
Rabu, 27/04/2011 – Pihak Autoriti Palestin merancang menyampaikan isu pengiktirafan negara Palestin di atas wilayah jajahan tahun 1967 ketika persidangan tahunan PBB September depan. Boleh jadi PBB menerimanya. Majoriti negara lain akan mengiktiraf usul tersebut kecuali Amerika menggagalkannya dengan menekan sejumlah negara melalui suara menolak.
Israel sedar bila pengiktirafan akan berlaku, perkara ini akan menjadi referensi baru isu Palestin iaitu PBB dan keputusan baru ini akan menjadikan keputusan organisasi dunia lainnya dengan mendukung Palestin dan haknya; dengan cara menganggap penempatan Israel di wilayah Tebing Barat sebagai tidak sah atau menganggap Jerusalem Timur sebagai sebahagian dari “tanah jajahan”, selain penempatan di sekitar kota Al-Quds juga dianggap sebagai tidak sah.
Pastinya resolusi pengiktirafan ini memiliki dua sisi; terbitan resolusi sebagai teori, ini mungkin dan kedua; realisasi resolusi sebenarnya, dan ini mustahil, kerana Israel pasti akan menolak sama ada secara global atau rinci sebab kesannya akan merugikan mereka. Di Israel kini terjadi polemik besar berkaitan isu ini. Harian Haaretz misalnya menyebut masalah ini sebagai “tsunami” yang ditunggu Israel di bulan September. “Netenyahu sedang mengkaji kemungkinan menarik pasukan Israel dari beberapa tempat di Tebing Barat dan memidahkan kewenangannya kepada pihak Auotoriti Palestin ini dalam rangka menghentikan tsunami dunia terhadap Israel.” tegas harian tersebut.
sumber : COMES
penterjemah : osman