Categories
Berita Semasa

Zionis rancang bina 942 petempatan baru di Gilo dekat Al-Quds

Rabu , 06/04/2011 – Sumber Hebrew mendedahkan bahawa Biro Organisasi dan Pembinaan Petempatan di perkampungan Zionis dekat Al-Quds akan mengadakan mesyuarat pada hari Isnin (4 April) untuk membenarkan pembinaan 942 unit petempatan baru di kawasan Gilo, selatan Al-Quds.

Menurut laman web Yehdiot Aharonot, pelan petempatan itu akan melibatkan kawasan seluas 88,000 meter persegi, di mana 1000 meter persegi dikhusukan untuk ruang perniagaan, 20,000 meter persegi untuk bangunan awam dan 3,500 meter persegi untuk kawasan sukan dan rekreasi, selain merancang untuk meluaskan lagi kawasan untuk tempat tinggal sebanyak 300 unit perumahan.

Radio Zionis melaporkan bahawa pengerusi biro ini, Coby Cahlon, berkata, “pelan ini telah diusulkan sejak bulan Januari lagi, tetapi telah ditunda untuk dibincangkan kerana beberapa perubahan ingin dilakukan terhadap pelan ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen