Categories
Berita Semasa

Israel Ancam Bunuh Para Pemimpin Hamas Sebagai Balasan Tembakan Roket Pejuang

Selasa , 22/03/2011 – Militan Zionis berjanji akan menangkap para pemimpin Hamas, sebagai balasan atas operasi yang dilakukan brigade Al-Qossam, dengan melancarkan roketnya ke pengkalan-pengkalan tentera Zionis di sekitar Gaza.

Sumber harian Yedeot Aharonot Zionis, Ahad (20/3) menyiarkan pernyataan beberapa pegawai tinggi militer Zionis, bahawa pihaknya akan membalas serangan Al-Qossam dengan serangan yang dahsyat, sebagai balasan atas penembakan roket-roket Al-Qossam ke wilayah penempatan Israel serta pangkalan militan Zionis. Mereka tidak menolak kemungkinan akan menahan dan membunuh para pemimpin militan Hamas.

Akhbar tersebut melihat serangan kumpulan pejuang sebagai “hujan deras” bagi pengkalan militan Zionis. Padahal hampir semua roket-roket tersebut adalah roket ringan. Sebelumnya akhbar ini menyiarkan Al-Qossam menggunakan roket terbaru buatan Rusia, “vagot”.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Nazzal: Abbas masih belum belajar daripada peristiwa pengusiran pemimpin-pemimpin Arab

Selasa , 22/03/2011 – Ahli biro politik Hamas, Mohamed Nazzal berkata, Presiden Mahmoud Abba dan para pengikutnya belum mengambil apa-apa pengajaran daripada kejatuhan sekutu-sekutu rejim Arab mereka.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu, Nazzal menyatakan bahawa Abbas mengabaikan seruan Perdana Menteri Ismail Haneyya agar melawat Gaza untuk menghidupkan semula dialog kebangsaan.

Ini ternyata apabila salah seorang jurucakapnya mendakwa bahawa usaha Abbas untuk pergi ke Gaza tiada kena mengena dengan jemputan Haneyya yang mana disifatkan Abbas sebagai tidak bernilai, Hamas memberitahu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penduduk Yahudi memusnahkan tanah pertanian Palestin di timur Yatta

Selasa , 22/03/2011 – Puluhan penduduk Yahudi telah memusnahkan 50 dunums tanah pertanian milik keluarga Nawaj’a berhampiran penempatan Susya, timur bandar Yatta pagi Sabtu lalu.

Seorang jurucakap keluarga Nawaj’a berkata penduduk di bawah perlindungan tentera Israel itu telah mensabotaj tanah, mencabut tanaman dan menghalang penternak dari mendapatkan tanah ternakan mereka.

Dalam insiden berasingan, tentera Zionis Israel (IOF) menyerang penduduk kampung di Khirbet Atwana, timur bandar Yatta, termasuk aktivis asing yang ditahan semasa perarakan kerana protes jenayah yang dilakukan oleh tentera Israel dan penduduk Yahudi terhadap warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Zionis terus menyerang penduduk dan harta benda di Tebing Barat.

Isnin , 21/03/2011 – Pendatang Zionis terus mengganas di Hebron mensasarkan penduduk dan harta benda mereka, terbaru di daerah Al-Bouriyah dan Al-Latawneh.

Sumber gerakan pertahanan penduduk yang aktif memberitahu Pusat Informasi Palestin bahawa puluhan pendatang Zionis memecah masuk ke kawasan Al-Latawneh dekat timur Yatta dan menggunakan jentolak merosakkan puluhan pokok di tanah milik penduduk dari keluarga Rabe’i.

Menurut sumber lagi, pendatang Zionis kemudian meneruskan serangan sebidang tanah lain yang tidak diketahui keluasannya milik Salman Jibreel Rabe’i, Salman Salamah Rabe’i dan Rubahei Ahmed Rabe’i.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Sumber sekuriti : Fatah gunakan demonstrasi anti-perpecahan untuk ganggu Gaza.

Isnin , 21/03/2011 – Menurut sumber sebuah badan sekuriti Palestin, salah satu siri demonstrasi rakyat yang ingin menolak perpecahan di Gaza telah dipergunakan oleh Fatah untuk mengkucar-kacirkan dan mengembalikan ketidakstabilan kepada Gaza, dengan penglibatan pihak kiri yag membantu menutup dan melancarkan rancangan Fatah ini.

Sumber memberitahu Quds Press menerangkan bagaimana pelan Fatah ini bermain dengan politik dan keselamatan di Gaza dengan mengelakkan “sebanyak mungkin kerugian”.

Katanya : “pihak keselamatan dan sekuriti di Gaza sedia maklum tentang niat Fatah yang ingin menimbulkan masaalah dan kacau-bilau di Gaza, dan oleh kerana memperjuangkan kebebasan bersuara, pihak keselamatan membiarkan tindakan mereka. Namun, kami tidak yakin bahawa gerakan demonstrasi ini dapat dieksploitasi oleh Fatah untuk menjalankan pelan mereka.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Abu Hilal: Haneyya ikhlas tentang seruannya untuk dialog nasional

Isnin , 21/03/2011 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya ikhlas dalam panggilan kepada presiden Mahmoud Abbas untuk memulakan perbualan perdamaian, kata Khaled Abu Hilal, setiausaha agung gerakan Ahrar Palestin.

Dia berkata dalam siaran media pada hari Khamis bahawa Haneyya tidak menetapkan keperluan menjelang perundingan, bahkan mereka jelas, seperti menamatkan koordinasi keamanan dengan Israel dan Tebing Barat bertujuan untuk menangkap pejuang berhaluan kiri.

Abbas telah bersetuju untuk pergi ke Semenanjung Gaza untuk berbicara tentang kerajaan perpaduan dengan para pemimpin Hamas, namun telah menetapkan syarat sebelum menuju keluar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Hamas Sedia Selesaikan Semua Perselisihan di Meja Dialog

Sabtu , 19/03/2011 – Tokoh Hamas, Dr. Shalah Bardawil menyambut rancangan kunjungan Mahmud Abbas ke Gaza “Untuk menamatkan perpecahan dan menjayakan persatuan nasional”, beliau menegaskan bahawa pemerintahan Haneya akan menjamin keamanan kunjungan tersebut.

Dalam satu pernyataan akhbar, Khamis (17/3) Bardawil menjelaskan bahawa kunjungan Mahmud Abbas ke Semenanjung Gaza mencerminkan langkah yang betul.

Beliau menyatakan, “PM Ismail Haneya telah melancarkan inisiatif pertemuan untuk mengakhiri perpecahan, kemudian datang pengumuman Mahmud Abbas… kami menyambut baik pengumuman ini, dan sedia menyambut kedatangannya di Gaza untuk mengakhiri perpecahan serta sedia menyelesaikan isu yang diperselisihkan di meja dialog. Kami telah meminta pihak pemerintah untuk bersiap sedia menerima kunjungan dalam keadaan yang aman”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Para belia menyeru agar menyertai perarakan besar-besaran menuju Baitulmuqaddis

Sabtu , 19/03/2011 – Para pemuda Palestin telah melancarkan laman Facebook menyeru perarakan sejuta umat dari Bethlehem dan Ramallah menuju Baitulmuqaddis. Perarakan itu seiring dengan Hari Bumi pada akhir Mac.

Mereka menyeru para Muslim dan Kristian Palestin untuk memecahkan sekatan Israel serta bersolat di Masjid Aqsa dan Gereja Kebangkitan serta berarak untuk menuntut pengakhiran pencerobohan Israel.

Para peserta akan berarak menuju kota Baitulmuqaddis dari Ramallah ke utara dan dari Bethlehem ke selatan. Mereka menyeru media, kumpulan hak asasi, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin dan orang ramai untuk menyertai acara bersejarah ini.

Mereka menambah bahawa mereka akan terus bersolat dan membuat tuntutan di Baitulmuqaddis selagi Israel masih berdegil meneruskan sekatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Sikap Diam masyarakat Arab dan Umat Islam Membuatkan Israel Semakin Berani

Sabtu , 19/03/2011 – Ahli lembaga Al Quds yang kini diusir, mengecam kezaliman Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin khusunya di bandar al-Quds. Zionis terus-menerus menangkap, memukul dan menyita harta rakyat Palestin. Zionis turut meluaskan penempatan haram Yahudi bagi menghalau rakyat Palestin. Zionis turut melakukan kerosakan di masjid al-Aqsa dan tempat-tempat suci umat Islam yang lain.

Para ahli lembaga al-Quds memberi ingatan kepada negara-negara Arab yang lain khususnya Liga Arab, agar bersatu dalam mempertahankan kesucian masjid al-Aqsa. Umat Islam perlu bergandingan dalam menentang kezaliman Zionis-Israel. Mereka turut memberi amaran agar tidak memberi laluan kepada Zionis-Israel untuk melakukan sebarang perancangan jahat mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Halang Anak-anak Palestin Kampung Al-Maleh Daher Daripada Pergi ke Sekolah

Sabtu , 19/03/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) memaksa anak-anak Palestin kemarin dan hari ini yang juga pelajar sekolah di kampung Al-Maleh Daher, sebelah barat kota Jenin, untuk menjalani prosedur imbasan ketat sebelum membolehkan mereka untuk melepasi gerbang besi, yang dianggap satu-satunya pintu masuk ke kampung mereka.

Penduduk desa berkata kepada pusat maklumat Palestin (PIC) bahawa tentera Zionis meminta anak-anak untuk menjalani pemeriksaan elektronik pertama jika mereka ingin menyeberangi pintu gerbang, tetapi anak-anak menolak desakan mereka menyebabkan pintu gerbang ditutup.

Mereka menegaskan bahawa puluhan anak-anak mereka dicegah pergi ke sekolah dan tadika selepas tentera menutup pintu gerbang, menambah bahawa keluarga dan penduduk kampung juga diperiksa secara elektronik setiap kali mereka ingin menyeberang gerbang ini.

Mereka juga mengatakan bahawa kampung mereka telah berada di bawah sekatan ketat sejak bertahun dan dikelilingi oleh tembok dan penempatan haram.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Panggilan untuk mendedahkan nasib empat warga Palestin yang ditahan di Mesir

Jumaat , 18/03/2011 – Sekumpulan keluarga Palestin yang ditahan di penjara Mesir telah meminta dewan penguasa tertinggi angkatan bersenjata di Mesir untuk mendedahkan nasib empat warga Palestin yang ditahan tiga tahun lepas oleh pasukan keselamatan negara itu yang kini telah dibubar.

Sementara itu, dua hari yang lalu pihak berkuasa Mesir telah melepaskan empat rakyat Palestin yang ditahan di sana, menjadikan jumlah warga Palestin di penjara-penjara di sana menurun kepada 33, juru bicara koalisi Emad Al-Sayyid berkata kepada Quds Press.

Dua daripada mereka yang dikeluarkan telah tiba di Semenanjung Gaza sementara yang lain akan tetap di Mesir untuk hidup dengan keluarga mereka di sana, Sayyid menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin kehilangan tanah dalam serangan pendatang Tebing Barat

Jumaat , 18/03/2011 – Belasan pohon tumbang dan pertelingkahan tercetus ketika para pendatang menyerang warga Palestin di Tebing Barat.

Sekumpulan pendatang Yahudi mencerobohi kawasan Litwana di timur bandar Yatta dan mencabut pokok-pokok yang dimiliki keluarga Rib’i, demikian laporan aktivis-aktivis anti pendatang. Pendatang-pendatang itu merampas tanah milik Salman Jibril Rib’I, Salman Salama Rib’i dan Ribhi Ahmed Rib’i, sumber tersebut menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamdan: PA akan menemui nasib yang sama seperti tumbangnya rejim-rejim Arab

Jumaat , 18/03/2011 – Ahli Politbiro Hamas Osama Hamdan mengatakan bahawa mereka yang menyokong pendudukan Israel akan menemui nasib yang sama seperti rejim yang runtuh dalam revolusi yang menyapu dunia Arab.

Ia merujuk kepada Pihak Berkuasa Palestin saat ini yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas. Baru-baru ini terdapat dokumen bocor mendedahkan PA telah memiliki koordinasi keselamatan yang ketat dengan Israel.

Perubahan yang terjadi di kawasan-kawasan Arab disebabkan oleh situasi perkumpulan juga daerah yang terlibat Hamdan berkata dalam sebuah wawancara dengan akhbar Qatar Al-Arab.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk penangkapan yang dibuat PA di Tebing Barat selepas Insiden Itamar

Khamis, 17/03/2011 – Hamas mengutuk peningkatan jumlah penangkapan dan penganiayaan yang dibuat oleh pihak berkuasa Palestin (PA) terhadap penyokong Hamas yang berada di Tebing Barat berikutan terjadinya pembunuhan 5 orang pendatang haram Yahudi di penempatan haram Iltamar 3 hari lalu.

Hamas berkata dalam satu kenyataan media yang dibuat pada Ahad lepas bahawa peningkatan itu bertentangan dengan perbincangan ke arah penyatuan negara yang sedang diadakan. Menurut pergerakan itu lagi, peningkatan itu adalah salah satu usaha untuk menghapuskan kerajaan pentadbiran Hamas di Gaza dan “pelindung projek Palestin”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas sokong cadangan hentikan perpecahan.

Khamis, 17/03/2011 – Hamas melalui jurucakapnya, Dr. Sami Abu Zuhri, menyatakan sokongan dan dukungannya terhadap apa yang diminta oleh barisan popular Palestin, iaitu untuk mengadakan dialog nasional bertujuan membincangkan kaedah menghentikan perpecahan dan menjaga hak dan kepentingan Palestin.

Abu Zuhri dalam sidang media dekat Dataran Tentera, pada hari Isnin (14 Mac), menyeru kesemua rakyat Palestin untuk menyertai rapat umum yang akan dijalankan esok di Gaza dan Tebing Barat, dan kesemua diminta membawa bendera Palestin, untuk menunjukkan kesatuan Palestin di sebalik kepelbagaian.

Abu Zuhri juga meminta PA Abbas untuk berhenti daripada sering menahan para peserta rapat umum dan penyokong di Tebing Barat, sebaliknya memberi mereka peluang kali ini untuk menunjukkan sokongan untuk menghentikan perpecahan. Katanya lagi, PA semakin aktif menangkap para penyokong akhir-akhir ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen