Selasa, 08/09/2009 – Menurut sumber di kem pelarian Al Jalazoun, timur bandar raya Tebing Barat melaporkan bahawa pada petang Sabtu lalu,dua adik-beradik dari keluarga Ayyash telah ditembak dan dibunuh dalam satu konflik antara mereka dan keluarga Al Masry.
Mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an, dikenal pasti sebagai Imad dan Eyad Jom’a Abu Ayyash. Tiga orang penduduk telah cedera. Anggota polis Palestin dan kakitangan keselamatan berjaya mengawal permusuhan itu dan mengarahkan ahli-ahli keluarga Al Masry untuk meninggalkan kawasan tersebut demi mengelakkan mereka dari terus bersengketa atau membalas dendam.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul
One reply on “Dua orang adik-beradik terbunuh dalam sengketa keluarga di Ramallah.”
bangun la kembali islam
apa kata kita tubuh kan tentera negara-negara islam di bawah satu panji?