Categories
Berita Semasa

Palang Merah: Penderitaan Gaza Perlukan Penyelesaian Tetap dan Konkrit

Isnin, 13-07-2015 – Jurucakap media Palang Merah Antarabangasa di Semenanjung Gaza, Seher Zaqout, menyeru masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggung jawab mereka dalam rangka merealisasikan penyelesaian tuntas terhadap situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza. Beliau menegaskan bahawa situasi kemanusiaan setelah setahun perang Zionis terhadap Semenanjung Gaza menjadi semakin sulit.

Zaqout mengatakan dalam wawancara dengan wartawan Pusat Informasi Palestina di Gaza, Rabu (8/7), ?Pesan kami kepada masyarakat antarabangsa bahawa Gaza mengalami masalah tetap dan kronik yang memerlukan penyelesaian konkrit untuk memikul tanggungjawabnya dan mewujudkan penyelesaian bagi penderitaan Gaza. Bantuan kemanusiaan sahaja tidak dapat memberikan penyelesaian tetap?.

Beliau menegaskan,”Situasi kemanusiaan sebelum perang pun sudah sukar dan sudah diperingatkan pada April 2014. Ia diakibatkan oleh sekatan yang dilakukan oleh regim Zionis terhadap barang-barang dan pergerakan penduduk selain disebabkan krisis elektrik, gaji dan meningkatnya kemiskinan dan krisis air.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman