar dipanggil untuk siasat kes pembunuhan Nayeb.

Selasa, 08-03-2016 – Pertubuhan Barisan Pejuang Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) meminta pihak jawatankuasa yang dilantik kerajaan Palestin, meningkatan usaha mereka dalam menyiasat kes kematian Omar Nayeb, seorang bekas tahanan yang mati dibunuh di Bulgaria dengan memanggil pasukan pakar di bidang siasatan jenayah.

Menurut satu kenyataan akhbar oleh pihak PFLP yang dikeluarkan pada hari Selasa kelmarin, menyatakan bahawa menjadi satu pekara yang sangat penting pada pihak jawatankuasa untuk melantik hakim dan pakar forensik bagi membantu membongkar fakta sebenar disebalik kes pembunuhan itu

Tegasnya, mereka percaya, ini akan dapat menghalang pihak-pihak yang terlibat dari melakukan sebarang usaha untuk menyembunyikan kebenaran dalam kes pembunuhan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel melarang kemasukan delegasi parlimen Belgium ke dalam Gaza

Selasa, 08-03-2016 – Ahli Parlimen Palestin dan Ketua Jawatankuasa anti Pengepungan Jamal Khudari mengutuk sekeras-kerasnya larangan Israel ke atas kemasukan delegasi Parlimen Belgium ke Gaza melalui lintasan Erez.

Sejak awal lagi pihak berkuasa Israel pada hari Rabu itu menafikan kemasukan delegasi penggubal undang-undang Belgium ke Semenanjung Gaza yang dikepung. Keputusan penggubal undang-undang mengecam sebagai “tidak boleh diterima”.

Delegasi enam Ahli Parlimen, mewakili beberapa parti politik Belgium, berkata dalam satu kenyataan pada hari Rabu bahawa mereka telah mengatur lawatan itu dengan agensi PBB bagi pelarian Palestin, UNRWA.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Penduduk Yahudi merosakkan kawasan Masjid Aqsa dibawah perlindungan polis

Khamis, 03-03-2016 – Beberapa penduduk Yahudi telah merosakkan halaman Masjid Aqsa secara berkumpulan di bawah kawalan ketat polis, pada pagi Ahad. Sumber tempatan di Baitulmuqaddis berkata peneroka memasuki Masjid melalui Maghariba Gate yang dikuasai Israel, dengan diiringi oleh anggota polis.

Berikutan itu, orang-orang Islam di kawasan Masjid tersebut telah melaungkan slogan keagamaan dengan kuat bagi membantah kehadiran pendatang Yahudi di tapak suci tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina