Categories
Berita Semasa

Tentera peronda Israel masuki kem penempatan Aroub, gempur warga Palestin.

Jumaat, 13-11-2015 – Pihak tentera rejim Israel bertindak memasuki kem Aroub, kem penempatan warga Palestin yang terletak di utara bandar al-Khalil dan menyerang penduduknya dengan tembakan rambang menggunakan gas pemedih mata dan bom asap. Kejadian itu berlaku pada malam hari Selasa yang lalu.

Menurut kata saksi, tentera peronda rejim Israel menyerbu masuk ke dalam kawasan kem itu dan memecah masuk rumah kediaman tanpa memberi sebarang notis amaran.

Melalui risalah yang diedar di sekitar kem, tindakan tentera peronda rejim Israel memasuki kem itu adalah sebagai membalas tindakan penduduknya yang didakwa membaling batu ke arah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel Musnahkan Fasilit Pertanian Palestin din Jenin

Jumaat, 13-11-2015 – Jentolak Israel dengan zalimnya telah memusnahkan fasiliti pertanian Palestin seperti tangki air dan sistem saliran pertanian di Tebing Barat Bandar Jenin pada hari Selasa yang lalu. Wakil penduduk, Talel Hussein menyatakan bahawa jentolak-jentolak tersebut telah memusnahkan sistem pengairan milik tiga petani Palestin iaitu Imad Ismail Jaradat, Suleiman Zyoud, dan No’man Jaradat. Beliau menambah bahawa operasi pemusnahan tersebut dilakukan pada awal pagi tanpa notis. ZALIM!

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Allan : Mogok lapar cara yang berkesan untuk bertahan

Khamis, 12-11-2015 – Lepasan tahanan baru, Mohamed Allan, mengesahkan bahawa mogok lapar adalah satu cara yang berkesan untuk mengenakan kehendak banduan di penjara-penjara Israel.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Nablus pada hari Khamis, Allan berkata, mogok lapar individu membuktikan bahawa ia adalah pilihan tunggal yang ada untuk menamatkan pentadbiran berdasarkan penahanan.

Tahanan Palestin Mohammad Allan , 31 tahun, yang dilepaskan hari ini dari penjara Ofer setelah 65 hari berturut-turut bertahan dengan mogok lapar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Perjuangan Al-Quds: 76 Mati Syahid, 17 Diantaranya Anak Kecil dan 2 Wanita.

Khamis, 12-11-2015 – Jabatan Kesihatan Palestin mengumumkan, sejak awal perjuangan pada 1 Oktober lalu, hingga hari Khamis kelmarin, jumlah para syuhada mencapai sehingga 76 orang dan 17 orang di antaranya adalah anak kecil.

Dalam keterangan yang diambil pusat InfoPalestin, mereka berkata, dengan syahidnya Malik Thilal Syarif (25 tahun) yang berasal dari Hebron, maka jumlah mangsa meningkat menjadi 76 orang. 56 mangsa dari Tepi Barat, dan 17 dari sempadan Gaza.

Sementara itu, di sempadan Gaza dan Nagev masing-masing satu orang. Dan mangsa yang tercedera sehingga 7 orang dari Thulkaren dan Hebron, saat bertempur dengan tentera Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf

Categories
Berita Semasa

Pendatang menawarkan hadiah sebanyak $10,000 jika menyerahkan warga Palestin kepada Polis

Khamis, 12-11-2015 – Seorang pendatang Yahudi mengiklankan tawaran berjumlah 40,000 shekel bersamaan $10,000 sebagai hadiah jika menyerahkan seorang warga Palestin yang melanggar seorang pendatang dua minggu lepas di jalan pertemuan Fuar di selatan al-Khalil kepada polis Israel.

Pendatang yang bergelar Asaf tersebut mengulas pada laman Facebook berita Walla Israel yang dia mengenali pendatang bernama Abraham Asher Hasno yang dilanggar oleh seorang warga Palestin, ketika bekerja di penempatan Atnial.

Seorang pemuda Palestin melakukan operasi langgar lari ke atas Hasno kerana Hasno melakukan kekacauan ke atas warga Palestin. Gambar-gambar yang menunjukkan perbuatannya menganiaya warga Palestin disiarkan atas talian. Remaja yang memandu bas melanggar Hasno itu menyerah diri kepada pihak berkuasa Palestin di al-Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kempen Boikot Barangan Israel Bermula di Ramallah

Khamis, 12-11-2015 – Pertubuhan Palestin di Tebing Barat Ramallah telah melancarkan kempen boikot barangan Israel. Kempen tersebut terhasil dari sebahagian gerakan intifada di Jurusalem yang bermula awal Oktober lalu. Kempen tersebut telah dilancarkan oelh pihak kerajaan dan juga swasta, bersama-sama penduduk awam, di mana menuntut orang ramai supaya tidak membeli dan menjual produk Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Wartawan Amerika: Media Barat putarbelit maksud sebenar Intifada di Baitulmuqaddis.

Khamis, 12-11-2015 – Wartawan Amerika, Laura Lossero hampa dengan sikap berat sebelah media masa barat dalam menyiarkan berita sebenar berhubungan kebangkitan Intifada yang diperjuangkan warga Palestin menentang penjajahan rejim Israel di Baitulmuqaddis.

” Pihak rejim Israel telah membunuh tanpa rasa belas dan melampaui batas undung-undung warga Palestin di Tebing Barat yang dijajah, itu. Ia merupakan satu jenayah yang sangat kejam dan bermula sejak awal September tahun ini. ” Kata Lossero dalam satu kenyataan eksklusifnya kepada PIC,

Tambah beliau lagi, rakaman video peristiwa itu telah tersebar dengan meluasnya secara online. Ia sangat mengejutkan dan perlu diserah kepada pihak Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Geneva.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pertempuran di al-Khalil Selepas Pengebumian Eskafi

Khamis, 12-11-2015 – Pertempuran tercetus Khamis petang di al-Khalil selepas pengebumian Ibrahim Eskafi yang melanggar dua askar Israel pada hari Rabu sebelum ditembak mati.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa pemuda Palestin berhadapan tentera Israel di Bab al-Zawiya, sementara tentera melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata, termasuk pelajar sekolah, menyebabkan beberapa kecederaan.

Beribu-ribu rakyat Palestin di bandar telah mengambil bahagian dalam pengebumian syahid Eskafi, 22, melaungkan slogan perjuangan, memanggil untuk membalas dendam untuk syuhada Palestin dan meneruskan Intifada Jerusalam. Para peserta mengibarkan bendera Palestin dan Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Dr Hasan Khater beri amaran cubaan batalkan intifada

Jumaat, 06-11-2015 – Ketua Pusat Antarabangsa Baitulmaqdis, Dr Hasan Khater menyelar tindakan pihak pro-Israel yang cuba membatalkan Intifada Baitulmaqdis yang disertai anti-pendudukan.

Khater lantang bersuara menentang campur tangan Amerika Syarikat yang ternyata berat sebelah berkaitan ketegangan berterusan di wilayah Palestin yang diduduki. Beliau juga memberi amaran terhadap prosedur dan inisiatif Amerika untuk melemahkan semangat rakyat Palestin dan menguatkan cengkaman Israel ke atas al-Aqsa.

sumber : sinar harian
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Pertubuhan Palang Merah Kutuk Dasar Israel Roboh Rumah

Jumaat, 06-11-2015 – Suhair Zaqout, jurucakap Palang Merah di Gaza, menyifatkan resolusi Israel untuk merobohkan rumah-rumah Palestin di Jerusalem dan Tebing Barat sebagai hukuman kolektif yang dilarang di peringkat antarabangsa.

Zaqout berkata, dalam satu wawancara dengan PIC di Gaza, bahawa bilangan rakyat Palestin yang cedera mencapai 3600 di Jerusalem dan Tebing Barat pada bulan Oktober. Tambahnya, Palang Merah mendokumenkan jenayah Israel, dan meminta kerajaan Israel dalam sesi bukan awam untuk menghormati undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Seorang gadis Baitulmuqaddis berusia 13 tahun dijatuhkan hukuman tahanan rumah

Jumaat, 06-11-2015 – Rejim Israel (IOA) menahan seorang gadis Palestin berusia 13 tahun di rumah hingga Ahad depan dengan ikat jamin tiga ribu shekel.
Arahan tahanan rumah dan ikat jamin itu dikeluarkan sejam lewat pada petang Isnin oleh mahkamah majistret Baitulmuqaddis ke atas Reem Mohammad Qanbar dari Bukit Scopus tenggara Baitulmuqaddis.

Tentera rejim menahan Qanbar pada petang Isnin ketika beliau sedang berada di pusat kesihatan di bandar dan memindahkan beliau ke balai polis untuk disoal siasat sebelum dibicarakan di Mahkamah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati dan norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Kempem Baikpulih Bandar Lama Jurusalem oleh Jordan

Jumaat, 06-11-2015 – Pertubuhan Jurutera Jordan (JEA) telah menjalankan pungutan derma tahunan bagi membiayai kerja baik pulih sekolah dan rumah di Jurusalem pada Isnin yang lalu. Kempen tersebut dijalankan dengan kerjasama Hayat FM bagi mensasarkan jumlah terkumpul 1 million JD. Puluhan warga Jordan dan juga personaliti telah menyertai kempen ini bagi memulihara bandar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : H Fauzan Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Palestin serah 2 tahan politik pada Israel.

Jumaat, 06-11-2015 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menyerahkan dua tahanan politik dari penjaranya kepada pihak rejim Israel. Proses penyerahan itu, diadakan di pintu masuk sempadan Za’tara pada subuh hari Selasa, kelmarin. Tahanan itu dikenali sebagai Kamal Hamdan, asal Jenin dan Yahya Abu Muamar dari Tulkarem.

Isteri Hamdan, salah seorang tahanan mengesahkan penyerahan itu, di mana dia telah menerima panggilan dari suaminya pada pukul 10 pagi, hari Isnin dari penjara Jericho. Suaminya memberitahu yang dirinya akan dibebaskan beberapa jam lagi. ” Jadi, kami pun rasa sangat gembira dengan berita itu, ”

” Tapi pada tengah malamnya, saya terima panggilan kedua dari pihak penjara yang mengatakan suami saya telah dibawa ke pintu sempadan Za’tara untuk diserah kepada pihak Israel,” tambah isteri Hamdan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

3 Zionis Tercedera dalam Detik Cemas di Netania

Rabu, 04-11-2015 – Sumber-sumber media Zionis mengatakan bahawa tig penduduk Zionis tercedera pada hari Isnin malam(2/11) dalam aksi tikam menikam yang dilakukan oleh seorang pemuda Palestin di Netania. Cedera yang dilaporkan adalah ringan, sederhana, dan sangat parah.

Menurut laporan media Zionis, aksi tikam menikam ini dilakukan oleh pemuda Palestin yang bernama Ziyad Ridha Mari’i, berasal dari daerah Bala di pinggiran Tulkarem, Tepi Barat.

Sumber media Zionis menyebutkan bahawa tentera Zionis menembak sang pelaku tikam menikam itu. Tetapi sudah melarikan diri dan tidak tahu tentang nasibnya samada mengalami luka parah atau mati syahid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Kekejaman rejim zionis semasa pertempuran di Jenin.

Rabu, 04-11-2015 – Beberapa rakyat Palestin cedera pada petang Isnin, 2 November semasa pertempuran yang berlaku dengan rejim zionis di pintu masuk bandar Silat al-Harithiya dan Zububa di Jenin, wilayah Tebing Barat. Sumber tempatan berkata, pertempuran itu tercetus antara pemuda Palestin dan rejim zionis di pintu masuk Silat al-Harithiya dan perkampungan Zububa di barat Jenin yang membawa kepada beberapa rakyat Palestin mengalami kecederaan berikutan lemas kerana terhidu gas pemedih mata.

Rejim zionis juga menyerbu beberapa buah bandar berdekatan Jenin termasuk bandar Qabatiya di selatan dan meronda di sekitar kampung dan bandar-bandar Jenin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh