Selasa, 02-02-2016 – 45 tahanan Palestin yang juga anggota Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP), mengumumkan telah mengambil keputusan untuk mengadakan mogok lapar 2 hari sebagai tanda sokongan kepada tahanan Muhammad al-Qeiq yang sedang mogok lapar dan juga bagi membantah hukuman pengasingan berterusan yang dikenakan ke atas seorang lagi tahanan, Bilal Kayed.
Menurut kata, Pusat bagi Tahanan Dan Bekas Tahanan Handhala, tahanan anggota PFLP yang ditahan di Lokap Megiddo dan Gilboa, yang terletak di utara Baitulmuqaddis akan tetap mengadakan mogok lapar mereka pada hari Rabu dan Khamis, ini.
Tambah Pusat itu lagi, dengan keputusan itu akan menjadikan mogok lapar oleh tahanan anggota PFLP bagi membantah perbuatan pihak penjara Israel yang sering mencabul hak-hak tahanan warga Palestin menjadi bertambah lama.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali