Categories
Berita Semasa

Penduduk Israel ditikam di hadapan pintu gerbang di Baitul Maqdis.

Jumaat, 14-02-2014 – Seorang penduduk Israel telah ditikam oleh orang yang tidak dikenali petang ini di pintu gerbang baitul Maqdis.

Radio Israel melaporkan bahawa penduduk Israel tersebut ditikan di bahagian atas badan beliau dan mengalami kecederaan sederhana. Beliau telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Radio Israel berkata bahawa pihak polis bergegas ke tempat kejadian tersebut dan membuka kertas siasatan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Bahar mengalu-alukan keputusan Speaker Parlimen Denmark untuk melawat Gaza

Jumaat, 14-02-2014 – Dr Ahmed Bahar, Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin, telah mengalu-alukan lawatan yang dirancang oleh Speaker Parlimen Denmark Mogens Lykketoft untuk ke Ramallah dan Semenanjung Gaza, tanpa melawat negeri yang diduduki Yahudi, dan menganggap langkah itu satu langkah ke arah yang betul.

Bahar memberi amaran cubaan pendatang Israel untuk menghalang lawatan itu, menekankan bahawa “menghalang lawatan itu bermaksud melanggar proses demokrasi, dan jelas telah melanggar hak-hak perjalanan dan pergerakan.”
Beliau juga menggesa Lykketoft untuk meneruskan lawatan beliau, dan membuat lebih banyak usaha untuk memastikan pembebasan ahli parlimen Palestin yang diculik di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak antara yang ditahan IOF dekat Masjid Ibrahimi di al-Khalil

Jumaat, 14-02-2014 –Tentera rejim Israel (IOF) menahan seorang kanak-kanak Palestin dan seorang tahanan yang dibebaskan dari penjara sebaik sahaja dibebaskan pada Ahad dekat Masjid Ibrahimi di al-Khalil.

Sumber tempatan memberitahu wakil PIC bahawa IOF menahan seorang budak lelaki Khaled Zahida dari kota lama al-Khalil, ketika berada dekat Masjid Ibrahimi Mosque, selepas menyerangnya dan seterusnya membawanya ke destinasi tidak diketahui.

IOF turut menahan seorang warga hanya beberapa jam selepas pembebasannya dari penjara di al-Khalil ketika serbuan ke atas rumahnya dan memindahkannya ke destinasi tidak diketahui, warga tempatan memberitahu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya kepada tokoh bebas : Perdamaian adalah matlamat utama kami

Jumaat, 14-02-2014 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Gaza, memberitahu delegasi tokoh bebas pada hari Sabtu bahawa kerajaannya berkeras untuk mencapai perdamaian.

Hanneya , menurut kenyataan beliau untuk pejabatnya, telah mengadakan perbincangan yang mendalam dengan delegasi yang melawatnya mengenai isu perdamaian. Dikatakan bahawa delegasi itu menyerahkan mesej utama dengan menyatakan penghargaan di atas langkah-langkah baru yang diambil oleh Haneyya untuk memberikan suasana perdamaian termasuk pembebasan tahanan dan membenarkan kemasukan Ahli Parlimen Fatah ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Skim Israel untuk menukar tanah Jambatan Zarka kepada taman nasional

Isnin, 10-02-2014 – Pihak Jawatankuasa Popular dan Badan Bersekutu Demokratik Nasional (NDA) di perkampungan Jisr Al-Zarqa di Garisan Hijau menyeru kepada pemilik-pemilik tanah untuk membuat bantahan terhadap Israel yang merancang untuk merampas dan menukar tanah simpan semulajadi di utara perkampungan Arab kepada taman nasional.

Satu pelan terperinci untuk menukarkan tanah simpan semulajadi itu kepada taman nasional telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Daerah Haifa serta Jawatankuasa Tempatan Perancangan dan Pembangunan.

Sami al-Ali, yang merupakan salah seorang ahli majlis tempatan NDA dan ketua Jawatankuasa Popular, hari ini, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan Ahad lalu, menyatakan bahawa rancangan Israel untuk menukar status tanah simpan tersebut kepada taman nasional adalah bertujuan untuk menjalankan beberapa proses pengubahsuaian.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Zionis Setuju Naikkan Ganti Rugi Korban Marmara Menjadi USD20 Juta

Isnin, 10-02-2014 – Surat khabar Zionis, Ha’aretz edisi Isnin (3/2), menyebutkan pemerintah Zionis setuju menaikkan nilai ganti rugi yang diminta keluarga mangsa korban serangan militan Zionis terhadap kapal Turki, Mavi Marmara yang menyertai armada “Freedom Flotilla” yang berangkat menuju Semenanjung Gaza untuk membebaskan sekatan yang sudah berlangsung selama tiga tahun setengah berturut-turut. Kenaikan nilai ganti rugi itu mencapai USD20 juta.

Surat khabar Zionis ini memetik dari sumber barat yang mengetahui perundingan yang sedang berlangsung antara kedua belah pihak, ‘Israel’ menyetujui menaikan ganti rugi yang diusulkan atas peristiwa serangan kapal Mavi Marmara pada tahun 2010 menjadi USD20 juta . Sumber ini menyatakan, “Sudah ada kemajuan. Namun kedua-dua belah pihak belum capai kata sepakat”.

Perlu disebutkan bahawa hubungan antara Ankara dan Tel Aviv mengalami ketegangan selama beberapa tahun terakhir pasca serangan yang dilancarkan pasukan militan Zionis pada 31 Mei 2010 lalu ke konvoi armada “Freedom Flotilla” ketika melalui perairan antarabangsa menuju Semenanjung Gaza untuk membebaskan sekatan yang dikenakan terhadap wilayah tersebut. Konvoi ini disertai oleh lebih dari 500 sukarelawan solidariti kemanusiaan antarabangsa dan sebahagian besarnya dari Turki. Pasukan militan Zionis menggunakan serangan senjata otomatik dan mengakibatkan 9 aktivis kemanusiaan Turki syahid serta puluhan aktivis lain cedera.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pasukan Perisikan Israel menahan dan menyoal siasat berpuluh-puluh rakyat Palestin di Azzoun

Isnin, 10-02-2014 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) telah menahan berpuluh-puluh rakyat pada pagi Isnin termasuk wanita, pelajar, dan pekerja di kampung Azzoun, timur Qalqilya.

Menurut wartawan PIC, empat kenderaan tentera Israel telah menyerbu bandar tersebut pagi ini disertai oleh pegawai perisikan Israel yang menyoal siasat berpuluh-puluh rakyat terutamanya golongan belia. Stesen tentera Israel yang bertempat di jalan utama, menahan pejalan kaki ketika mereka dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, dan memeriksa kad pengenalan mereka. Tentera-tentera IOF kemudian mengelilingi kawasan tersebut dan menyekat laluan ke dalamnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Jemputan mendidik pelajar tentang keadaan penyiasatan dan tahanan

Isnin, 10-02-2014 – Presiden Persatuan Tahanan Palestin, Qadwarah Fares berkata bahawa gerakan kebangsaan tidak mengambil iktibar daripada pengalaman kebanyakan tahanan pada masalah penyiasatan. Dan mereka tidak memikul tanggugjawab kesedaran politik bagi keadaan tahanan dan penyiasatan bagi generasi akan datang.

Fares dalam seminar yang diadakan pada hari isnin di bawah tajuk “mendidik pelajar tentang keadaan tahanan dan penyiasatan” di Universiti Birzeit, utara Ramallah menerangkan bahawa alat “shabak” dibangunkan bagi kaedah penyiasatan secara berterusan.

Fares menjelaskan bahawa pihak berkuasa melabur semua keluatan tentera bagi penyiasatan, sambil menambah, “pegawai-pegawai yang menyiasat bersama tahanan tunduk kepada pemeriksaan kecerdasan dan belajar tentang tahanan dengan mendalam bermula dari biodatanya sehingga pemikiran masyarakat dan politik di mana mereka tinggal”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Peled: Dialog rundingan damai hanya membawa kerugian kepada rakyat Palestin

Isnin, 10-02-2014 – Pengarang warga Israel kepada buku bertajuk “Anak Jeneral: Kembara Seorang Rakyat Israel di Palestin” menyeru rakyat Palestin agar menolak dialog yang tidak membawa apa-apa melainkan kerugian kepada mereka dan keuntungan di pihak Israel.

Dalam satu symposium yang dianjurkan pada Selasa oleh perpustakaan saintifik di Ramallah, Miko Peled, pengarang buku itu menyatakan sejarah mengajar manusia bahawa pihak yang kuat tidak pernah berurusan secara sukarela melainkan keadaan mendesak.

Peled percaya bahawa rakyat Palestin sememangnya merupakany pemilik tanah yang sebenar dan kisah tanah Israel yang disampaikan kepadanya sejak kecil merupakan satu penipuan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

MP Khudari Rayu Mesir Buka Lintasan Rafah

Isnin, 10-02-2014 – MP Bebas Jamal Al-Khudari telah merayu kepada Mesir untuk membuka sempadan lintasan Rafah dengan Gaza secara kekal bagi membolehkan perjalanan rakyat yang terkandas. Khudari berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa terdapat keperluan segera untuk membuka terminal sempadan untuk membolehkan hasrat orang sakit, pelajar, dan pemegang permit kediaman di negara-negara lain tercapai.
Beliau berkata rakyat Palestin telah berharap keadaan dalaman Kaherah tidak akan menjejaskan keputusan untuk membuka lintasan itu.

Khudari juga berharap bahawa pihak berkuasa Mesir membenarkan peningkatan dalam bilangan rakyat yang dibenarkan untuk melintas sempadan Rafah-Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis dakwa menahan rangkaian Hamas di OJ

Selasa, 04-02-2014 – Pihak berkuasa penempatan Israel telah membenarkan penerbitan satu laporan berita pada malam Selasa yang lalu, mengenai penahanan beberapa warga Jerusalem atas tuduhan penglibatan mereka dalam rangkaian gerakan Hamas.

Menurut laporan sumber akhbar Hebrew itu, setakat ini di Jerusalem, ‘Sharbak’ Israel telah menahan 16 orang aktivis politik kerana membentuk kumpulan rangkaian yang dikaitkan dengan Hamas dan dipercayai kumpulan tersebut merupakan satu infrastruktur penting kepada gerakan Hamas.

Sumber tersebut menambah, ahli-ahli kumpulan tersebut berusaha untuk mengukuhkan pengaruh Hamas di kalangan penduduk Jerusalem timur dan kawasan berdekatan dengan Masjid Aqsa. Turut dilaporkan antara mereka yang ditahan adalah beberapa orang bekas banduan termasuklah dua adik beradik lelaki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menembak pemuda Palestin di Ramallah

Selasa, 04-02-2014 – IOF menembak seorang pemuda Palestin dari Al-Khalil ketika bekerja di kawasan Ein Seiniya di utara Ramallah pada Rabu. Saudara mara pemuda berusia 20 tahun itu, Mohammed Mahmoud Mubarak memberitahu PIC bahawa tentera IOF soldiers menembak pemuda itu secara tiba-tiba.

Mereka berkata Mohammed sedang bekerja membaiki jalan utama di Ein Seiniya apabila IOF yang ditempatkan berdekatan kawasan itu dan di menara kawalan tentera menembak beliau atas alasan menembak sasaran ketenteraan.

Sumber berkata bahawa IOF menghantar jenazah syahid itu yang juga anak saudara ahli parlimen Ahmed Mubarak, to ke pejabat hal ehwal Palestin. Puluhan rakyat Palestin dibunuh atau cedera dalam insiden serupa di Tebing Barat di mana IOF mendakwa pihak tentera menghalang usaha menembak dan mencederakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Roboh Rumah Penduduk Palestin di Agwar

Selasa, 04-02-2014 – Tentera Zionis Isnin (27/1) menghancurkan sejumlah rumah di wilayah Mushofah di Jaftilk, Agwar utara dengan alasan wilayah tersebut berada di bawah kuasa Otoriti Zionis berdasarkan kesepakatan Oslo.

Sementara itu, saksi yang melihat kejadian mengatakan tentera Zionis menghancurkan sejumlah rumah dan memberikan surat kebenaran meroboh kepada beberapa pemilik rumah Muhammad Ali Kaabanah dan mengumpulkan pemiliknya di tanah lapang.

Wilayah Agwar sentiasa menghadapi pelbagai tindakan diskriminasi daripada tentera Zionis dengan alasan tidak munasabah dan mengada-ngada.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera IOF menahan pelajar di sempadan Karame

Selasa, 04-02-2014 – Pasukan pendudukan Israel (IOF) yang mengawasi sempadan Karame antara Tebing Barat dan Jordan telah menahan seorang pelajar Palestin dari Tulkarem sekembali beliau ke Tebing Barat.

Sumber daripada keluarga rapat pelajar Taher Abu Bakir, 22, memberitahu wartawan PIC pada hari Selasa bahawa dia telah menelefon keluarganya pada malam Isnin selepas berjam ditahan di sempadan dan mengatakan beliau telah ditahan.

Pelajar tersebut merupakan pelajar dari Universiti Antarabangsa Pengajian Islam, Jordan dalam bidang undang-undang. Beliau adalah pelajar tahun ketiga dan pengkhususan dalam perbandingan undang-undang. Pihak berkuasa pendudukan Israel (IOF) biasanya menahan pelajar di sempadan untuk menghalang mereka dalam meneruskan pembelajaran dalam bidang akademik .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Tahanan Khaddirat meneruskan mogok lapar, dan menolak pemindahan ke Gaza

Khamis, 30-01-2014 – Tahanan Abdul Majid Khaddirat, dari Tubas, meneruskan mogok lapar yang diumumkan 13 hari lalu, untuk membantah keputusan Israel mengenakan semula hukuman ditahan selama 8 tahun, Kementerian Hal Ehwal Tahanan pihak berkuasa Palestin berkata.

Susulan dari melawat tahanan yang diasingkan di penjara Megiddo pada Ahad, peguam kementerian Shirin Iraqi mengesahkan bahawa Khaddirat menolak dakwaan Israel dan menyifatkan ia sebagai penipuan yang sejajar dengan polisi balas dendam Israel ke atas para tahanan yang telah dibebaskan.

Pemogok lapar tersebut yang ditahan sejak Ogos 2013, telah menolak tawaran Israel untuk dipindahkan ke Gaza selama 8 tahun, peguam itu menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati