Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menembak ke arah petani Gaza

Selasa, 29-12-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah para petani Palestin di Semenanjung Gaza Tengah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika serangan itu.

Saksi melaporkan, IOF yang bertempat di kawasan sempadan dekat kem pelarian al-Maghazi di bandar Deir al-Balah menembak ke arah sekumpulan petani Palestin dan kediaman-kediaman di kawasan itu.

Serangan itu berlaku pada masa yang sama kenderaan tentera rejim meronda di sempadan dan dron berlegar-legar di kawasan itu. Serangan bersenjata itu menyebabkan para petani terpaksa meninggalkan kawasan pertanian mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati