
Jumaat , 04-04-2014 – Laporan Hak Asasi Manusia mendedahkan bahawa persekitaran di wilayah Palestin mengalami pencabulan yang dasyat oleh Israel yang bertujuan untuk menjadikan kehidupan di tanah itu mustahil selepas berlaku rampasan kawasan besar untuk membina penempatan, kem-kem dan kilang-kilang.
Laporan itu yang telah diterbitkan oelh Pertubuhan Arab Bagi Hak Asasi Manusia itu pada hari rabu (2/4) menunjukkan bahawa Israel mengepam berjuta-juta meter padu air kumbahan yang keluar dari penempatan yang memusnahkan Tebing Barat. Perkara ini membawa
kepada kemusnahan alam sekitar yang besar seperti kemusnahan tanaman pertanian, pencemaran air bawah tanah dan merosakkan sumber ternakan.
Laporan itu menyatakan bahawa kilang-kilang Zionis yang berhampiran dengan pagar keselamatan mengeluarkan benda-benda yang mencemarkan alam sekitar tersebut seperti gas toksik. Mereka juga sengaja membuang sisa industri di bandar-bandar serta kampung-kampung Palestin yang berdekatan dengan kilang tersebut. Perkara ini telah menyebabkan perubahan warna bumi yang menjadi hitam sehingga tidak sesuai untuk penanaman kerana kepekatan unsur-unsur bahan kimia yang berbahaya yang menjadikan liang-liang tanah tersumbat.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah