Categories
Berita Semasa

Ramai penduduk terkandas akibat penutupan laluan Nablus-Salfit

Rabu, 10-08-2016 – Ramai warga Palestin yang terkandas akibat tindakan pihak tentera rejim penjajah Israel menutup laluan jalan Nablus-Salfit menuju pusat pemeriksaan tentera Zaatara tanpa sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu. Kejadian itu, berlaku pada hari Ahad, kelmarin.

Menurut wartawan PIC yang memetik saksi kejadian sebagai berkata bahawa mereka sangat terkejut seolah-olah telah terperangkap di antara longgokan pasir dan sekatan jalan yang dipenuhi anggota tentera rejim Israel di laluan jalan yang menghubungkan wilayah Nablus dan Salfit.

Penutupan laluan secara mengejut itu telah menyebabkan ramai warga Palestin yang tersekat untuk ke tempat kerja sementara yang lainnya tidak dapat pulang ke rumah dan para pemerhati berpendapat ia merupakan tindakan melampau pihak tentera rejim terhadap kehidupan seharian warga Palestin di wilayah yang didudukinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali