Categories
Berita Semasa

Kumpulan Palestin di Beirut: Kami menolak sebarang keganasan di mana-mana negara Arab

Rabu,04-09-2013 – Pimpinan serta jawatankuasa kumpulan Palestin di Beirut telah mengisytiharkan penolakan serangan Amerika yang dirancang terhadap Syria.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, pimpinan tersebut menolak sebarang serangan ke atas mana-mana negara Arab dan menggesa semua pihak di Syria bersetuju dengan penyelesaian secara aman terhadap masalah mereka yang akan memelihara keselamatan, kestabilan dan peranan Syria di rantau ini.

Sambil menegaskan semua kumpulan akan terus menghadapi pengganas Zionis, menolak penempatan, melindungi Baitulmuqaddis dan menuntut kebebasan untuk semua tahanan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Mesir mewujudkan zon neutral di Rafah

Selasa,03-09-2013 – Tentera Mesir mengambil keputusan mewujudkan zon neutral sepanjang sempadan Semenanjung Gaza dan mengarahkan penduduk kota Rafah Mesir mengosongkan kediaman berdekatan sempadan itu.

Sumber memberitahu agensi berita pada Ahad bahawa pihak tentera telah memulakan perancangan memusnahkan lebih banyak terowong menghubungkan Rafah dan Semenanjung Gaza dan mewujudkan zon neutral selebar 250 ke 500 meter. Sumber turut menyebut bahawa keadaan semakin tegang di kawasan Sarsuriya di kota Rafah, lebih kurang 1 km dari sempadan setelah tentera Mesir mengumumkan untuk memusnahkan 3 buah rumah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Laporan: Israel meluluskan pelan membina 3,800 unit rumah Ogos lalu

Selasa,03-09-2013 – Pusat kajian dan dokumentasi Abdullah Hourani menyebut Tentera Zionis Israel (IOA) telah menyediakan pelan untuk membina 3,800 unit rumah di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat pada Ogos lalu .

Dalam laporan bulanannya, ia menuduh Israel yang meningkatkan aktiviti peluasan penempatan meskipun rundingan damai yang ditaja oleh AS dengan pihak berkuasa Palestin masih berjalan. Pusat itu menjelaskan pada bulan lalu IOA mengeluarkan lesen untuk pembinaan 63 unit rumah dan membuka tender untuk pembinaan 1,200 yang lain di timur Baitulmaqdis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Aktivis Sosial Diculik oleh Tentera di Terminal Erez.

Isnin ,02-09-2013 – Tentera rejim Israel menculik seorang aktivis sosial Palestin pada Selasa, yang merupakan ketua Kesatuan Belia Palestin bagi Kepimpinan dan Hak Asasi (PYALARA) ketika beliau menuju Terminal Erez untuk mendapatkan permit memasuki Tebing Barat.

Ala’ Moqbel, 30, mencuba masuk ke Tebing Barat setelah dijemput untuk menyertai bengkel yang dianjurkan oleh Syarikat Telekomunikasi Palestin. PYALARA berkata ia cuba menghubungi Moqbel beberapa kali setelah beliau bertolak namun gagal terutamanya sejak Israel melarang rakyat Palestin dari menggunakan telefon di terminal. Ia menambah bahawa ayah Moqbel, Hasan menghubungi pejabat PYALARA setelah menerima panggilan telefon dari tentera di terminal, memberitahunya bahawa anaknya telah ditahan dan akan dipindahkan ke penjara Al-Majdal. Tiada maklumat lain diberitahu oleh tentera.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Pelampau Israel Conteng dan Pancitkan Tayar Sepuluh Kereta Di Baitulmuqaddis

Isnin ,02-09-2013 – Sumber tempatan di bandar Beit Safafa, Timur Baitulmuqaddis telah melaporkan sekumpulan peneroka Israel telah memancitkan tayar 10 kereta pednduduk Palestin dan menulis grafiti berbaur perkauman.

Serangan itu berlaku pada lewat malam, atau pada waktu subuh, kerana penduduk hanya mendapat tahu selepas mereka menuju ke kereta mereka keesokan harinya.

Penduduk memfailkan aduan kepada pihak Polis Israel menuntut untuk menamatkan serangan yang semakin meningkat dilakukan oleh puak pelampau Israel terhadap harta benda Palestin. Serangan itu hadir sehari selepas pelampau Israel merosakkan tembok rumah Palestin di kawasan Market Al-Khan di Kota Lama, di Timur Baitulmuqaddis.

sumber : IMEMC News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kematian seorang pemuda Palestin yang ditembak mati oleh pihak berkuasa keselamatan di Nablus

Isnin ,02-09-2013 – Dibunuh oleh perkhidmatan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin pada petang Selasa (27-8), pemuda Amjad Audah mati ditembak semasa penyerbuan kem Askar bagi pelarian Palestin di timur Nablus.

Saksi-saksi berkata kepada wartawan, ” Pusat Maklumat Palestin “: “Beberapa pasukan rondaan bersama agensi-agensi keselamatan menyerbu kem untuk mencari mereka yang mendakwa memiliki senjata secara haram, dan mereka berhadapan dengan belia kem yang menyerang dengan batu, menyebabkan perkhidmatan keselamatan melepaskan tembakan, yang membawa kepada kematian Amjad Audah selepas ditembak di kepala”, pemilik sebuah kedai perabot upholsteri jalan utama.

Mereka menegaskan bahawa pemuda Amjad, seorang banduan bebas penjara pendudukan, telah ditembak di kepala di mana tembakan dilepaskan oleh pasukan keselamatan Palestin semasa pertempuran berlaku di kem tersebut, selepas pasukan keselamatan menyerbu kem Palestin. Rumah yang dipunyai oleh salah satu warga keluarga Shakukani adalah alasan kewujudan senjata yang “menyalahi undang-undang.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Seorang Palestin Maut di Kem Pelarian Askar

Isnin ,02-09-2013 – Seorang lelaki Palestin telah ditembak dan dibunuh oleh pasukan keselamatan Palestin dilaporkan dalam pertempuran dengan kumpulan bersenjata di kem pelarian Askar, timur utara bandar Tebing Barat Nablus.

Sumber tempatan telah melaporkan bahawa Amjad Odah, 37, terbunuh dalam pertempuran yang berlaku selepas pasukan keselamatan cuba untuk menangkap seorang lelaki bersenjata di kem itu, Laman Web Berita Arabs48 melaporkan.

Menurut sumber, lelaki bersenjata melepaskan tembakan kepada pasukan keselamatan yang bertindak balas dan membunuh Odah. Beberapa rakyat Palestin telah cedera dalam pertempuran tersebut.

sumber  : IMEMC News
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Sisi menamatkan Mogok laparnya di Penjara Eshil

Isnin ,02-09-2013 – Tahanan Palestin Dirar Abu Sisi berhenti mogok lapar selepas mencapai perjanjian dengan Pentadbiran Israel Bir Siva (Be’er As-Sabe ‘), selatan negara, untuk membuang dia dari kurungannya.

Pusat Ahrar untuk Tahanan Kajian dan Hak Asasi Manusia telah melaporkan bahawa Pentadbiran Penjara juga bersetuju untuk membenarkan Sisi untuk memanggil keluarganya sebulan sekali, dan untuk membolehkan wakil-wakil tahanan, dalam penjara, untuk melawat beliau pada bila-bila masa.

Fuad Al-Khoffash, ketua Pusat Ahrar, menyatakan bahawa Sisi mengakhiri mogok beliau apabila dia telah dibuang dari selnya, dan menambah bahawa Pentadbiran Penjara juga telah mengeluarkan lapan tahanan dari sel-sel kurungan mereka.

sumber  : IMEMC News
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Bekas Ketua Shin Bet: Rundingan bersama Palestin Tenggelam dalam Lumpur

Isnin ,02-09-2013 – Bekas ketua Agensi Keselamatan Dalam Negeri “Shin Bet”, Yuval Diskin berkata, Israel telah mendekati tahap “tiada pulangan” dan rundingan tidak akan mengubah apa-apa di kawasan itu setelah “tenggelam dalam lumpur”. Laman web berita ibrani, Yediot Aharonot memetik kata-kata Diskin dalam satu temu bual dengan saluran yahudi Sepuluh “rundingan telah menyebabkan pemimpin-pemimpin kita serta rakyat Palestin dalam kesusahan yang sangat besar dan tiada tenaga dan kekuatan untuk bergerak ke hadapan”.

Diskin telah bertemu keluarga-keluarga Israel yang mati menentang pembebasan tahanan, beliau menambah, terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat tapi sangat menyakitkan dan mungkin dapat memajiukan rundingan. Oleh itu, mari kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Malangnya walaupun kita sudah bertahun-tahun melakukan rundingan tetapi saya tidak fikir pendekatan ini akan berubah.

Tetapi keadaan pada dasarnya hanyalah khayalan dan bukanlah sesuatu yang akan berlaku. Diskin melahirkan rasa protesnya terhadap pembebasan tahanan Palestin, beliau berkata, tahanan mesti dibebaskan tanpa telunjuk sesebuah organisasi. Pada waktu yang lepas, organisasi membantah pembebasan tahanan dalam perjanjian Shalit.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Penggalian bawah tanah oleh Israel menyebabkan menjejaskan kawasan berdekatan Masjid Aqsa

Khamis , 29-06-2013 – Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa berkata keruntuhan berlaku pada malam semalam dekat pintu masuk kediaman Mahmoud Oseili di kota lama Baitulmuqaddis yang terletak 20 meter dari Masjid Aqsa.

Ia menyatakan pada Rabu, keruntuhan itu dalamnya 6 meter dan berlaku akibat daripada penggalian oleh Israel yang dibuat di kota lama dan Masjid Aqsa. Ia berkata, sebaik sahaja selepas keruntuhan berlaku, polis rejim Israel tiba di tempat kejadian dan mengarahkan lubang itu ditutup. Yayasan memberi amaran bahawa keruntuhan yang sering berlaku itu menandakan penggalian bawah tanah sentiasa dilakukan dan memberi ancaman kepada asas masjid Aqsa dan bangunan sekitarnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Kedutaan Mesir di Dublin di tutup

Khamis , 29-06-2013 – Kedutaan Mesir di Dublin, Ireland ditutup bermula hari Selasa 20/8 sehingga notis selanjutnya berikutan protes kemarahan yang mengutuk penculikan 4 pemuda Irish, 3 daripada mereka adalah adik beradik dan mangsa ke-4 merupakan saudara mereka. Mereka ditahan selama 20 jam di Masjid Fath, Bandar Ramses.

‘Quds Press’ melaporkan bahawa pintu kedutaan Mesir ditutup dihadapan orang ramai bermula pagi Selasa, akibat meningkatnya protes terhadap apa yang berlaku di Mesir lebih-lebih lagi penangkapan 4 warga Ireland. Pihak kedutaan memagari kawasan sekitarnya dengan jeriji besi, dalam menghadapi sebarang usaha serta percubaan baru untuk memasuki kawasan kedutaan dan berprotes di dalamnya seperti yang berlaku pada hari Isnin.

Gerakan-gerakan awam, politik dan hak –hak asasi di Ireland meningkat menuntut pembebasan 4 mangsa yang diculik. Mereka merupakan adik beradik dan diculik dan ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir kerana mengetahui bahawa mereka merupakan warga Ireland dan anak-anak kepada tokoh yang terkenal di Ireland iaitu Sheikh Hussein Halawah, imam Dublin yang paling menonjol dan antara ulama’-ulama’ di Eropah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur farhana

Categories
Berita Semasa

Pendudukan menahan anak kapal “UNICEF” selatan Hebron

Khamis , 29-06-2013 – Pasukan pendudukan meneruskan penahanan anak kapal semenjak pagi Selasa, yang dimiliki oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Kanak-kanak “UNICEF” berhampiran bandar Yatta, Hebron daerah yang terletak di selatan Tebing Barat.

Ratib Jabour, penyelaras “Jawatankuasa Rakyat Menentang permukiman” menyatakan di Bita, bahawa pasukan tentera pendudukan menahan anak kapal daripada tiga orang ahli kakitangan dalam organisasi “UNICEF” di kawasan Bir berdekatan dengan bandar Yatta, selatan Hebron.

Jabour berkata dalam satu temu bual dengan wartawan “Quds Press”, bahawa anak-anak kapal PBB telah merancang untuk pergi ke kawasan Yatta, pada lawatan lapangan untuk melihat keadaan penduduk dan halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Palestin untuk sampai ke sekolah sebelum bermulanya sesi persekolahan yang baru.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Sheikh Khatib: Apa yang berlaku di Mesir adalah konspirasi terhadap Islam

Khamis , 29-06-2013 – Sheikh Kamal Al-Khatib, timbalan ketua gerakan Islam Palestin melahirkan keyakinan beliau yang Mesir akan memulihkan kestabilan dan menyingkirkan pemerintahan tentera yang zalim sekali lagi akan datang.

Sheikh Khatib memberitahu Quds Press, pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan terhadap orang awam dan penyokong gerakan Islam di Mesir sudah dijangka kerana pemimpin rampasan kuasa mengetahui pengunduran mereka bermakna rampasan kuasa akan gagal dan dengan sebab itu mereka tidak mempunyai pilihan selain melarikan diri dari Mesir atau dibicarakan.

Sheikh Khatib menambah penunjuk perasaan pro-Morsi pula tahu pengunduran mereka dari jalanraya bermakna kedatangan pemerintahan tentera zalim di Mesir yang sudah berlanjutan selama 60 tahun semenjak zaman Jamal Abdul Naser.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Dua Kapal Terbang Perang Mesir memulakan operasi di Sinai dengan kebenaran Zionis

Khamis , 29-06-2013 – Sumber media Ibrani berkata, tentera zionis membenarkan sekutunya, tentera Mesir membawa masuk 4 kapal terbang askar model “Apache” ke udara semenanjung Sinai, kesan serangan bersenjata yang telah membunuh 25 tentera mesir berdekatan dengan sempadan Rafah semalam, hari Isni 8.20 pagi.

Saluran 10 di television zionis menjelaskan bahawa tentera juga bersetuju untuk mengerakkan batalion pejalan kaki tentera mesir di padang pasir Sinai, utara timur Mesir, ini adalah selepas kerisauan yang meningkat disebabkan peningkatan kaedah proses senjata di Sinai terhadap tentera mesir dan zionis sejak beberapa tempoh yang lepas.

Disebutkan bahawa perjanjian damai yang ditandatangani antara Kaherah dan puak zionis pada Mac 1979 dan dikenali sebagai ”Camp David”, melarang mesir membawa masuk kapal terbang dan senjata berat ke semenanjung Sinai dan daerah yang bersempadan dengan bumi palestin yang dijajah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Pertemuan antara Hamas dan Fatah membincangkan perihal perdamaian

Khamis ,22-08-2013 – ‘Hamas’ dan ‘Fatah’ mengadakan perjumpaan di Bandar Gaza pada hari Ahad 18/8 untuk membincangkan perihal perdamaian kebangsaan serta menamatkan pertikaian dan api persengketaan.

Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap bagi gerakan ‘Hamas’ menjelaskan bahawa pertemuan itu diadakan berikutan permintaan gerakan ‘Fatah’. ‘Fatah’ menekankan keperluan ‘Hamas’ dalam mematuhi pelaksanaan perjanjian damai sebagaimana yang ditandatangani tanpa sebarang pemilihan seperti menarik diri daripada keadaan semasa.

Sementara itu di semenanjung Gaza, jurucakap bagi gerakan ‘Fatah’, Fayez Abu Eita berkata bahawa pertemuan antara dua gerakan itu bermula pada pukul 8 malam hari ini untuk mengenalpasti langkah-langkah melaksanakan perjanjian damai dan kemungkinan mengadakan pilihanraya presiden dan perundangan berikutnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Fahana