Categories
Berita Semasa

Resheq bidas IOA kerana robohkan rumah abang Issawi

Selasa , 08-01-2013 – Anggota biro Politik Hamas, Ezzet Al-Resheq mengutuk tentera Zionis Israel (IOA) kerana merobohkan rumah Rafat Al-Issawi, abang tahanan yang sedang mogok lapar, Samer Al-Issawi di Baitulmuqaddis yang diduduki.

Beliau meminta pertubuhan antarabangsa dan masyarakat dunia mengutuk jenayah tersebut dan memberi tekanan kepada IOA bangi menamatkan pencerobohan terhadap rakyat Palestin.

Resheq, dalam satu kenyataan akhbar Selasa lalu membidas IOA kerana merobohkan rumah Rafat, sambil menekankan saudaranya Samer telah melancarkan mogok lapar di penjara Israel selama lebih daripada lima bulan kerana memprotes pentadbiran penjara dan menuntut pembebasannya dengan segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Israel mengurniakan pingat kehormatan kepada tenteranya yang membunuh Salaymeh

Selasa , 08-01-2013 – Ketua Polis pendudukan Israel, Yohanan Danino, menganugerahkan pingat kehormatan kepada tenteranya yang telah membunuh seorang belia, Muhammad Salaymeh. Askar Israel tersebut telah menembak Salaymeh Martyr, 17, pada pertengahan Disember tahun lalu selepas beliau
tidak menyahut panggilan tentera itu kerana mengalami gangguan pendengaran.

Yohanan Danino memuji keupayaan askar itu kerana “berjaya” berurusan dengan keadaan, menurut dakwaan beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis telah menangkap 880 kanak-kanak Palestin dalam tahun 2012

Selasa , 08-01-2013 – Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, jumlah tangkapan terhadap kanak-kanak Palestin oleh Regim Zionis Izrael telah meningkat sebanyak 26% pada 2012 berbanding tahun sebelumnya 2011.

Laporan itu menunjukkan bahawa Regim Zionis Israel telah menahan 880 kanak-kanak Palestin pada tahun 2012, dengan purata 73 kes tangkap sebulan yang mana boleh dipertimbangkan sebagai “penunjuk serius dan membimbangkan”, jelas mensasarkan kanak-kanak dan menahan mereka dalam penjara dalam keadaan yang sukar, dan jelas melakukan pencabulan serius terhadap mereka.

Regim Zionis Israel masih menguasai penjara dan pusat tahanan yang menempatkan kira-kira 190 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Semua kanak-kanak itu dilucutkan hak-hak mereka walaupun yang paling asas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Ahrar Kecam Penghargaan Zionis Terhadap Pembunuh Salayimah

Selasa , 08-01-2013 – Gerakan pembebasan Palestin Al-Ahrar menganggap pemberian penghargaan terhadap tentera wanita Zionis yang telah membunuh Muhammad Salayimah di Hebron merupakan tindakan untuk meningkatkan kejahatan mereka dalam menghancurkan hak-hak warga Palestin.

Menurut wakil gerakan ini yang disiarkan pusat informasi Palestin, Selasa (1/1) mengatakan, tindakan jahat Israel akan terus berlanjutan dengan pemberian hadiah atau penghargaan yang dilakukan pemerintah Zionis terhadap tenteranya yang berjaya melakukan tindakan zalim terhadap warga Palestin.

Sebelumnya, pemerintah Zionis memberikan penghargaan kepada tentera wanita Israel yang telah membunuh Muhammad Salyimah secara sadis. Tindakan ini menjadi bukti kuat sejauhmana penglibatan para elit Zionis dalam setiap tindakan kejam warga Israel terhadap penduduk Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

13 kader Briged Salah al-Din terbunuh sepanjang tahun 2012

Selasa , 08-01-2013 – Briged Salah al-Din, sayap ketenteraan pihak pejuang mengumumkan bahawa 13 kader meninggal pada tahun 2012.

Briged itu berkata dalam kenyataannya pada Selasa bahawa 13 pejuang kebanyakkannya dari bahagian senjata telah terbunuh dalam pertelingkahan dengan rejim Israel.

