
Selasa, 26-07-2016 – Husam Badran, jurucakap Hamas, menggesa rakyat Palestin untuk mendaftarkan nama mereka dalam daftar pemilih agar dapat mengundi dalam pilihan raya perbandaran yang dijangka pada 8 Oktober.
Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Sabtu, Badran berkata mengundi adalah hak dan tugas yang sah bagi setiap warga negara dalam masa yang sama. Beliau menekankan bahawa rakyat Palestin akan memilih calon yang paling layak untuk berkhidmat kepada rakyat dan memenuhi keperluan mereka melalui majlis-majlis perbandaran dan majlis-majlis tempatan. Proses pendaftaran dan mengemaskini rekod untuk pilihan raya bermula pada pagi Sabtu dan akan berlangsung sehingga 27 Julai di pejabat pendaftaran pemilih. Pendaftaran elektronik akan dibuka sehingga 12 Ogos.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina