
Jumaat, 24/07/2009 – Salah seorang wakil rakyat daripada al-Harakah al-Islamiyyah dalam Majlis Perundangan, Ibrahim Abu Salim menegaskan syarat-syarat yang diletakkan oleh Netanyahu untuk berdamai dengan Palestin telah mengecilkan peluang untuk mencapai perdamaian. Antara syarat tersebut ialah mengiktiraf Yahudi penjajah dan melarang pelarian Palestin daripada kembali semula ke negara mereka. Beliau menegaskan syarat-syarat tersebut membuktikan rundingan dengan Zionis adalah sia-sia.