Antara yang syahid ialah Setiausaha Agungnya, Sheikh Zuhari al-Qaisi yang telah dibunuh oleh pesawat rejim Israel pada 9 Mac lalu bersama salah seorang pemimpin pejuang, Muhammad Hanani.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kesihatan pemogok lapar semakin teruk

Rabu , 02-01-2013 – Kesihatan pemogok lapar Jafar Ezzuddin semakin banyak merosot di jajahan Israel. Um Hamza isterinya memberitahu wartawan PIC di kampung halamannya Arrabe, Jenin pada hari Selasa.

Beliau berkata bahawa suaminya telah kehilangan 12 kilogram berat badannya setakat ini dan telah mengalami tekanan darah yang tidak stabil dan lemah sehingga tidak dapat bergerak dengan sendiri.

Isteri memetik peguam sebagai berkata bahawa keadaan Jafar semakin teruk setiap hari tetapi dia berkeras berterusan dalam mogok lapar beliau sehingga keputusan tahanan pentadbiran Israel terhadapnya digugurkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Keputusan Akhir Referendum Mesir, 63,8 % Sokong Perlembagaan Baru

Rabu , 02-01-2013 – Jawatankuasa Tertinggi Pemilihan Umum Mesir mengeluarkan keputusan akhir referendum berkait perlembagaan baru negara tersebut. Sebanyak 63.8 % rakyat Mesir menyatakan sokongan terhadap perlembagaan baru dan hanya 36.2 % menolaknya, sebagaimana diumumkan jawatankuasa tersebut Ahad lalu.

Samir Abu Maathi, ketua jawatankuasa tertinggi pilihanraya umum Mesir mengatakan, jumlah peserta refendum mencapai 51.919.067 orang. Yang menyatakan “ya” untuk perlembagaan baru adalah seramai 10,693,911 orang atau sekitar 63,8 %. Sementara yang menyatakan “tidak” mencapai 6,061,101 orang atau 36,2 %. Dengan demikian pihak jawatankuasa menyatakan jumlah kiraan undi sebelum jam 11 dinyatakan tidak sah walau hanya beza setengah jam.

Dalam sidang akhbarnya Selasa (25/12) Abu Maathi membantah keraguan yang menyatakan tidak adanya pangawasan dari pihak hakim di sejumlah tempat mengundi. Beliau mengatakan, referendum dilaksanakan dengan pengawasan dari pihak kehakiman. Semua tempat mengundi dipimpin oleh seorang hakim anggota dari pihak judisari.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Netanyahu memperbaharui sumpah beliau untuk meneruskan aktiviti penyelesaian

Rabu , 02-01-2013 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memperbaharui sumpahnya untuk terus menyokong pengembangan dan pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

“Dengan bantuan Tuhan kita akan terus hidup dan membina penempatan di Jerusalem, yang akan terus berdiri tidak berbelah bahagi di bawah kedaulatan Israel,” Netanyahu berkata pada acara yang diadakan bagi pelancaran pakatan pilihanraya Likud-Beiteinu.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melakukan banyak aktiviti untuk memberi penempatan dan akan terus berbuat demikian,” tegas beliau lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Aktivis Kanada Mogok Lapar, Sokong Tahanan Palestin

Rabu , 02-01-2013 – Seorang rakyat Kanada, Sarah McLaughlin berusia 20 tahun melancarkan mogok lapar lebih seminggu dalam usahanya untuk menyokong tahanan Palestin di penjara Israel dan telah membantah layanan buruk tentera Israel terhadap tahanan Palestin.

Sara telah melancarkan mogok lapar untuk 180 jam (7 hari setengah) bagi menunjukkan keprihatinannya terhadap tahanan Palestin di penjara Israel yang juga melancarkan mogok lapar.

Beliau memberitau wartawan PIC, kekuatan Sharawna dan Issawi telah memberinya kekuatan untuk melancarkan mogok lapar tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) arahkan rakyat agar tidak menyiapkan pembinaan rumah mereka.

Rabu , 02-01-2013 – Tentera rejim Israel (IOF) mengeluarkan notis kepada sekumpulan warga di selatan Al-Khalil pada malam Selasa mengarahkan menghentikan pembinaan rumah mereka.

Sumber keselamatan dan tempatan memberitahu Quds Press bahawa pemberitahuan itu disebarkan di kampung Edhna mendakwa rumah-rumah tersebut tidak mendapat kebenaran pembinaan.

Mereka berkata notis pemberitahuan tersebut disebarkan kepada 5 warga dari keluarga Farajallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak PA Keselamatan menghalang mogok guru secara kekerasan buat kali kedua.

Rabu , 02-01-2013 – Pihak Berkuasa Palestin pasukan polis menghuraikan mogok yang dilancarkan oleh guru-guru di bandar Ramallah dengan menggunakan kekerasan untuk kali kedua pada malam Selasa.

Jurucakap bagi guru-guru yang diharamkan dari mengajar di Tebing Barat Awad berkata bahawa polis merampas barang-barang guru bagi mengelakkan mereka mengulangi mogok tersebut. Beliau berkata bahawa polis mengasingkan mereka ke dalam kumpulan dan membawa mereka menggunakan van polis ke kawasan-kawasan yang berbeza di dalam dan di luar Ramallah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : faridah

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri menghargai menjaga keselamatan kem pelarian Yarmouk

Khamis , 27-12-2012 – Hamas mengalu-alukan pelan konsensus Palestin untuk menyelamatkan pelarian Palestin di Syria, yang bertujuan untuk memastikan keselamtan kem pelarian Yarmouk dalam konflik antara rejim dan tentera bebas di Syria, terutamanya selepas anjakan 100,000 orang keluar daripada 150 ribu hidup di kem

Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas, memberitahu PIC bahawa pergerakan menghargai pelan ini untuk menyelamatkan pelarian Palestin, melalui mengambil keluar semua pihak tentera, termasuk tentera tetap Syria, dalam kem, untuk memastikan keamanan dan keselamatan untuk semua pelarian.

Saya berharap bahawa semua pihak yang berkaitan akan mematuhi untuk mengelakkankejadian berbahaya yang serius yang mengancam nyawa dan keselamatan pelarian Palestin di kem pelarian Yarmouk, kata jurucakap Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mendakwa suspek pengeboman bas Tel Aviv

Khamis , 27-12-2012 – Pihak Berkuasa Tempatan Israel (IOA) telah mendakwa seorang pemuda, Mohammed Mafarja, 18, pada hari Rabu atas letupan bom ke atas bas Tel Aviv (Tel Rabi’i) semasa serangan tentera Israel November ke atas Semenanjung Gaza, kata radio Hebrew.

Mafarja telah ditahan pada hari terakhir dan kelapan pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza kerana telah mengebom bas nombor 124 di Tel Aviv di mana 24 orang tercedera dalam kejadian tersebut.

Beliau berhadapan dengan pelbagai tuduhan termasuk atas cubaan membunuh dan membantu musuh ketika perang, yang boleh menyebabkan beliau dipenjara seumur hidup.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

Golongan elit mula berlapar untuk bersama-sama mogok dengan para tahanan

Khamis , 27-12-2012 – Kementerian Tahanan dan bekas tahanan mendedahkan bahawa sekumpulan elit Palestin akan melancarkan kempen mogok lapar secara terbuka bersama Sharawna dan al-Issawi sejak lebih 5 bulan dahulu.

Mogok elit itu bertujuan menentang serangan ke atas al-Issawi di mahkamah oleh polis dan pengawal Israel.

Kementerian berkata dalam kenyataannya pada Khamis bahawa mogok akan dilancarkan oleh elit di penjara Israel dan akan diikuti oleh sekumpulan yang lain serta menyatakan kempen mogok lapar akan dituruti oleh protes protes lain di dalam penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mishaal bincang kaedah menghentikan sasaran ke kem pelarian Palestin di Syria

Khamis , 27-12-2012 – Pemimpin Politik Hamas Khaled Mishaal telah berhubung dengan banyak pihak berkaitan pengeboman dan serangan udara di kem pelarian Yarmouk di Damsyik, di mana bilangan yang mati dan cedera telah dilaporkan bertambahan kepada ribuan orang.

Pejabat Penerangan Pergerakan pada hari Khamis menyatakan bahawa Mishaal telah menghubungi Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab ke Syria Lakhdar Brahimi dan Setiausaha Agung Liga Arab, Dr Nabil Elaraby bagi menggesa mereka menggandakan usaha untuk menghentikan serangan yang mensasarkan kem pelarian Yarmouk dan memberi bantuan kemanusiaan dan kecemasan kepada kanak-kanak yang hidup dalam keadaan yang amat sukar.

Mishaal membuat banyak hubungan dengan beberapa pihak untuk menyelamatkan kem pelarian Yarmouk dan kem Palestin daripada konflik di Syria, sambil menekankan kesungguhan pergerakan itu untuk menghentikan pertumpahan darah rakyat Syria dan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz