Categories
Berita Semasa

Israel Menghalang Enam Pengawal memasuki Masjid Al-Aqsa

Jumaat, 04-09-2015 – Tentera Israel menghalang enam pengawal Masjid Aqsa dari memasuki tempat suci kaum Islam itu selama dua bulan selepas mereka dipanggil untuk siasatan. Seorang wanita warga BailtulMaqdis juga dilarang memasuki masjid Aqsa selama 30 hari.

Sumber Jabatan Wakaf Islam di BailtulMaqdis mendedahkan bahawa polis Israel di BailtulMaqdis telah memanggil enam pengawal Masjid Aqsa tersebut yang berkhidmat dengan jabatan itu untuk disoalsiasat di Qasheleh.

Enam pengawal tersebut diberitahu bahawa mereka akan dikenakan banyak saman, dan ancaman itu disifatkan sebagai tidak wajar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel Tutup Masjidil Aqsa Selama Seminggu

Jumaat, 04-09-2015 – Polis Israel pada hari Selasa lalu(1/9) menganiaya warga Palestin yang bersiap untuk mara ke gerbang Silsilah di Masjidil Aqsa, selepas larangan masuk bagi umat muslimin ke Masjidil Aqsa minggu kedua berturut-turut. Dua orang pemuda ditangkap setelah dianayai dan dipukul dan salah seorang telah luka parah.

Polis Israel melarang para wanita Muslimat memasuki Masjidil Aqsa selama seminggu ini, dan melarang sejumlah besar pihak lelaki menunaikan solat di dalamnya, walaupun usia mereka telah mencecah 25 tahun ke atas.

Warga Palestin berdemo di depan gerbang Silsilah Masjidil Aqsa, mereka membawa sepanduk yang menegaskan hak mereka masuk ke Masjidil Aqsa, dan menolak pembahagian secara masa dan lokasi. Mereka meluahkan emosi marah atas sikap diam dunia terhadap Masjidil Aqsa, kemudian secara berkumpulan sedaya upaya masuk untuk menunaikan solat berjemaah di depan pasukan khas Israel, yang memenuhi kawasan gerbang Silsilah. Manakala, pasukan Israel terus menyerang para wanita dan lelaki dengan mendorong mereka keluar.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan tercetus setelah pendatang Israel merampas kediaman warga Palestin di Silwan

Jumaat, 04-09-2015 – Kesatuan Ateret Cohanim pada subuh Selasa merampas kediaman seorang warga Palestin di bandar Silwan, ke arah selatan Masjid al-Aqsa.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh dalam kenyataannya berkata, sekumpulan vandal Israel memecahkan pintu masuk rumah milik Jihad Sarhan yang telah dikosongkan. Terdahulu, pda Khamis, sebuah bangunan 13 tingkat yang berdekatan telah dirampas oleh pendatang Israel di kawasan itu. Pertelingkahan ganas tercetus di kejiranan Batn al-Hawa setelah para pendatang merampas rumah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Larang Laungan Azan di Masjid Ibrahimi Sebanyak 51 Kali Sepanjang Ogos

Jumaat, 04-09-2015 – Penjajah Israel melarang laungan azan di Masjid Ibrahimi kota Hebron, Tebing Barat Selatan, sebanyak 51 kali sepanjang Ogos lalu, dengan alasan mengganggu warga yahudi.

Menteri Wakaf dan Urusan Agama, Yusuf Ad’ies menegaskan, Masjid Ibrahimi jelas milik kaum muslimin, semua dakwaan ia milik Yahudi adalah dusta dan tak benar sama sekali.Larangan ini bukan kali pertama, namun merupakan rangkaian kejahatan Israel yang terus berlanjut terhadap masjid.

Menurut Yusuf, penjajah Israel berusaha mengambil pengurusan masjid dengan paksa dan ingin mengubahnya menjadi sinagog Yahudi. Yusuf menyeru kaum muslimin untuk mengintensifkan kehadiran ke sana dan bersiaga menghalangi Israel yang hendak merampas masjid tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka Israeli merampas bangunan Palestin di Silwan

Rabu, 02-09-2015 – Persatuan Israel Ateret Cohanim mengambil kawalan ke atas bangunan baru Palestin di kawasan Batn al-Hawa di kejiranan Silwan di Baitulmuqaddis dengan mendakwa bahawa ia telah dibeli daripada pemiliknya Jamal Sarhan.

Kumpulan pemantau Jerusalemite, Pusat Maklumat Wadi Hilweh menjelaskan bahawa lebih daripada 60 peneroka menyerbu kejiranan tersebut pada jam 2:30 pagi dan mengambil kawalan ke atas bangunan yang dimiliki oleh Jamal Sarhan di bawah perlindungan polis Israel. Perampas kemudian dipasang bar pada tingkap sebelum mereka menaikkan bendera Israel di atas bumbung.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Hamas galak operasi tembusi kawalan keselamatan Israel.

Rabu, 02-09-2015 – Pertubuhan Gerakan Hamas, mengeluarkan kenyataan pada petang Rabu kelmarin, seorang penduduk warga Palestin dengan menggelarnya sebagai ‘wira yang berjaya melepasi’ kawalan keselamatan dan mencederakan seorang anggota tentera rejim Israel di Kota Baitulmuqaddis yang dijajah Israel itu.

Jurucakap Hamas, Sani Abu Zuhri semasa memberi ulasan ringkas berkaitan kejadian tersebut berkata, ” Operasi melepasi kawalan keselamatan itu adalah sebagai satu tindak balas ke atas rancangan penganut Yahudi yang ingin menjadikan Masjid Al Aqsa milik mutlak mereka dan juga perbuatan jenayah yang semakin berleluasa dilakukan oleh mereka di kota suci yang dijajah Israel itu. ”

Anggota tentera rejim Israel tersebut, cedera ditikam oleh seorang warga Palestin dekat pintu Damascus, Kota Baitulmuqaddis pada pagi Rabu kelmarin. Suspek telah ditahan, bagaimana pun identitinya masih belum dikenalpasti lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Remaja bawah umur Palestin mendedahkan tentang penderaan Israel ke atas kanak-kanak


Rabu, 02-09-2015 –
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jenin menyampaikan maklumat tentang penyoalsiasat menderanya dalam penjara Israel.

Tahanan Ali Atyani memberitahu peguamnya ketika sesi lawatan yang beliau digari tangan dan kaki apabila seorang penyoalsiasat Israel meletakkan kaki ke atas bahunya dan mula memaki-maki serta mengugut akan memusnahkan rumahnya dan menahan saudara lelakinya.

Atyani menyatakan beliau menderita pelbagai masalah kesihatan antaranya pada dada, kesukaran bernafas, sakit kepala berpanjangan dan sinus. Namun begitu, tiada rawatan diberikan kepadanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Al Qossam: Israel Akui Golden Hilang 2 Jam Selepas Operasi

Rabu, 02-09-2015 – Briged Izzuddin Al-Qossam, sayap gerakan pertempuran Hamas menegaskan, sambungan dengan platun yang turut serta dalam operasi Rafah hingga kini belum tercapai.

Dalam filem “Komunikasi Hilang” yang ditayangkan siaran TV Al Jazeera, Khamis(28/8). Kemudian tersebar sedikit informasi tentang pejuang yang hilang tersebut adalah Hadar Goldan, bagi tentera yang bertugas di Rafah agar segera memaklumkan perkara yang terjadi.
Sementara itu, Al-Qossam membantah tentera Israel memasuki tinggalan terowong yang terbengkalai di Rafah setelah perang berakhir.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan: Beberapa perkhidmatan kesihatan Gaza digantung

Rabu, 02-09-2015 – Kementerian Kesihatan Gaza membangkitkan amaran mengenai satu krisis kesihatan pasti akan berlaku, memberi amaran bahawa hospital-hospital boleh berhenti beroperasi dalam satu jam jika kerajaan perpaduan tidak bertindak balas secepat mungkin.

Hospital Eropah Gaza menggantung perkhidmatan pembedahan jantung dan pada masa yang sama perkhidmatan penjagaan kesihatan di Kompleks al-Shifa telah menjadi terhad kepada kes-kes kecemasan sahaja.

Kenyataan oleh Kementerian Kesihatan memberi amaran krisis telah melemahkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza kerana kerajaan perpaduan ini telah melengahkan misi yang diperuntukkan walaupun rayuan berterusan untuk campur tangan segera sudah dilakukan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

4 Tawanan Palestin Masih Meringkuk di Penjara Israel

Jumaat, 28-08-2015 – Pusat Kajian Tawanan Palestin mengatakan bahawa jumlah anggota dewan perundangan Palestin yang meringkuk di penjara Zionis sejak 10 tahun lalu telah berkurang. Jumlah mereka kini hanya 4 orang setelah dibebaskan tahanan yang bernama Muhammad Badr dari Hebron setelah dia dihumban selama 22 bulan sebagai tahanan pentadbiran(tanpa tuduhan dan bicara hukuman) di penjara penjajah Zionis.

Jurucakap Pusat Kajian Tawanan Palestin, Riyad Asyqar mengatakan bahawa jumlah anggota dewan yang ditawan penjajah Zionis sejak tahun 2006 naik turun polanya.

Dia menyatakan ada saatnya jumlah tahanan yang meringkuk di dalam penjara Zionis mencapai sehingga 56 orang. Kemudian ia mengalami penurunan secara drastik pada separuh pertama tahun lalu. Selepas itu, kembali naik jumlahnya secara mendadak setelah penangkapan brutal yang dilakukan penjajah Zionis selepas operasi Hebron pada pertengahan tahun lalu terhadap ribuan rakyat Palestin. Antaranya 28 tahanan yang kesemuanya dengan status tahanan pentadbiran dimana tempoh tahanan dipanjang sehingga 2 atau 3 kali ganda.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel menahan 3 pemuda Baitulmuqaddis

Khamis, 27-08-2015 – Tentera rejim Israel pada Selasa menahan 3 pemuda Baitulmuqaddis. Sumber tempatan menyatakan bahawa tentera rejim menyerbu dan mengepung rumah pemuda Palestin bernama Muayad Edris dari kota lama Baitulmuqaddis.

Tentera rejim turut menahan bekas tahanan Naser Abdullah Ibrahim, 20, dari kediamannya di kota lama. Ibrahim telah dibebaskan dari penjara gurun Negev setelah menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana menyertai aktiviti menentang pencerobohan di Baitulmuqaddis.

Dalam kejadian berkaitan, seorang pemuda Palestin bernama Obaidah al-Tawil menyerah diri kepada polis rejim di Kompleks Russia setelah ditahan di rumah selama 40 hari. Beliau dituduh melakukan provokasi di Facebook.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Pengawal Keselamatan Palestin culik 2 pelajar universiti di Nablus

Khamis, 27-08-2015 – Pasukan pengawal keselamatan, Kerajaan Berkuasa Palestin (PA), bertindak menculik 2 lagi pelajar Universiti Annajah pada Isnin kelmarin, menjadikan jumlah kesemua mereka yang ditahan dari universiti tersebut menjadi 17 orang.

Menurut ahli keluarga pelajar terbabit, salah seorang pelajar yang ditahan adalah Hamza, anak lelaki Fathi al-Qarawi, seorang Ahli Parlimen kerajaan Palestin.

” Semasa kejadian, Hamza, 29 tahun sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya di Tulkarem daripada universiti tempat beliau belajar di Nablus pada waktu petang. Di pertengahan jalan, keretanya telah dipintas dan beliau dikepung oleh 4 individu dari pasukan pengawal keselamatan PA,” terang sumber itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mohd ali

Categories
Berita Semasa

Perkhidmatan kesihatan di Gaza diancam kemusnahan

Khamis, 27-08-2015 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan bahawa beberapa hospital dan pusat-pusat kesihatan di Gaza telah berhenti beroperasi akibat kehabisan bahan api.

Kementerian itu mendedahkan bahawa sistem perkhidmatan kesihatan di Semenanjung Gaza adalah di ambang keruntuhan dan mengisytiharkan bahawa banyak hospital telah berhenti beroperasi di beberapa bahagian kerana krisis tenaga api di wilayah itu.

Kementerian itu berkata, “Hospital Shifa, hospital Kamal Adwan, Hospital Gaza Eropah dan Hospital Rantisi bakal berhenti menawarkan perkhidmatan dalam masa beberapa jam kerana mereka kehabisan bahan api.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas Kecam Pembentukan Semula Organisasi Ekskutif PLO

Khamis, 27-08-2015 – Gerakan Islam Hamas mengecam pertemuan darurat Dewan Negara dan pembentukan semula Organisasi Eksekutif PLO setelah Abbas beserta 9 anggota ekskutif mengumumkan undur diri agar boleh menggelar sidang darurat dewan negara. Hamas menilai tindakan ini adalah rentetan daripada kepandaian kelompok Abbas serta penidakan terhadap kesepakatan dan tidak adanya niat sungguh-sungguh untuk merealisasikan Pemulihan Palestin.

Jurucakap Gerakan Hamas, sami Abu Zuhri mengatakan pada Ahad malam(23/8), bahawa pertemuan Dewan Negara ini merupakan langkah proaktif dari kelompok Abbas untuk mencegah setiap langkah yang bersungguh untuk membangun kembali PLO, sekaligus sebagai kemunduran dan perebutan kuasa, serta ajakan untuk mempertahankan perpincangan yang selaras dengan kepintaran Netanyahu.

Abu Zuhri menegaskan bahawa gerakannya sedang mempelajari atur rentak gerakan dalam menghadapi kepintaran monopoli kelompok Abbas dan pengingkaran terhadap perjanjian kebangsaan ini.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel guna helah baru rampas tanah di Baitulmuqaddis.

Selasa, 25-08-2015 – Sumber pihak Yahudi mendedahkan bahawa pihak majlis kerajaan tempatan di Baitulmuqaddis yang dijajah Israel, akan membina sebuah taman perumahan sementara untuk tempoh 5 tahun di atas puncak Bukit Peninjau yang terletak di atas tanah milik penduduk Palestin.

Akhbar mingguan berbahasa Yahudi itu menyatakan bahawa, taman seluas 1300 dunum (ekar) itu, dirancang akan dibina di atas beberapa keping tanah milik penduduk warga Palestin yang terletak di antara bandar al-Tour dengan al-Isaweiyeh di Baitulmuqaddis yang dijajah Israel.

Menurut laporan akhbar itu lagi, ” Penduduk warga Palestin di kedua-dua bandar tersebut telah menfailkan rayuan di sebuah mahkamah bagi hal ehwal tempatan, menuntut pembatalan arahan pihak majlis itu yang disifatkan sebagai satu helah baru pihak rejim Israel bagi merampas tanah-tanah milik penduduk warga Palestin di Baitulmuqaddis.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali