
Khamis , 16/07/2009 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang dan menutup pejabat saluran satelit Al-Jazeera di Tebing Barat selepas ia menyiarkan pertuduhan Farouq Al-Qaddoumi, salah seorang pemimpin kanan Fatah, terhadap Mahmoud Abbas dan Mohamed Dahlan pada hari Selasa lepas.













