Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Israel (IOF) menyerbu ke dalam Universiti Quds dan menyerang pelajar Palestin

Isnin, 02-10-2015 – Sejumlah pelajar Palestin mengalami luka pada hari Rabu lalu semasa pertempuran yang meletus selepas tentera Rejim Israel (IOF) menyerbu Universiti Quds, di timur Baitulmuqaddis.

Saksi berkata, tentera IOF bertindak agresif meleraikan perarakan pelajar yang bermula dari universiti kerana membantah keganasan Israel yang semakin memuncak. Tentera Israel menyerang pelajar dengan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin diculik oleh tentera Israel di didakwa menikam sebagai anti—pendatang Yahudi

Isnin, 02-10-2015 – Seorang warga Palestin telah diculik oleh tentera zionis Israel petang Rabu mengenai dakwaan bahawa dia telah menikam penceroboh Israel di Gush Etzion , di wilayah Bethlehem selatan.

Outlet berita Israel mendakwa seorang penduduk Israel cedera dalam serangan didakwa sebagai menikam. Jurucakap polis penceroboh Yahudi, Micky Rosenfeld telah menuntut dalam kenyataan akhbar bahawa rakyat Palestin itu ditangkap selepas dia menikam dan mencederkan penceroboh Israel berhampiran sebuah kedai di penempatan Israel di Gush Etzion, di selatan Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israil tembak mati pemuda Palestin.

Isnin, 02-10-2015 – Tentera rejim Israil tembak mati seorang pemuda warga Palestin yang didakwa cuba menikam mereka dalam satu kejadian yang berlaku pada Rabu kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku di Tel Ermaida, memetik laporan siaran Channel 10, TV Israil. Menurut kata saksi kejadian, pihak tentera rejim Israil melepaskan lebih dari 11 das tembakan ke arah pemuda tersebut, membiar saja mangsa mati di situ dan menghalang sesiapa saja dari mendekati atau memberi bantuan lalu meletakkan sebelah pisau di sisi mayat tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menembak mati Penduduk Palestin yang ketiga dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Jumaat, 30-10-2015 – Seorang pemuda Palestin mati ditembak oleh tentera zionis lewat petang Selasa kelmarin selepas dituduh cuba untuk menikam salah seorang tentera mereka di Tel Armida di Hebron, wilayah selatan Tepi Barat. Kejadian seumpama ini merupakan kali ketiga yang dilakukan oleh rejim zionis dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Media Hebrew ; Yedioth Ahronoth melaporkan di laman webnya bahawa tentera zionis telah berjaya menggagalkan serangan yang cuba dilakukan oleh seorang pemuda Palestin yang cuba untuk menikam salah seorang anggota mereka di persimpangan jalan di pintu masuk ke Tel Armida di Hebron. Sumber itu mengatakan bahawa cubaan tikaman pemuda Palestin itu telah mengakibatkan seorang anggota tentera rejim melepaskan tembakan ke arahnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

4 rakyat Palestin dicederakan oleh IOF dalam pertelingkahan di Bethlehem

Jumaat, 30-10-2015 – Empat remaja Palestin pada Rabu petang teah ditembak dan dicederakan oleh tentera rejim Israel (IOF) dan puluhan lagi sesak nafas akibat gas pemedih mata dalam siri pertelingkahan ganas di bandar Bethlehem.

Seorang wartawan PIC menyampaikan laporan pihak perubatan yang seorang remaja Palestin cedera akibat tembakan peluru getah di kepala ketika pertelingkahan dengan IOF di pintu masuk arah barat ke bandar Beit Fajjar town, di selatan kota Bethlehem.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital Beit Jala dalam keadaan kritikal setelah menderita pendarahan teruk di otak. 3 lagi remaja Palestin mengalami cedera tahap sederhana setelah ditembak oleh peluru getah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Kembali Membangkitkan Semangat Amarah Umat Islam

Jumaat, 30-10-2015 – Gerakan peperangan Islam Hamas di Tepi Barat menyeru semua anak bangsa untuk keluar pada esok hari, Jumaat(30/10) untuk memaknakan kemarahannya bahkan mungkin berdepan dengan tentera Zionis.

Dalam kenyataan media pada hari Rabu lalu, Hamas menegaskan, darah para pemuda dan pemudi Palestin yang mengalir setiap hari di bumi penuh berkah ini menuntut semua kesepaduan amarah atas kejahatan yang dilakukan oleh Zionis.

Seluruh tindakan, esok akan dimulakan dari pelbagai wilayah di Tepi Barat setelah solat Jumaat selesai. Mereka menyeru semua pihak menggerakkan rakyat dalam gerakan besar-besaran di Tepi Barat.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf

Categories
Berita Semasa

Gelombang Revolusi Semakin Memuncak di Palestin

Jumaat, 30-10-2015 – Sejak penjajah Israel bersarang di Palestin, peperangan tidak pernah berhenti. Ini kerana dengan segala tempat suci dan keberkahan serta strategi kedudukan di hati ratusan juta muslim dunia yang menjadi inspirasu bagi perjuangan dan pengorbanan.

Peperangan di Palestin membentuk sebuah gelombang yang menjadi perhatian dunia. Meski ada tewas menang, gelombang itu tidak akan pernah berhenti atau mati. Mendengar saja nama revolusi Al-Quds tahun 1920, revolusi Al-Barraq 1929, Intifadhah 1933, deklarasi jihad Al-Qassam 1935, Revolusi Raya 1936-1939, Perang 1948 , Revolusi Tahun 1965, Revolusi Palestin Moden, Intifadhah 1987-1993, Intifadhah Al-Aqsa 2000-2005, perang perlawanan di Sempadan Gaza melawan Israel 2008-2009, 2012, 2014 semuanya adalah kebangkitan jihad bangsa Palestin dan pengorbanan mereka.

Tubuh Palestin yang sentiasa terluka tidak akan pernah berhenti berjuang dan berkorban tanpa kenal penat lelah.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Diserang

Khamis, 29-10-2015 – Pihak Penjara Israel (IPS) menutup tiga bahagian di dalam penjara Nafha kerana didakwa ada lubang dalam tingkap, kumpulan hak asasi Palestin berkata. IPS mendakwa ia menggagalkan satu percubaan melarikan diri oleh banduan, Tahanan Masyarakat Palestin (PPS) berkata.

Satu keadaan ketegangan telah berlaku di dalam penjara berikutan keputusan Israel untuk menutup tiga bahagian penjara tersebut.IPS juga mengisytiharkan untuk menggerakkan semua tahanan di tiga bahagian itu ke penjara yang lain. Kumpulan Jihad Gerakan mengesahkan bahawa pasukan IPS kejam menyerbu pagi Isnin bahagian mereka dan menjalankan kempen carian ganas dan provokatif atas alasan penyusupan masuk telefon bimbit.

Serbuan tersebut memburukkan lagi keadaan yang semakin merosot di penjara, banduan berkata, menunjukkan bahawa banduan Mohamed Issa telah berpindah ke kurungan bersendirian.Tawanan mengancam untuk mengisytiharkan langkah seterusnya jika IPS tidak berundur langkah-langkah terlampau menekan itu.Penyusupan telefon mudah alih alasan Israel biasanya digunakan untuk mengenakan sekatan ketat dan langkah-langkah ketat pada tahanan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis Melepaskan Tembakan Maut Kepada Pemuda Palestin

Khamis, 29-10-2015 – Seorang lagi remaja Palestin menghembuskan nafas terakhirnya petang Isnin selepas ditembak oleh tentera Israel berhampiran dengan Masjid Ibrahimi di Al-Khalil, di selatan Tebing Barat.

Menurut seorang wartawan PIC, Tentera Rejim Zionis melepaskan tembakan lebih daripada tujuh kali kepada Saad al-Atrash yang berusia 18 tahun, kemudian meninggalkan dia dalam keadaan kritikal kira-kira 100 meter dari masjid yang terkenal.

Al-Atrash itu kemudian ditinggalkan di atas tanah, dalam keadaan mengalami pendarahan, manakala ambulans Bulan Sabit Merah telah dihalang daripada sampai ke kawasan itu untuk membantu mangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan semalaman dengan polis Israel berlaku di timur laut Baitulmuqaddis

Khamis, 29-10-2015 – Seorang pemuda Palestin pada Isnin mengalami kecederaan akibat tembakan peluru ketika pertelingkahan ganas dengan polis rejim yang menceroboh di Bandar al-Ram, timur laut Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan menyatakan, seorang pemuda cedera teruk di kaki akibat tembakan Israel ketika pertelingkahan berlaku di kemasukan utara bandar al-Ram.

Mereka menambah yang polis rejim melepaskan bom tangan gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup ke arah sekumpulan pemuda yang membalas dengan membaling batu dan botol kosong serta membakar tayar. Mereka mengesahkan pertelingkahan berterusan semalaman dan berakhir tanpa polis berupaya masuk ke bandar itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Intifadhah al Quds: 61 Syahid dan 2120 Cedera dalam Tempoh 26 Hari

Khamis, 29-10-2015 – Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan jumlah syuhada yang gugur sejak intifadhah al Quds meletus dari awal Oktober mencapai 61 orang. Terbaru pasukan penjajah Zionis menembak mati tiga pemuda Palestin di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat, pada hari Isnin (26/10).

Dalam pernyataan yang dikeluarkan pada Isnin (26/10) malam, pasukan penjajah Zionis pada pagi Isnin menembak mati Raed Jaradat (22) di persimpangan Beit Ainun di timur laut Hebron. Sementara itu Muhammad Yusuf (20) ditembak mati di kampung Sahlah dekat masjid Ibrahimi di kota Hebron dan pada malam harinya pasukan Zionis menembak mati Iyad Ruhi Jaradat (19) dalam pertembungan berdekatan lokasi Raed Jaradat ditembak.

Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan bahawa 23.3% syuhada yang gugur adalah kanak-kanak. Sementara itu jumlah syuhada di Tebing Barat termasuk di al Quds mencapai 43 syuhada dan di Semenanjung Gaza 17 syuhada, termasuk seorang ibu hamil dan bayinya yang berusia kurang dari 2 tahun. Sementara itu seorang pemuda syahid daerah Haurah di dalam wilayah Palestin Terjajah 1948.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya kutuk serangan ke atas Mustafa Barghouthi.

Khamis, 29-10-2015 – Timbalan ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya mengutuk perbuatan menyerang setiausaha umum, parti Inisiatif Kebangsaan Palestin, Mustafa al-Barghouthi, beberapa hari lalu. Demikian kenyataan Haneyya merujuk kepada perbualan telefonnya dengan Mustafa.

Tegas Haneyya lagi, kejadian itu hanyalah percubaan terdesak pihak tertentu bagi menghentikan intifada (kebangkitan) menentang penjajahan Israel yang berlaku sekarang dan ia tidak akan mampu menghalang mereka dari terus berjuang membela rakyat Palestin.

Menjawab panggilan telefon Haneyya, Barghaouthi sempat mengucapkan terima kasih atas panggilan beliau itu dan memberi jaminan bahawa kejadian itu akan meningkatkan lagi tahap kesabarannya serta akan membuatkan beliau lebih yakin lagi dengan perjuangan yang dipilihnya itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Dua Remaja Cedera Akibat Ditembak

Selasa, 27-10-2015 – Dua orang anak muda Palestin cedera ditembak tentera pejajah Israel (IOF) di tengah Semenanjung Gaza pada petang Khamis.

Wartawan PIC berkata bahawa kedua-dua belia telah ditembak dengan peluru hidup di kaki mereka semasa konfrontasi di kem pelarian timur Breij di tengah Gaza. Beliau melaporkan bahawa askar IOF ditempatkan di sempadan timur Gaza melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan.

Lelaki muda di Gaza telah menganjurkan demonstrasi berhampiran sempadan Gaza bagi menyokong intifada di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat yang tercetus bermula 1 Oktober kerana membantah pencabulan Israel terutamanya terhadap kesucian Masjid Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

70 rakyat Palestin hilang akibat penculikan sebelum subuh oleh rejim Zionis

Selasa, 27-10-2015 – Sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin telah dikumpulkan di dalam operasi penculikan besar – besaran yang dilancarkan oleh Pasukan Penjajahan Israel (IOF) di seluruh Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada masa sebelum subuh Khamis.

Seorang wartawan berita PIC berkata, tentera rejim Zionis menculik aktivis anti-penjajajahan dan pemimpin Hamas, Abdul Jabar Jarrar, 52, selepas mereka menyerbu ke bandar Jenin, dengan lebih 40 jip tentera dan helikopter, dan memusnahkan rumah keluarganya. Satu lagi bekas banduan diculik oleh IOF dari bandar Jenin .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Letopan Bom Buatan Berdekatan dengan Peronda Israel dan Pendudukan Yahudi di Hebron dan Jerusalem.

Selasa, 27-10-2015 – Tentera pendudukan Israel mendakwa bom buatan telah diletupkan dekat dengan salah satu pos peronda di bandar Hebron pada tengah malam Jumaat dan satu lagi bom ditemui berhampiran penempatan di Baitulmaqdis.

Menurut laman web berita Ibrani, bom buatan itu meletup berhampiran laluan peronda tentera Israel di jalan antara Idna dan Tarqumiyah di Hebron, selatan Tebing Barat tetapi tiada siapa yang cedera dalam serangan itu dan tentera zionis memulakan kerja-kerja pemeriksaan sebaik sahaja tiba di tempat itu.

Laman web yang sama juga mendakwa bahawa tentera Israel telah menjumpai bom buatan sendiri dengan bendera Hamas yang melekat padanya di kawasan berhampiran penempatan Kokhav Ya’akov, utara Jerusalem dan berlaku proses pencarian di kawasan bom itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh