Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis merampas kamera keselamatan di Jenin

Khamis, 18-01-2018 – Tentera Israel bertindak merampas beberapa kamera keselamatan di beberapa kawasan di Jenin pada Ahad lepas. Sumber tempatan menyatakan beberapa kenderaan tentera Israel menyerbu bandar itu dan merampas kamera keselamatan yang dipasang sepanjang jalan Arab Ameraican University di Jenin.

Tindakan yang sama turut diambil di bandar Zababda dan pintu masuk selatan Jenin. Tindakan ini merupakan sebahagian dari usaha pihak Israel untuk mengenalpasti penembak yang membunuh pendatang haram Yahudi di kawasan Nablus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Puak Palestin: PCC Harus Membuat Empat Keputusan di Peringkat Kebangsaan

Khamis, 18-01-2018 – Kumpulan puak Palestin menggesa Majlis Pusat Palestin (PCC) untuk mengeluarkan empat keputusan penting termasuk mengisytiharkan
berakhirnya Perjanjian Oslo, menamatkan penyelarasan keselamatan, membatalkan pengiktirafan Israel, dan memansuhkan sekatan terhadap tahanan Palestin di Tebing Barat.

Kumpulan itu berkata dalam satu sidang akhbar di bandar Gaza baru-baru ini bahawa PCC seharusnya bertindak balas terhadap pengiktirafan Presiden AS, Donald Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibukota Israel.

Pemimpin Jihad Islam, Ahmad al-Modallal berkata, pertemuan PCC sepatutnya didahului oleh pertemuan Rangka Kerja Kepimpinan Sementara Organisasi Pertahanan Palestin untuk mempersiapkan isu-isu yang akan dibahas dan mengembangkan strategi untuk membidas keputusan Trump.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan 3 Gadis di Masjid Ibrahimi

Isnin, 15-01-2018 – Angkatan Keselamatan Israel (IOF) pada Khamis malam menahan 3 beradik perempuan Palestin berhampiran Masjid al-Ibrahimi, Al-Khalil selepas didakwa menjumpai pisau kepunyaan mereka.

Menurut agensi berita WAFA, askar IOF menghalang pengawal di tanah suci itu dari menghampiri dan campur tangan untuk melepaskan tiga gadis yang berasal dari kem pelarian al-Aroub, utara al-Khalil, selatan Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Pertempuran baru di Tebing Barat antara pihak keselamatan Israel dan warga Palestin.

Isnin, 15-01-2018 – Satu pertempuran sengit dan kian memuncak diberitakan telah berlaku di daerah al-Khalil, wilayah selatan Tebing Barat dan Bethlehem di antara pihak keselamatan rejim Israel dengan penduduk Palestin yang anti penjajah.

Menurut wakil pemberita Palestinian Information Center (PIC) di Tebing Barat melaporkan, beberapa buah kenderaan tentera Israel telah menyerbu masuk ke bandar Sa’ir yang terletak di timur al-Khalil tetapi tidak lama sebelum anggota tentera rejim yang lengkap bersenjata datang dan menghujani kawasan kediaman itu dengan peluru getah dan bom tangan mengandungi gas pemedih mata.

Sebaliknya, penunjuk perasaan yang terdiri dari pemuda warga Palestin bertindak balas menyerang pasukan peronda rejim Israel itu dengan melempar batu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Ireland melawat Semenanjung Gaza

Isnin, 15-01-2018 – Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Ireland, Simon Coveney, tiba pada Khamis di Semenanjung Gaza dan melawat sejumlah projek yang dibiayai oleh negaranya.

Menteri Ireland itu memasuki Semenanjung Gaza melalui Beit Hanoun yang dikawal Israel untuk lawatan beberapa jam.Ketika lawatan, Coveney bertemu dengan para pegawai organisasi-organisasi antarabangsa yang bekerja di Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penduduk Israel menutup pintu masuk ke Nablus

Isnin, 15-01-2018 – Sekumpulan pendatang Israel menutup petang semalam di semua pintu masuk utama ke bandar Tebing Barat utara Nablus. Wartawan PIC mengesahkan bahawa berpuluh-puluh pendatang Israel berkumpul di pintu masuk ke bandar sambil mengucapkan slogan anti-Arab.

Keadaan panik merebak di kalangan penduduk tempatan selepas pendatang mula melemparkan batu di kenderaan Palestin dan gas lada pada pemandu. Penduduk Israel meningkatkan serangan mereka terhadap warga Palestin selepas seorang rabbi Israel meninggal Selasa lalu dalam serangan tembakan yang dikatakan berhampiran Nablus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Para wanita di Gaza mengadakan bantahan sambil duduk tanda kesatuan dengan Baitulmuqaddis

Jumaat , 12-01-2018 – Perkumpulan organisasi-organisasi wanita di Gaza Tengah pada Selasa diadakan sebagai tanda kesatuan dengan Baitulmuqaddis dan membantah pengiktirafan AS ke atas bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.

Acara itu dihadiri oleh ratusan wanita dan kanak-kanak. Para peserta membawa bendera Palestin dan slogan mengutuk keputusan AS dan pencerobohan Israel ke atas Baitulmuqaddis.

Seorang aktivis wanita, Inam Abu Uwaymer, menyelar kerajaan Arab kerana tidak mempertahankan kota suci itu dan menyeru semua pihak berkuasa dan organisasi yang prihatin agar mengambil tindakan serius tentang hal ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Gadis Palestin ditahan atas dakwaan cuba menikam.

Jumaat , 12-01-2018 – Tentera rejim Israel menahan seorang gadis warga Palestin kerana didakwa cuba melakukan serangan dengan senjata tajam. Kejadian berlaku di bandar Tremsaya , utara Ramalah.

Menurut laporan akhbar berbahasa Yahudi, Yediot Ahronot gadis tanpa pengenalan diri itu telah ditangkap di persimpangan Shilo, Tebing Barat selepas disyaki cuba melakukan serangan anti penjajah. Walaubagimana pun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku semasa kejadian tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

B’Tselem: Tentera Israel membunuh lapan demonstran Palestin tidak bersenjata di Gaza

Jumaat , 12-01-2018 – Tentera Israel menembak dan membunuh lapan orang demonstran Palestin yang tidak bersenjata sepanjang Disember. Menurut laporan, tentera Israel menembak peluru hidup semasa demonstran berkumpul bagi memprotes tindakan US mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel. Tindakan tersebut menyebabkan kematian 10 orang warga Palestin dan kecederaan serius kepada beratus-ratus yang lain di Tebing Barat, Gaza dan Jerusalam.

Dalam demonstrasi di Gaza, tentera Israel yang berada di bahagian seberang sempadan yang dilindungi pagar dan demonstran tidak memberikan sebarang ancaman berbahaya kepada tentera Israel yang berkawal.

Walaupun tindakan terbaru regim Israel ini adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, kes ini diramalkan akan hanya diabaikan oleh pihak berkuasa Israel dan tiada pihak yang akan dibawa ke muka pengadilan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Israel Iktiraf Tabung Kebangsaan Palestin Sebagai Pengganas

Jumaat , 12-01-2018 – Kementerian Keselamatan Israel secara rasmi mengesahkan keputusan yang dikeluarkan pada 28 Jun 2017 untuk melabelkan Tabung Kebangsaan Palestin sebagai organisasi “pengganas”.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanna Amira, mengecam keputusan “provokatif” Israel itu, dan mengatakan bahawa ia seiring dengan dasar AS-Israel yang mensasarkan PLO dan Pihak Berkuasa Palestin.

Amira memberitahu PIC bahawa Israel sedang berusaha untuk memberi lebih banyak tekanan kepada PLO, sambil menambah bahawa keputusan ini akan menyebabkan kesan yang sangat serius terhadap urus niaga bank antara Dana Negara Palestin dan bank-bank di Tebing Barat, serta akan menjejaskan pekerja PLO yang menerima gaji mereka dari Dana tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Suara Yahudi untuk Keamanan dilarang dari memasuki Israel

Rabu, 10-01-2018 – Organisasi sayap kiri Suara Yahudi untuk Keamanan telah disenaraihitamkan oleh Israel, Akhbar Haaretz Hebrew memetik kata-kata Kementerian Hal-Ehwal Strategik.

Kementerian tersebut mengumpulkan sejumlah 20 organisasi yang mana ahli-ahlinya tidak akan dibenarkan memasuki Israel kerana sokongan mereka terhadap gerakan boikot (BDS) ke atas Israel. Menurut akhbar itu, Kementerian Israel enggan menamakan organisasi-organisasi lain dalam senarai itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas seru penganut Kristian bantah Theophilos III.

Rabu, 10-01-2018 – Pergerakan Islam Hamas memohon “keikhlasan” masyarakat Kristian Palestin supaya mengadakan bantahan terhadap Ketua Gereja Orthodox bagi Baitulmuqaddis, Theophilos III semasa lawatan beliau ke Baitlehem sempena sambutan Krismas.

Tegas Hamas, bantahan terhadap ketua gereja itu, seorang yang baru-baru ini diketahui terlibat sama dalam urusan penjualan hartanah milik gereja kepada pihak rejim Israel, sebagai menghantar isyarat jelas bahawa penganut Kristian dan umat Islam di Palestin bersatu menentang penjajah Israel dan pengkhianat sepertinya.

Pergerakan itu dalam satu kenyataannya telah meminta supaya badan kehakiman Palestin bertindak mempercepatkan prosiding mahkamah terhadap Theophilos dan meminta pihak Gereja Ortodoks memecat beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Pemuda Cedera di Nablus

Rabu, 10-01-2018 – Angkatan Keselamatan Israel (IOF) menahan seorang pemuda Palestin dari pekan Salem, di timur wilayah Nablus. Para saksi melaporkan kepada wartawan PIC bahawa pemuda tersebut, Madi Hamed Ashtiyeh ditangkap selepas cedera sewaktu pertempuran di bahagian timur bandar.

Pekan Salem baru-baru ini menyaksikan pertempuran hampir setiap hari antara pemuda tempatan dan askar IOF, di mana berpuluh-puluh ditangkap atau cedera. Sejak permulaan gelombang kemarahan Palestin terhadap pengiktirafan Presiden AS Donald Trump terhadap BaitulMaqdis sebagai ibu negara Israel pada 7 Dis, 17 orang Palestin terbunuh manakala 3500 yang lain cedera di Tebing Barat dan jalur Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Kenakan Sekatan di Selatan Nablus

Rabu, 10-01-2018 – Bermula petang Ahad yang lalu, Angkatan Tentera Israel (IOF) telah menutup pintu masuk utama ke bandar Osrin di selatan Nablus dengan timbunan batu.

Menurut sumber tempatan, IOF menyerbu kawasan tersebut dengan jentolak tentera dan menutup pintu masuk dengan alasan bahawa para belia tempatan terlibat dalam serangan anti-pendudukan. Tindakan serupa turut dikenakan di bandar-bandar dan kawasan kejiranan menggunakan alasan yang sama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel roboh gerai jualan penduduk Palestin.

Isnin, 08-01-2018 – Tentera rejim Israel bertindak meroboh beberapa buah gerai menjual sayuran milik warga Palestin yang didirikan berhampiran pintu masuk kem pelarian al-Fuwar, al-Khalil dan mengusir pemiliknya.

Menurut laporan wartawan Palestinians Information Center (PIC), tentera rejim menghalau penduduk Palestin yang berada di sepanjang Jalan 60 dan seterusnya bertindak meruntuhkan beberapa buah gerai yang terdapat di situ menyebabkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka jual rosak teruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali