Categories
Berita Semasa

Seorang wanita menyalahkan Mossad atas kehilangan suaminya di Ukraine

Isnin , 28/02/2011 – Seorang wanita Ukraine menyalahkan Mossad Israel atas kehilangan suaminya yang mencurigakan pada 18 Februari. Dirar Abu Seesi, ketua pegawai operasi di stesen janakuasa Semenanjung Gaza didapati hilang ketika menaiki keretapi dalam lawatannya ke Ukraine, demikian lapor pusat media tempatan Raed.

“Saya menyalahkan Mossad atas penculikan suami saya kerana saya tahu semua warga Palestin merupakan sasaran,” isteri Abu Seesi, Aqila mengatakan serta menambah bahawa suaminya tiada sebarang hubungan politik.

“Suami saya tidak ada masalah dengan sesiapa di Palestin dan Ukraine, dan beliau juga bukan lah kaya atau memiliki perniagaan besar yang boleh menyebabkan dia diculik,” beliau berkata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

“Jumaat Marah” :Protes Zionis Tutup Jalan Syuhada

Isnin , 28/02/2011 – Kumpulan pemuda di Hebron menyeru tindakan besar-besaran ke jalan Syuhada, menolak tindakan Zionis menutup pintu masuk warga Palestin ke wilayah itu sejak beberapa tahun lalu.

Kumpulan ini mengajak semua masyarakat, pertubuhan atau yayasan sama ada yang rasmi mahupun swasta untuk bergabung dalam tiga kumpulan protes yang akan dilakukan secara bersama. Kumpulan pertama akan bertolak dari hadapan Masjid Ali Al-Buka di wilayah Syaikh, kedua dari Masjid Al-Ras wilayah Jabir dan ketiga dari masjid Shahabat Rasulullah. Semuanya menuju jalan syuhada.

Usaha ini dinamakan “Jumaat Marah” yang akan diikutserta sejumlah relawan dan tokoh nasional. Mereka menuntut dibuka kembali jalan As-Syuhada bagi warga Palestin yang disekat pemerintah Zionis selepas persitiwa serangan terhadap orang Islam yang sedang shalat di Masjid Al-Ibrahimi Hebron oleh seorang ekstremis Yahudi.

Sejak peristiwa tersebut, pemerintah Zionis menutup pintu masuk ke jalan tersebut bagi semua jenis kenderaan. Mereka hanya mengizinkan pejalan kaki dan dengan pemeriksaan ketatpihak keselamatan. Namun sejak awal intifadah tahun 2000 jalan tersebut ditutup sama sekali bagi seluruh warga Palestin. Hanya beberapa meter saja yang masih boleh dilalui.Iaitu bermula dari pintu masuk Zawiyah hingga jalan Sahlah.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Perisikan Israel memerah pekerja Palestin

Isnin , 28/02/2011 – Perisikan Israel memerah rakyat Palestin yang ingin bekerja pada tahun tanah yang dijajah pada 1948 itu, menurut salah seorang pekerja di situ.

Mahmoud Al-Masri, dari Nablus, berkata bahawa agen-agen perisikan Israel di persimpangan Qalqilia mengatakan bahawa dia harus bekerjasama dengan mereka atau permit kerjanya akan dirampas.

Masri menambah lagi bahawa dia menolak untuk bekerja sama dengan mereka yang membuat mereka merampas permitnya. Kejadian yang sama telah berlaku terhadap pekerja lain tetapi mereka tidak memberitahu media. Mereka masih berharap permit itu akan dikembalikan kepada mereka.  Pekerja meminta kumpulan-kumpulan hak asasi manusia untuk segera campur tangan terhadap tekanan kuasa pendudukan haram Israel dan perisikan agar mereka menghentikan tindakan tidak berhati perut itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pesawat Israel Gempur Semenanjung Gaza

Jumaat , 25/02/2011 – Menjelang tengah malam Rabu (23/2), Pesawat tempur Zionis Israel melancarkan serangan udara ke beberapa sasaran di Semenanjung Gaza. Aksi ini berlaku beberapa jam setelah dua serangan yang mengakibatkan seorang warga Palestin syahid dan 16 lainnya cedera.

Sumber-sumber tempatan menyebutkan bahawa pesawat tempur Zionis Israel jenis F-16 melancarkan peluru berpandu ke gudang pertanian di kampung Satr di utara Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza, hingga musnah teruk namun tidak ada yang terkorban. Setelah itu pasukan Zionis Israel menggempur lokasi lain di selatan kota Gaza, iaitu sebuah lokasi yang dikenal dengan “pos keamanan Au Jarad”. Dalam serangan juga tidak ada yang terkorban.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Laporan: PA tangkap 200 penyokong Hamas dalam bulan Januari, 3 ribu lagi pada tahun 2010

Jumaat , 25/02/2011 – Satu laporan yang terbaru mendedahkan bahawa agensi keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) telah menangkap seramai 200 orang penyokong Hamas di Tebing Barat pada bulan Januari 2011, manakala sejumlah 3,000 orang lagi telah ditangkap pada tahun 2010.

Laporan itu yang dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Gaza pada Selasa lalu berkata PA yang dikuasai oleh pergerakan Fatah terus menahan beratus-ratus orang penyokong Hamas dan kumpulan penentang yang lain.

Daripada 3,000 tahanan bermotifkan politik itu, 1,404 orang pernah ditahan di penjara rejim Zionis sebelum ini, termasuklah 49 orang imam masjid, 23 orang professor universiti, 36 wartawan, 32 orang pegawai perbandaran tempatan, 417 pelajar universiti dan 9 orang guru.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pesawat Zionis lancarkan peluru ke atas Gaza.

Jumaat , 25/02/2011 – Pesawat Zionis pada lewat malam Rabu / Khamis melancarkan beberap butir peluru yang disasarkan di sepanjang Jalur Gaza, beberapa jam selepas pelancaran 2 serangan yang mengakibatkan seorang syahid dan 16 lagi warga Palestin cedera termasuk seorang yang cedera parah.

Menurut sumber tempatan kepada wartawan Pusat Informasi Palestin, pesawat perang Israel jenis F-16 telah melancarkan serangan ke atas sekurang-kurangnya satu bidang tanah pertanian di Hay Satr dekat utara Khan Younis (dari selatan Jalur Gaza) mengahancurkan tempat itu keseluruhannya namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.  IOF turut dilaporkan menggempur kawasan lain di selatan Jalur Gaza yang popular dengan nama “zon Abu Jarrad” tanpa laporan sebarang kecederaan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Fatah menyeru agar Hamas digulingkan

Jumaat , 25/02/2011 – Pihak pejuang Palestin mengatakan, kerajaan Fatah sengaja menimbulkan isu menentang Hamas apabila Hamas mendakwa Fatah tidak serius dalam usaha rundingan kebangsaaan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Fatah, Azzam Al-Ahmed baru-baru ini menuduh Hamas menggalakkan perpecahan, dengan itu Azzam menyeru agar Hamas digulingkan.

Dalam satu kenyataan bertentangan sebelum ini, pegawai kanan Palesin, Nabil Shaath telah memperbaharui rundingan damai dengan Hamas dan Perdana Menteri de facto di Ramallah, Salam Fayyad dalam usaha menuju perpaduan termasuk dengan Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

MP Qaraawi: Hamas tidak akan menyertai Pihak Berkuasa Palestin(PA)

Jumaat , 25/02/2011 – Pemimpin Palestin, Fathi al-Qaraawi mengatakan bahawa Hamas tidak akan bergabung dengan kerajaan persatuan yang disebutkan oleh Pihak Berkuasa Palestin pada ketika ini, berkata langkah itu akan bererti “membuang gerakan” untuk Fatah semasa krisis di saat ini.

Qaraawi mengatakan kepada wartawan bahawa Fatah adalah “hidup dalam krisis” di Tebing Barat dan Hamas tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah dalaman Fatah “dengan mengorbankan kepercayaan rakyat Palestin.”

MP menyatakan bahawa kerajaan Salam Fayyad yang berkuasa di Tebing Barat adalah tidak sah, menambah bahawa Fatah tidak akan mampu mendapatkan apa yang dikehendaki dari kerajaan Fayyad, dan bahawa ia “tergoncang” oleh skandal perundingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Ikhwanul Muslimin Mesir akan tubuh parti politik tidak lama lagi.

Jumaat , 25/02/2011 – Ketua kumpulan Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr. Mohamed Badi’a berkata bahawa pejabat pimpinan kumpulan itu telah membuat keputusan pada Isnin lalu agar pihaknya membuat persediaan sekarang ke arah pembentukan sebuah parti politik yang memakai gelaran “Kebebasan dan Keadilan”.

Dalam satu kenyataan media, Dr. Badi’a memaklumkan bahawa sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh para pengasas kumpulan itu akan membuat pengumuman berkaitan dalam masa beberapa hari lagi sebelum mengambil langkah undang-undang. Pemimpin Mesir itu menegaskan bahawa kumpulan itu telah lama menantikan peluang untuk menubuhkan sebuah parti politik sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pasukan Rejim Zionis menangkap pengurus pusat data

Khamis , 24/02/2011 – Pasukan pendudukan haram Israel (IOF) Wadi Hilwa menyerbu pusat data di bandar Silwan di Baitulmuqaddis yang diduduki pada Isnin malam dan menangkap pengurusnya, Jawad Siyam.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa Siyam, yang ketika itu di hukum berkurung dirumah, dibawa ke pusat penahanan Maskobeh.

Pusat berkata dalam siaran media yang Siyam dibenarkan untuk keluar bekerja dua kali sehari sesuai dengan keputusan mahkamah hakim sekali di waktu pagi dan petang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Orang Jerusalem dipaksa untuk meratakan rumah teres

Khamis , 24/02/2011 – Seorang lelaki Palestin dari kampung Suwar Bahir timur Baitulmuqaddis dipaksa untuk meruntuhkan sebahagian dari rumahnya sendiri pada hari Ahad.

Kerajaan Israel memerintahkan Ramzi Attoun untuk menghancurkan dua bilik di kediamannya, kata penduduk tempatan. Mereka mendakwa teres 80 meter persegi yang dibina pada tahun 2008 itu telah dibina tanpa kebenaran.Pihak berkuasa memberi amaran bahawa mereka akan melupuskan sendiri dan pemilik rumah akan dikenekan denda sebanyak 70,000 shekels ($ 20,000) jika mereka gagal mengikuti perintah.Attoun mengatakan dia terkejut menerima notis itu selepas dia membuat permohonan untuk permit bangunan. Tanah tersebut dirancangkan untuk dijadikan jalan yang akan digunakan oleh penduduk Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Menyerbu Rumah dan Pejabat MP Attoun di Jerusalem

Rabu , 23/02/2011 – Sekumpulan tentera Israel pada petang Ahad menyerbu dan menggeledah rumah dan perjabat ahli parlimen Ahmed Attoun di bandar suci, dan juga rumah saudaranya dan menculik sebahagian daripada mereka.

Ahli Parlimen Attoun dan dua pegawai Jerusalem yang berkaitan dengan Hamas memohon perlindungan di ibu pejabat Palang Merah di Jerusalem selepas pihak Israel mengeluarkan arahan agar mereka meninggalkan tempat asal mereka di bandar suci.

Penghalauan mereka merupakan sebahagian daripada polisi pembersihan etnik yang dijalankan oleh Israel semenjak penjajahan ke atas Jerusalem.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Hamas kutuk pengeboman rakyat Libya oleh pesawat.

Rabu , 23/02/2011 – Hamas mengutuk dan menolak tegas tindakan rejim Libya menyerang rakyat Libya yang keluar untuk demonstrasi aman, di samping mensasarkan dan mengebom mereka menggunakan pesawat tentera, kereta kebal, dan mengganas dengan dahsyat, menyebabkan ratusan syahid dan ribuan cedera.

Hamas dalam kenyataan pada hari Isnin (21 Februari) memberi respon terhadap perkembangan situasi Libya sebagai, “barisan para pejuang Palestin, bangsa Arab dan Muslimin, dan seantero dunia mengutuk pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh rejim Libya. Kami juga menyeru kebebasan untuk rakyat Libya.”

Para saksi melaporkan pesawat tentera kepunyaan Presiden Libya, Mu’ammar Gadaffi, melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah jutaan para pendemonstrasi di sepanjang Jalan Shat, yang menghubungkan ibu negara Libya dengan bahagian timur.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas Kecam Regim Libya Tembak Rakyat Yang Berdemonstrasi Dari Jet pejuang

Rabu , 23/02/2011 – Gerakan pejuang Hamas mengecam tindakan regim Libya dalam menghadapi penunjuk perasaan yang mulai bergerak semalam. Mereka diserang dari udara hingga ratusan orang meninggal dunia serta ribuan lainnya cedera.

Dalam penjelasannya, Isnin (21/2) menanggapi perkembangan terbaru situasi di Libya menyusul tindakan massa memprotes tekanan serta sikap anarkis yang ditunjukkan pemerintahan Libya pimpinan Muammar Gadafi, Hamas menyeru rakyat Palestin, para mujahidin serta rakyat Arab dan kaum muslimin secara keseluruhan untuk mengecam tindakan biadab tentera regim Libya. Hamas juga menyeru semua pihak menyokong pejuangan rakyat Libya.

Sebelumnya beberapa saksi melihat pesawat tempur Israel milik Muhammar Gadafi melepaskan tembakan bebas ke arah penunjuk perasaan di jalan Shat yang menghubungkan antara ibukota Libya dengan wilayah timurnya, dimana jutaan penduduk yang berdemonstrasi mulai bergerak dari sana.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Israel yang paling bimbang dengan perubahan kuasa di Mesir

Rabu , 23/02/2011 – Dr Moussa Abu Marzouk, timbalan ketua biro politik Hamas berkata, Israel merupakan pihak yang paling bimbang dengan akibat hasil peralihan kuasa di Mesir. Ini kerana perjanjian damai tidak diperjelaskan statusnya setelah rejim Mubarak diusir.

“Israel bimbang rejim Arab akan menuju demokrasi yang mana akan merubah kedudukan Israel lambat laun,” Abu Marzouk berkata dalam satu temuramah pada Ahad dengan Palestine Today.

Abu Marzouk menambah, kejatuhan bekas rejim Mesir telah mula menggugat kerajaan Fatah di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati