Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel menahan lelaki Palestin yang sakit di laluan sempadan Erez

Isnin, 13-04-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan pada Selasa seorang lelaki Palestin yang sakit di laluan sempadan Erez ke Gaza ketika beliau bermusafir di Baitulmuqaddis.

Sumber hak asasi manusia memberitahu wartawan PIC yang tentera IOF mengepung seorang lelaki bernama Yahya al-Tarabin yang sedang menderita sakit belakang yang serius.

Tarabin telah ditahan dan dipindahkan ke penjara Ashkelon meski memiliki surat pemindahan perubatan ke Hospital al-Makassed Hospital di Baitulmuqaddis, sumber tersebut menambah. Tentera rejim selalunya menggunakan laluan Erez sebagai perangkap untuk menahan dan mengugut rakyat Palestin termasuk para pesakit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mishaal melakukan perluasan hubungan untuk meredakan ketegangan di kem Yarmouk

Isnin, 13-04-2015 – Satu siri panggilan telefon itu dibuat oleh ketua tertinggi Hamas, Khaled Meshaal, untuk menghentikan keganasan terhadap pelarian Palestin terlindung di kem Yarmouk yang dilanda perang Syria. Osama Hamdan, Ketua Hubungan Luar Hamas, katanya dalam satu kenyataan akhbar Sabtu edisi petang yang disiarkan, bahawa Palestin tidak bertanggungjawab terhadap apa yang sedang berlaku di kem Yarmouk dan ia hanya tidak adil untuk membuatkan mereka bertanggungjawab Beliau dipanggil untuk menghentikan pertempuran di kem itu dan mengangkat sekatan yang dikenakan ke atas pelarian Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Haneyya dan PM Turki membincangkan perkembangan Palestin

Isnin, 13-04-2015 – Timbalan Ketua Hamas Ismail Haneeya mengadakan perbualan telefon pada hari Isnin dengan Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu untuk membincangkan perkembangan terkini berkaitan dengan Palestin. Perbincangan berkisar kepada pendamaian antara Palestin, pembinaan semula Semenanjung Gaza, dan krisis penjawat awam Hamas yang dilantik seperti yang dinyatakan oleh pejabat Haniya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan bantuan Turki ke Gaza, lintasan sempadan Semenanjung Gaza, dan cadangan
penubuhan koridor air untuk wilayah yang dikepung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Kempen Al – Wafa panggilan untuk gencatan senjata kemanusiaan di kem Yarmouk

Rabu, 08-04-2015 – Kempen Eropah al – Wafa menggesa pihak-pihak bersenjata di kem Yarmouk yang menempatkan pelarian Palestin di Syria bertindak serta-merta untuk menyelamatkan nyawa orang awam dengan menghentikan pertempuran yang berlaku di dalam kem yang berada dalam kepungan selama 637 hari berturut-turut.

Dalam satu kenyataan akhbar pada petang Sabtu, kempen ini menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di kem Yarmouk. Ini merupakan amaran kemungkinan berlaku bencana kemanusiaan.

Gencatan senjata itu bertujuan memindahkan penduduk awam ke lokasi yang lebih selamat. Penduduk yang cedera dikeluarkan dari pengeboman teruk yang mensasarkan kem tersebut. Mereka turut diberi rawatan yang bersesuaian, menurut kenyataan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas: Pertemuan Kami dengan Israel Hanya Menerusi Senjata

Rabu, 08-04-2015 – Anggota Biro Politik Gerakan Pejuang Islam Hamas, Ziyad Dzadza mengatakan bahawa semua yang berkaitan dengan gencatan senjata dengan penjajah Zionis hanyalah pembicaraan. ?Kami tidak akan bertemu dengan penjajah Zionis kecuali melalui senjata,? tegasnya.

Ziyad menyatakan bahawa apa yang disampaikan Presiden Otoriti Palestin Mahmud Abbas tentang keinginan Hamas mendirikan negara di Sinai atau memiliki sempadan sementara adalah pernyataan bohong. Beliau menilai pernyataan itu adalah satu bentuk ?kejatuhan psikologis?.

Dalam isu lain, Ziyad menegaskan bahawa Hamas telah menyetujui prinsip-prinsip umum dan tujuan utama Piagam Swiss. Namun Hamas menentang sejumlah langkah yang tekandung di dalamnya. Hal tersebut yang difahami bersama dengan delegasi Swiss ketika membincangkan masalah tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Data rasmi: 561 kanak-kanak Palestin dibunuh dalam tempoh setahun.

Rabu, 08-04-2015 – Kementerian Kesihatan Palestin mendedahkan 561 kanak-kanak Palestin telah dibunuh dan ribuan lagi cedera ketika serangan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat serta Baitulmuqaddis hanya dalam masa setahun.

Kementerian mengesahkan dalam kenyataan pada Ahad bersempena Hari Kanak-Kanak Palestin bahawa serangan Israel terbaru di Gaza pada musim panas 2014 telah menyebabkan kematian 550 orang kanak-kanak Palestin di samping kecederaan ribuan yang lain dengan kecacatan kekal dan pemotongan anggota badan.

Kementerian mendedahkan yang ia merakamkan tindakan Israel yang menyebabkan kematian 11 kanak-kanak Palestin di Tebing Barat di samping penahanan 800 orang lain oleh rejim Israel pada tahun 2014. Kementerian Kesihatan Palestin menyeru organisasi hak asasi dan organisasi lainnya terutamanya yang berkaitan dengan kebajikan kanak-kanak agar mengambil tindakan undang-undang ke atas rejim Israel kerana melakukan jenayah ke atas kanak-kanak Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Wanita Jerusalem di tahan selepas dihalang memasuki Al Aqsa.

Rabu, 08-04-2015 – Jerusalem yang dijajah- Polis Israel menangkap seorang wanita Jerusalem yang dihalang dari memasuki Masjid Al Aqsa selama tiga bulan.

Wanita itu Aida Seedawi di serang dan ditahandi hadapan Pintu Pagar al-Silsila tanpa sebab munasabah. Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis di bandar lama. Seedawi sentiasa menunggu di pintu pagar al-Silsila setiap hari bersama wanita-wanita Jerusalem yang lain dari arah di mana penduduk Israel keluar dari masjid. Mereka dihalang dari memasuki masjid tersebut untuk waktu berbeza-beza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mencederakan dan menangkap rakyat Palestin di Tebing Barat

Jumaat, 03-04-2015 – Regim Zionis Israel ( IOF ) telah mencederakan seorang pekerja Palestin dari al – Khalil dan menahan tiga lelaki di sebuah bandar di utara Nablus pada subuh Selasa.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC IOF menyerang seorang lelaki Palestin dari bandar Yatta di selatan bandar al – Khalil . IOF mengejarnya di dalam Jajahan Palestin 1948 ketika beliau cuba untuk sampai ke tempat kerja . Beliau telah lebam dan cedera akibat pukulan yang teruk oleh tentera rejim Zionis .

Serangan ini adalah yang kedua seumpamanya dalam tempoh 24 jam . IOF telah menyerang seorang pekerja dari Yatta dan juga semasa beliau di tempat kerja pada tahun Jajahan Palestin 1948 pada hari Isnin .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Wanita Palestin Dihukum Penjara 70 Bulan dan Denda 30 Ribu Shekel

Jumaat, 03-04-2015 – Pihak mahkamah Zionis menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan denda 30 ribu Shekel atau USD8 ribu terhadap wanita Palestin, Muna Husain Qadan (43), meskipun sudah ada kesefahaman bahawa hukumannya tidak lebih dari 36 bulan.

Keluarga Qadan mengatakan, pihak mahkamah Zionis membicarakan semula Muna Qadan pada hari Selasa,setelah ditunda perbicaraan yang ke-25. Keluarga beliau menegaskan sudah ada kesefahaman antara peguambela dengan peguamcara Zionis, hukumannya tidak lebih dari 36 bulan. Namun semua terkejut ketika pihak pengadilan menjatuhkan hukuman 5 tahun 10 bulan ditambah denda yang sangat tinggi.

Mahkamah Zionis mendakwa Muna Qadan dengan dakwaan sebagai anggota gerakan Jihad Islam Palestin dan organisasi lainnya serta mengelola organisasi wanita Gerakan Jihad Islam.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memecah masuk pejabat dan kediaman ahli parlimen (MP) Abu Juhaishe

Jumaat, 03-04-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menyerbu rumah MP Mohammad Abu Juhaishe, pada petang Selasa di Bandar Ithna al-Khalil.

MP Abu Juhaishe memberitahu wartawan PIC yang pihak IOF berkenderaan beberapa jip menyerbu rumah dan pejabatnya dan mula menyoalsiasat dalam rumahnya selama lebih 1 jam.

Beliau menambah, tentera-tentera itu berada dalam rumahnya lebih kurang 2 jam. Mereka memberhentikn orang yang lalu lalang untuk disoal. Kemudian mereka memberi arahan kepada anak saudaranya untuk disoal oleh perisikan Israel di Etzion.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa Perancangan menyokong pembinaan 142 unit rumah di OJ

Jumaat, 03-04-2015 – Sumber media Hebrew mendedahkan bahawa Jawatankuasa Tempatan Perancangan dan Pembinaan perbandaran Yerusalem diendorskan pada Isnin keputusan untuk membina 142 unit rumah baru di penempatan Har Homa bersebelahan dengan bandar Jerusalem .

Laman web berita Ibrani , Walla , telah menyebut bahawa unit penempatan baru akan ditubuhkan di tiga blok perumahan di kawasan Har Homa di Yerusalem , satu blok akan merangkumi 42 unit dan dua lagi bangunan akan terdiri daripada 100 unit.

Keputusan ini bercanggah dengan apa yang telah dikatakan oleh Kementerian Perumahan Israel dan Pembinaan yang mendakwa Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dikeluarkan , satu minggu yang lalu , dimana suatu perintah kepada Kementerian dan perbandaran Yerusalem untuk membekukan pembinaan penempatan di Har Homa .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menghalang aktiviti keraian Hari Tanahair di Bethlehem

Rabu, 01-04-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menghalang perarakan meraikan Hari Tanahair pada petang Isnin yang berlangsung di bandar ke arah barat Bethlehem.

Wartawan PIC berkata, IOF menghalang perarakan yang dianjurkan oleh para aktivis Palestin untuk menanam pokok zaitun di kawasan Wadi Fukin yang diancam untuk dirampas. Wartawan tersebut menambah, ratusan peserta dari seluruh Bethlehem termasuk kem pelarian berkumpul di pusat bandar dan berarak ke arah tanah yang diancam untuk dirampas. Para peserta perarakan mengibarkan bendera Palestin dan membawa biji benih zaitun serta peralatan bercucuk tanam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionos tunjuk perasaan di Ofer.

Selasa, 31-03-2015 – Tentera IOF menembak gas pemedih mata dan grenade ke arah penunjuk perasaan Palestin di hadapan sekatan jalan tentera berhampiran Ramllah pada hari Ahad.

Saksi-saksi menyebut tunjuk perasaan dianjurkan oleh jawatankuasa yang menentang pendudukan dan tembok di Tebing Barat yang meminta pembebasan pemangku pengerusi mereka, Jamil al-Bargouthi yang ditahan pada hari Sabtu sewaktu menyertai perarakan anti kependudukan di kampung Nabi Salleh. Mereka juga berkata ramai rakyat yang mengalami sesak nafas akibat daripada penggunaan gas pemedih mata yang berlebihan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Nazal: Abbas berlengah dalam hal krisis Palestin

Selasa, 31-03-2015 – Ahli biro politik Hamas, Mohamed Nazal, menyelar pengerusi pihak berkuasa Palestin (PA) Chairman, Mahmoud Abbas, kerana berlengah dalam isu krisis sosio-politik Palestin.

Berucap dalam temuramah ekslusif dengan PIC, Nazal berkata, tiada kejujuran dan komitmen dari pihak Abbas untuk berusaha meleraikan krisis yang melanda warga Palestin.

Mengulas tentang lawatan berbayar oleh Perdana Menteri, Rami al-Hamdallah, ke Gaza sebelum kemuncak liga Arab summit, Nazal berkata tujuan lawatan itu secara asasnya untuk mengabui mata dunia Arab yang Abbas dan kerajaannya terlibat dalam usaha untuk menangani krisis pendapatan Gaza dan mencari penyelesaian dalam membina semula Palestin, penutupan sempadan serta hal ehwal lain yang memerlukan perhatian segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hashtag al-Yassin di dunia maya

Isnin, 30-03-2015 – Pengetahuan Hamas tentang media sosial bertambah baik, seperti #askhamas yang dilancarkan beberapa hari yang lalu untuk berinteraksi dengan orang-orang dari seluruh dunia, Hamas melancarkan #in_memory_of_Palestine_Sheikh pada hari Sabtu 21 Mac bersempena dengan Ulangtahun ke-11 pembunuhan Sheikh Ahmed Yassin yang jatuh pada hari Ahad 22 Mac.

Ibrahim Musallam penyelaras kempen dan pegawai maklumat baru dalam Hamas menegaskan kepada wartawan PIC bahawa kempen yang telah dilancarkan pada hari Sabtu pukul 9 malam bertujuan untuk tweet bagi ingatan terhadap Sheikh Ahmed Yassin, dan menjelaskan bahawa sekurang-kurangnya inilah yang mampu dilakukan oleh Hamas kepada pengasasnya pada ulang tahun pembunuhan beliau.

Musallam menegaskan bahawa sebelum bermulanya kempen terdapat puluhan tweets memuliakan Sheikh dan sifat-sifat dan etika dan menyatakan bahawa beribu-ribu pengguna twitter bermula dari kempen untuk menyiarkan video dan gambar-gambar Sheikh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syam