Categories
Berita Semasa

Israel menahan seorang wanita dan anaknya di rumah

Rabu , 10-07-2019 – Pihak berkuasa rejim Israel pada Sabtu menjatuhkan hukuman penahanan di rumah serta 5,000 NIS ikat jamin ke atas seorang wanita Palestin dan anak lelakinya sebagai syarat pembebasannya dari tahanan Israel.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh berkata, tentera rejim menyerbu rumah warga Palestin Ahmad al-Zaghal pada Jumaat di bandar Silwan serta menahan beliau, isterinya Hayat dan anak-anak mereka Ibrahim dan Husein.

Hayat dan Husein kemudiannya dibebaskan manakala si bapa dan seorang lagi anak lelaki ditahan reman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Tangkap 3 Warga Palestin di Al-Quds dan Hebron


Rabu , 10-07-2019 - Pasukan penjajah Israel pada Ahad (7/7/2019) malam menangkap tiga warga Palestin di al-Quds dan Hebron di Tebing Barat yang diduduki penjajah Israel. Menurut saksi, pasukan penjajah Israel menangkap dua pemuda iaiu Ahmad Shawish dan Ibrahim Natsheh ketika mereka berada di mushalla Bab al-Rahmah di Masjid Al-Aqsha, dan mengusir para jamaah dari mushalla tersebut.

Pada hari yang sama, pasukan penjajah Israel menangkap seorang warga Palestin dari kota Nuba, bahagian barat laut Hebron, wilayah selatan Tebing Barat. Menurut sumber setempat, pasukan penjajah Israel menangkap Mohammed Abdel Aziz Sharoof (30 tahun) di sebuah pos pemeriksaan militan Israel di kem pelarian al-Arub di utara Hebron.

Pasukan penjajah Israel menutup pintu besi di jalan utama dekat kota Beit Awwa, yang menghubungkan kota Beit Awwa dan Deir Samet ke perkampungan-perkampungan al-Majd, Sikka, Beit al-Rosh, Deir al-'Asal dan perkampungan lain di barat daya Hebron. Tindakan pasukan penjajah Israel ini menghalangi aktiviti seharian penduduk dan menghalang perjalanan mereka antara bandar-bandar tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

7 rakyat Palestin di culik di Jerusalem

Isnin , 08-07-2019 – Rejim Zionis telah menculik tujuh rakyat Palestin di kawasan yang berbeza sekitar Baitul Maqdis. Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan Israel menyerbu bandar Silwan dan menahan doktor Palestin, Emad Shabana di tempat kerjanya dan seorang lagi, Sa’ada al-Abbasi.

Dua saudara lelaki yang dikenal pasti sebagai Ramzi dan Luay Ja’abis, 16 dan 21, ditangkap di kawasan kejiranan Jabal al-Mukabber.Sementara itu, tentera Israel dilaporkan telah menyerang bandar al-Isawiya dan menculik Fadi al-Isawi, Saleh Muheisen dan Ameer Derbas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin




Categories
Berita Semasa

11 tahanan politik mogok lapar di penjara Israel

Isnin , 08-07-2019 – Sejumlah tahanan Palestin mogok lapar di penjara Israel sebagai protes terhadap penahanan politik pada Isnin.

Suruhanjaya Hal Ehwal tahanan dan bekas tahanan berkata yang tahanan Mohammed Abu Akar, Mohammed al-Hasanat dan Huthaifa Halabiya pada Isnin memulakan mogok lapar di penjara Negev membantah penahanan mereka tanpa bicara.

Ehsan Othamn, 21, dan Ja’far Izz el-Din, 48, telah mogok lapar selama 17 hari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel roboh perumahan Palestin di Nablus

Isnin , 08-07-2019 – Pihak Berkuasa negara haram Israel pada hari selasa yang lalu telah mengeluarkan arahan bagi meroboh 2 kemudahan rakyat Palestin di kampugn Burqa, utara bandar Nablus.

Sumber tempatan berkata, sebuah perumahan dan taman di kawasan a;-Mas’udiya yang masih dalam proses pembinaan akan diroboh. Aktivis anti-pencerobohan Ghassan Daglas berkata, pihak berkuasa Isreael telah menyerahkan notis kepada sorang penduduk Palestin, Ghanem Husni berkenaan dengan arahan bagi merobohkan rumah yang baru siap dibina beliau. 

Daghlas menambah, satu lagi arahan bagi merobohkan taman yang didalam proses pembinaan berdekatan kawasan Nablus dan Jenin telah diserahkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik 34 warta Palestin di Tebing Barat

Isnin , 08-07-2019 – Rejim zionis telah menahan 34 rakyat Palestin pada subuh hari selasa yang lalu didalam siri serbuan rumah di tebing barat dan Baitulmaqdis. Sumber tempatan berkata, kebanyakan tahanan tersebut adalah mereka yang aktif didalam gerakan pelajar Hamas, Islamic Bloc di Universiti Berzeit.

Rejim zionis kemudiannya menyita komputer riba dan telefon bimbit pelajar terbabit, kata mereka. Satu pertempuran telah berlaku semasa siri serbuan tersebut yang menyasarkan Qalqilya dan al-Khalil. Rejim zionis telah menembak gas pemedih mata kearah penduduk Palestin, berdasarkan laporan PIC.

Pada pagi Isnin yang lepas, polis Israel telah menahan 12 pemuda Palestin di bandar al-Isaqiya di Baitulmaqdis. Penduduk al-Isaqiya dan kawasan Jabal al-Mukabber berekata, polis Israel telah menyerbu kejiranan mereka dan satu pertempempuran telah berlaku diantara mereka dan pemuda Palestin yang sedang marah. Polis telah menembak rambang peluru besi bersalut getah, bom pemedih mata dan ‘stun grenade’ ketika pemuda itu membalas serangan dengan membaling batu dan botol kosong. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi


Categories
Berita Semasa

Konfrontasi di Issawiya, Israel Tangkap 4 Warga Al-Quds


Khamis , 04-07-2019 - Pasukan penjajah Israel pada Isnin (1/7/2016) malam menangkap dua pemuda Al-Quds setelah memukul mereka di depan kubur Mohammed Obaid di kota Issawiya. Sementara itu dua orang kanak-kanak ditahan di kem pelarian Shu'fat di al-Quds ketika berlaku pertempuran yang mengakibatkan sejumlah mangsa mengalami sesak nafas akibat terkena tembak gas beracun dan gas air mata.

Menurut sumber tempatan, pasukan penjajah Israel pada Isnin malam, kembali menyerbu kota Issawiya, di mana puluhan pemuda menghadang mereka dengan lemparan batu dan botol kosong. Sementara itu pasukan penjajah Israel menembak mereka dengan meriam bunyi dan api serta dengan gas pemedih mata dan peluru getah. Dalam waktu yang sama, pasukan penyamar penjajah Israel menangkap dua kanak-kanak dari kem Shu'fat, dan membawa mereka ke lokasi yang belum diketahui.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman
Categories
Berita Semasa

11 Tahanan Mengadakan Mogok Lapar di Penjara Israel

Khamis , 04-07-2019 – Jumlah tahanan Palestin yang membuat mogok lapar di penjara Israel sebagai tanda protes di penahanan pentadbiran mereka telah meningkat kepada 11 orang.

Tahanan dan Bekas Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan mengatakan bahawa beberapa tahanan Mohammed Abu Akar, Mohammed al-Hasanat dan Huthaifa Halabiya telah memulakan mogok lapar secara terbuka di penjara Negev sebagai protes terhadap penahanan mereka tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Ehsan Othamn, 21, dan Ja’far Izz el-Din, 48, telah melakukan mogok makan selama 17 hari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Polis rejim menculik menteri Fadi al-Hadmi di Baitulmuqaddis

Rabu , 03-07-2019 – Tentera rejim zionis menculik menteri hal ehwal Baitulmuqaddis Palestin, Fadi al-Hadmi dari rumahnya di kota suci itu pada Ahad.

Menurut sumber tempatan, polis rejim memecah masuk dan menggeledah kediaman beliau pada waktu subuh dan merampas telefon bimbit sebelum menahan beliau.

Lagi 10 warga turut ditahan dalam kempen polis rejim di daerah Issawiya, timur Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan pendatang Yahudi dengan diiringi polis cemar Masjidil al-Aqsa.

Isnin , 01-07-2019 – Sejumlah pendatang haram Yahudi didapati telah mencemar kesucian Masjid al-Aqsa secara berkumpulan dengan diiringi anggota polis rejim Israel.

Menurut sumber tempatan, berpuluh pendatang Yahudi dengan diiringi anggota polis Israel dilihat memasuki masjid tersebut secara berkumpulan dan menijau sekitar kawasan masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Negara penyumbang janji AS$110 juta bantu UNRWA.

Jumaat , 28-06-2019 – Dana berjumlah lebih AS$110 juta berjaya dikutip pada satu sesi persidangan yang berjanji untuk membantu UNRWA, agensi PBB yang sedang bergelut menghadapi masalah berikutan tindakan Amerika Syarikat memotong bantuan kewangannya kepada agensi tersebut.

Pesuruhjaya Jeneral UNRWA, Pierre Krahenbuhl berkata, sumbangan itu bagi membolehkan agensi tersebut menyediakan perkhidmatan untuk sektor pendidikan dan kesihatan kepada penduduk Palestin, membayar segala kos bulan mendatang dan bagi mengelak krisis belanjawan berlaku.
Sebanyak 35 buah negara mengambil bahagian dalam persidangan itu dengan kebanyakannya datang dari negara-negara Eropah dan Arab dimana sumbangan terbesar ialah dari negara anggota Kesatuan Eropah, Jerman dan Britain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Sumbangan $110 Juta Dikutip Untuk UNRWA

Jumaat , 28-06-2019 – Lebih daripada $ 110 juta dikutip pada persidangan sokongan terhadap UNRWA, yang bergelut dengan masalah kewangan sejak Amerika Syarikat menarik diri sebagai penyumbang. Pesuruhjaya UNRWA, Pierre Krahenbuhl berkata, pembiayaan itu akan membolehkan agensi tersebut menyediakan perkhidmatan pendidikan dan kesihatan kepada rakyat Palestin, dan menampung kos untuk bulan-bulan mendatang serta mengelakkan krisis belanjawan.

Sekitar 35 negara mengambil bahagian dalam persidangan itu, kebanyakannya negara-negara Eropah dan Arab, dengan sumbangan terbesar datang dari Kesatuan Eropah, Jerman dan Britain.

Persidangan tersebut diadakan pada hari yang sama dengan rancangan perdamaian Timur Tengah (perjanjian abad ini) yang diperkenalkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump, di Bahrain yang telah diboikot oleh Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin



Categories
Berita Semasa

Israel Memusnahkan Stesen Gas Milik Rakyat Palestin di BaitulMaqdis

Jumaat , 28-06-2019 – Rejim Zionis telah merobohkan sebuah stesen gas milik rakyat Palestin yang sedang dibina di Pekan Anata timur laut BaitulMaqdis.

Datuk Bandar Anata, Taha Ni’man, berkata tiga jentolak milik Israel, disertai oleh angkatan bersenjata telah menghancurkan sebuah stesen gas milik warga Palestin, Mohammed Hilweh.

Rejim Zionis mendakwa kemudahan itu sedang dibina di Kawasan C, iaitu sebuah kawasan yang didakwa hanya ditadbir oleh Israel sahaja.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul


Categories
Berita Semasa

PBB : Langkah2 ekonomi tidak menjamin penyelesaian konflik Palestin-Israel.

Khamis , 27-06-2019 – Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengulangi kenyataan mereka bahawa konflik Palestin-Israel tidak boleh diselesaikan dengan hanya langkah-langkah ekonomi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh jurucakap PBB, Farhan Haq ketika beliau bercakap mengenai Bengkel Ekonomi Bahrain dan beliau juga berkata, PBB telah menyatakan sokongan mereka ketika Nickolay yang memegang jawatan Khas PBB bagi menyelesaikan proses keamanan di timur tengah dan ini juga telah disebut oleh Majlis Keselamatan pada minggu lepas. 

“Sokongan kemanusiaan dan ekonomi kepada populasi adalah penting untuk menghasilkan persekitaran yang kondusif demi rundingan yang berhasil. Walaubagaimanapun, saya juga menekankan bahawa konflik tersebut tidak boleh diselesaikan dengan hanya langkah-langkah ekonomi,” kata Nickolay pada Khamis yang lalu.

“Langkah-langkah tersebut hanyalah sebagai pelengkap bagi proses politik yang sah untuk mengakhiri pendudukan Israel dan menyelesaikan kemelut tersebut dengan resolusi PBB yang relevan.,” tambah beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Bahar gelar bengkel ekonomi di Bahrin sebagai “Persidangan Konspirasi”.

Khamis , 27-06-2019 – Timbalan Speaker, Dewan Perundangan Palestin (PLC), Ahmed Bahar mensifatkan bengkel ekonomi yang adakan di Bahrin sebagai satu persidangan konspirasi dan hasutan.

Menerusi kenyataan medianya, beliau menyatakan bahawa sidang itu merupakan satu mesyuarat berkait “politik, moral dan jenayah kemanusiaan”.

Beliau meminta negara-negara Arab yang terlibat supaya menghormati kemahuan rakyat Palestin dan tidak menerima nasihat undang-undang berbentuk perkauman dari pihak pentadbiran AS yang boleh menjejaskan hak dan ketetapan rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin