Categories
Berita Semasa

Kempen 1 Juta Tandatangan Dilancarkan Bagi Membebaskan Rakyat Gaza Yang DIculik

Khamis, 03-03-2016 – Sekumpulan keluarga yang mewakili 4 rakyat Gaza yang telah diculik oleh lelaki Mesir bertopeng telah melancarkan kempen mengumpul sokongan sejuta tandatangan menuntuk pembebasan anak-anak mereka setelah 6 bulan diculik.

Kempen tersebut telah dilancarkan oleh suatu jawatankuasa khas sebagai tanda solidariti penculikan. Para peserta kempen tersebut berkumpul di hadapan Kedutaan Mesir di Gaza semasa kempen pungutan tandatangan tersebut.

Ketua jawatankuasa tersebut, Mohammad Sultan mendakwa, keempat-empat mangsa culik tersebut dilaporkan telah diculik ketika dalam perjalanan untuk belajar secara sah, ketika melalui Rafah, sempadan Mesir.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :  H Fauzan Ahmad

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel lancar operasi tangkap pemuda yang menentangnya.

Khamis, 03-03-2016 – Tentera rejim Israel bertindak menangkap beberapa warga Palestin yang disyaki menentangnya dalam satu operasi sapu yang dilancarkan di seluruh wilayah Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada awal pagi hari Ahad, kelmarin.

Pihak tentera rejim bertindak menyerbu daerah Nablus dan menahan tiga pemuda warga Palestin di sana. Sementara itu, menurut kata saksi, tentera rejim Israel turut mengeledah bandar Jenin dan menyusup masuk ke kawasan kediaman dan melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup.

Pihak tentera juga turut mengadakan operasinya di beberapa pusat pemeriksaan tentera di pintu masuk sempadan ke bandar Yabad dan bertindak menganggu penduduk awam yang melaluinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Masjid Ibrahimi menghadapi ancaman “pengyahudian”

Khamis, 03-03-2016 – Masjid Ibrahimi, tempat suci Islam kedua yang paling dikenali di Palestin, terletak di Al-Khalil (Hebron), selatan Tebing Barat sedang menghadapi tindakan tidak wajar oleh Israel.

Sejak tahun 1967, masjid yang juga dikenali sebagai Al-Haram Al-Ibrahimi itu telah mengalami pelbagai usaha ganas Israel untuk menodai kesuciannya. Ini termasuk pembunuhan beramai-ramai oleh Israel pada tahun 1994 yang menyasarkan para pengunjung yang beribadah di masjid, mengakibatkan 40 orang meninggal dunia dan 10 lagi cedera.

Walaupun Masjid Ibrahimi amat penting dari aspek keagamaan, sejarah dan politik, dunia Arab dan Muslim membisu dengan tindakan Israel ke atasnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Penjajah Israel Menembak, Mencederakan Seorang Pemuda

Khamis, 03-03-2016 – Seorang pemuda Palestin mengalami kecederaan sederhana petang Ahad selepas terkena tembakan tembakan tentera penjajah Israel di timur Semenanjung Gaza.

Sumber perubatan mengesahkan kepada wartawan berita PIC bahawa seorang lelaki muda mengalami kecederaan tembakan selepas ditembak oleh tentera Israel ditempatkan di sempadan timur dengan Gaza. Beliau dikejarkan ke hospital dengan kecederaan sederhana, sumber menjelaskan.

Berpuluh-puluh rakyat Palestin cedera dan terbunuh di sempadan Gaza diserang Israel sejak perjanjian gencatan senjata yang telah dicapai di bawah pengantaraan Mesir pada Ogos 2014.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Seorang kanak-kanak antara 3 cedera parah dalam pertempuran di Tebing Barat

Khamis, 03-03-2016 – Tiga rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, berada dalam keadaan kritikal akibat pertempuran yang tercetus di bandar Khader selatan Bethlehem, manakala seorang kanak-kanak ditahan di Jenin.

Laporan dari sumber perubatan dan tempatan melaporkan bahawa pertempuran meletus apabila tentera Zionis Israel mengganas menyerbu di tengah-tengah bandar, menembak secara rawak dengan peluru hidup. Seorang kanak-kanak cedera parah selepas ditembak secara langsung di dadanya, tambah sumber itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Keluarga kanak-kanak Palestin menafikan cubaan menikam askar

Khamis, 03-03-2016 – Keluarga seorang kanak-kanak Palestin berusia 13 tahun menafikan dakwaan Israel bahawa anak mereka cuba untuk menikam seorang askar Israel di al-Khalil pada pagi Ahad.

Keluarga Ali Adam Hmeidat memberitahu wartawan PIC bahawa kanak-kanak itu sedang menuju ke sebuah tanah yang terletak kira-kira 500 meter dari bandar Bani Na’im untuk membantu abangnya. Tentera pendudukan menahan kanak-kanak itu dan mengheret beliau ke dalam sebuah jip tentera berikutan dakwaan bahawa beliau cuba untuk melakukan tikaman terhadap tentera bagi menunjukkan anti-pekerjaan, kata mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Pelarian Palestin menutup pejabat UNRWA sebagai bantahan kepada pengurangan perkhidmatan

Khamis, 03-03-2016 – Pada pagi hari Rabu, pelarian Palestin di Lubnan telah menghalang Ketua Pengarah UNRWA, Mattias Shamali, dan beberapa pegawai kanan daripada memasuki pejabat agensi itu di rantau Kharub bagi membantah tindakan UNRWA mengurangkan perkhidmatan kesihatan.

Pelarian Palestin telah mengadakan rali sejak awal pagi di luar ibu pejabat UNRWA dan menghalang anggota daripada memasuki bangunan. Bantahan diadakan dengan berlatarkan pengurangan sokongan UNRWA terhadap pelarian Palestin di Lubnan. Bahagian pengurusan krisis dan UNRWA dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 11 pagi hari Rabu di hadapan pejabat UNRWA .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Beberapa Orang Cedera Dalam Pemberontakan Besar-Besaran di Jenin Selatan

Isnin, 29-02-2016 – Sejumlah pemuda Palestin terluka akibat tembakan peluru tajam dan karat, sementara berpuluh yang lain sesak nafas dalam pemberontakan dengan tentera Zionis di Qabathiya selatan Kota Jenin, utara pinggir Barat.

Sumber tempatan mengatakan, ada sebahagian besar pemuda yang terlibat dalam pemberontakan tersebut di mana terdapat askar yang mengepung di tengah-tengah seperti di Qabathia.

Sementara itu, para pemuda tersebut terlibat dalam pertempuran sengit dengan melemparkan tentera dengan batu. Pemberontakan tersebut kemudian merebak ke wilayah aman di Qabathiya, di mana tentera menembak ahli-ahli demonstrasi secara besar-besaran.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Regim Zionis menahan seorang remaja dan kanak-kanak dari Hebron dan mencederakan penduduk di Jenin.

Isnin, 29-02-2016 – Pada isnin petang yang lalu, tentera rejim Zionis telah menahan seorang kanak-kanak warga Hebron di selatan tebing Barat dan mencederakan orang awam di Qabatiya, selatan Jenin, utara Tebing Barat.

Agensi berita sumber tempatan “Wafa” berkata, dalam serangan tersebut, seorang pemuda Sabir Yusuf (24 tahun) telah disekat di pusat pemeriksaan tentera berhadapan dengan pintu masuk selatan Tebing Barat. Pemuda tersebut ditahan dan kemudiannya ditangkap.

Di samping itu, laman web “Walla” yang ditulis dalam bahasa Ibrani, pada petang hari yang sama berkata, dalam serangan tersebut, seorang remaja palestin dari perkampungan Bani Naim, di timur Hebron telah ditangkap.

Jurucakap tentera Zionis mendakwa, rondaan berkala yang dilakukan bertujuan untuk menjaga keselamatan penduduk Bandar Bani Naim, apabila pada hari tersebut mereka dikejutkan dengan seorang remaja palestin berumur lingkungan 14 tahun apabila tiba-tiba membuka pintu kereta peronda dan menghalakan sebilah pisau di hadapan muka seorang tentera mereka, lantas mereka menangkap pemuda tersebut tanpa berlaku kecederaan di pihak tentera mereka.

Sepanjang serangan tersebut yang memakan masa selama beberapa hari, seramai 4 orang kanak-kanak ditangkap dengan alasan cubaan untuk menikam tentera Zionis dan penduduk di Hebron.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Aisyah Ismail

Categories
Berita Semasa

Majlis ‘Yagut dan Marjan meraikan para hafiz Al Quran di kem tentera

Isnin, 29-02-2016 – Pada petang Isnin 22 Februari 2016, Darul Quran Al-Karim Wa Sunnah telah mengadakan satu majlis gilang gemilang bagi meraikan puluhan graduan program hafiz Al-Quran serta graduan daurah tilawah dan tajwid.

Majlis yang bertempat di dewan persatuan khidmat tentera itu dihadiri ratusan penduduk setempat, wakil-wakil kerajaan, wakil-wakil badan eksekutif, wakil-wakil gerakan HAMAS serta mereka yang mengambil berat soal tilawah dan tajwid Al-Quran.

Merujuk kepada hadis “Sebaik-baik antara kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”, pengerusi Darul Quran Al-Karim Wa Sunnah, Abdul Rahman Al Jamal menyifatkan mempelajari Al-Quran adalah sebagai ‘Kubu pertahanan yang paling utama’.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : silmi mohamed radzi

Categories
Berita Semasa

90 hari mogok lapar, Al-Qeiq masih belum ada peguam yang mewakilinya.

Isnin, 29-02-2016 – Ahli keluarga Mohamed Al-Qeiq, tahanan yang melakukan mogok lapar menyatakan bahawa walau pun telah 90 hari berlalu tetapi masih belum ada lagi peguam yang dapat mewakilinya.

Pekara tersebut berlaku berikutan peguam dari Pertubuhan Para Tahanan Warga Palestin (PPS) yang sebelum ini mewakili Al-Qeiq, bertindak menarikbalik pembelaan mereka sebagai tindakbalas ke atas pihak perisikan rejim Israel yang tetap enggan menerima pemohonan rayuan yang dikemukakan oleh peguam tersebut.

Menurut kata, Ketua Jawatankuasa bagi Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Isa Qaraqi seperti mana yang telah beliau nyatakan kepada ahli keluarga Al-Qeiq melalui telepon bahawa keengganan berterusan pihak pendakwaan rejim Israel itu, seolah-olahnya seperti ada satu percubaan terancang untuk membunuh beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Kecederaan dilaporkan ketika pertelingkahan di Jenin

Isnin, 29-02-2016 – Sejumlah remaja Palestin cedera akibat tembakan peluru getah manakala puluhan lagi menderita akibat terhidu gas pemedih mata ketika pertelingkahan tercetus di bandar Qabatia, selatan Jenin.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang pertelingkahan tercetus di bandar itu ketika tentera rejim Israel memperketatkan batas-batas ketenteraan di kejiranan itu.

Pertelingkahan itu dilaporkan berlaku di pelbagai kawasan di bandar itu di tengah-tengah kehadiran sejumlah besar tentera rejim. Sekurang-kurangnya 2 pemuda dipindahkan ke hospital kerana cedera akibat tembakan peluru getah ketika pertelingkahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Seorang rakyat Palestin cedera akibat serangan tembakan Israel di timur Gaza

Isnin, 29-02-2016 – Isnin lalu, seorang pemuda Palestin cedera petang dalam serangan tembakan oleh Israel di sempadan timur Semenanjung Gaza, sumber perubatan melaporkan. Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan bahawa seorang rakyat Palestin cedera selepas kakinya ditembak dengan peluru hidup di timur Gaza.
Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital al -Shifa untuk rawatan. Tentera Israel biasanya melancarkan serangan tembakan dan pencerobohan di sempadan timur Semenanjung Gaza dan ini adalah antara perlanggaran perjanjian gencatan senjata yang menamatkan pencerobohan 2014 musim panas Israel ke atas pengepungan Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas Kecam Serangan Bos Pengganas di Ankara

Selasa, 23-02-2016 – Gerakan Perlawanan Islam Hamas mengecam keras serangan bos pengganas yang berlaku pada hari Rabu(17/2) berdekatan ibu pejabat Parlimen Turki di ibu kota Ankara.

Serangan bom yang meledak ini menyasarkan kenderaan yang membawa para pegawai yang bekerja di institusi keamanan di tengah ibu kota Ankara yang mengakibatkan 28 orang meninggal dunia dan berpuluh yang lain cedera.

Anggota Biro Politik Gerakan Hamas Izet Rasyq berkata bahawa gerakan Hamas turut berduka cita terhadap negara Turki dan keluarga yang menjadi korban akibat serangan bom tersebut. Dia berharap mangsa cedera akan segera sembuh seperti sediakala.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Berlaku pertempuran, Rejim Zionis buat tangkapan di seluruh Tebing Barat

Selasa, 23-02-2016 – Rejim Zionis (IOF) menyerbu dan membuat tangkapan secara besar-besaran di Tebing Barat pada Subuh Rabu lalu sehingga tercetusnya pertempuran.

Di Jenin, IOF turut menahan tiga belia selepas memecah masuk ke rumah mereka di bandar Qabatiya.
Sumber memberitahu bahawa hampir 20 kenderaan tentera Israel menyerbu bandar dan mendirikan beberapa pusat pemeriksaan di antara rumah penduduk tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman