
Rabu ,20-03-2013 – Aktivis Mesir, Umar Abdul Mun’im, Setiausaha Agung Pemuda Kebebasan dan Keadilan, sayap pemuda Parti Kebebasan dan Keadilan yang ketika ini berkuasa di Mesir, menyebut kempen memburukkan Ikhwanul Muslimin dan Gerakan Hamas merupakan kempen yang mencurigakan dan bukan hal baru. Beliau menegaskan, ada rancangan media sejak tahun 2005 terhadap Ikhwanul Muslimin yang disiarkan pihak tertentu yang mencurigakan sama ada dari luar mahupun dari dalam.
Hal tersebut dinyatakan oleh Abdul Mun’im dalam seminar yang diadakan di Gaza, Isnin (18/3), dengan tema “Al Ikhwan Antara Revolusi dan Pemerintahan”. Beliau mengungkapkan adanya sejumlah stesyen televisyen yang memburukkan wajah Ikhwan, menawarkan diri untuk dibeli kerana ditinggalkan sebahagian penyiarnya kerana keadaan kewangan serta kelemahan pengurusan dalaman.
Abdul Mun’im menyampaikan minta maaf atas kempen media yang menyeret rakyat Palestin dalam situasi tidak tenteram di Mesir. Beliau mengecam kempen media yang menuduh gerakan Hamas terlibat dalam tindakan perosakan di dalam Mesir.
sumber : COMES
penterjemah : Osman