Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Palestin serah 2 tahan politik pada Israel.

Jumaat, 06-11-2015 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menyerahkan dua tahanan politik dari penjaranya kepada pihak rejim Israel. Proses penyerahan itu, diadakan di pintu masuk sempadan Za’tara pada subuh hari Selasa, kelmarin. Tahanan itu dikenali sebagai Kamal Hamdan, asal Jenin dan Yahya Abu Muamar dari Tulkarem.

Isteri Hamdan, salah seorang tahanan mengesahkan penyerahan itu, di mana dia telah menerima panggilan dari suaminya pada pukul 10 pagi, hari Isnin dari penjara Jericho. Suaminya memberitahu yang dirinya akan dibebaskan beberapa jam lagi. ” Jadi, kami pun rasa sangat gembira dengan berita itu, ”

” Tapi pada tengah malamnya, saya terima panggilan kedua dari pihak penjara yang mengatakan suami saya telah dibawa ke pintu sempadan Za’tara untuk diserah kepada pihak Israel,” tambah isteri Hamdan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali