Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin cedera dalam letupan oleh tentera Israel

Khamis , 27-12-2012 – Seorang kanak-kanak Palestin berusia 12 tahun cedera dalam letupan oleh tentera Israel berhampiran Jericho di utara pelabuhan Jordan Khamis lalu.

Aref Daraghme, Datuk Bandar kawasan Malih dan luar bandar di utara pelabuhan Jordan berkata bahawa Najiya Zamel mengalami kecederaan di kaki akibat letupan yang dilakukan oleh tentera Israel.Beliau berkata bahawa letupan itu berlaku di Hamamat Al-Malih yang sering digunakan oleh pasukan tentera IOF untuk latihan, serta menambah bahawa ramai mangsa cedera akibat letupan yang sama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Mishaal Hubungi Sabra Untuk Ketahui Keadaan Pelarian Palestin di Syria

Khamis , 27-12-2012 – Khaled Mishaal, pengerusi biro politik Hamas, telah menghubungi George Sabra, pengerusi Majlis Kebangsaan Syria bagi membincangkan keadaan kem pelarian Palestin di Syria.

Kenyataan oleh Majlis tersebut pada Khamis menyatakan, Mishaal dalam perbualan telefonnya yang pertama itu memuji pertolongan yang diberikan oleh Majlis terhadap pelarian di Syria yang melarikan diri daripada serangan bom udara yang menyebabkan ribuan penduduk Palestin melarikan diri ke Lubnan dan kawasan-kawasan lain di Damsyik dan bandar-bandar disekitarnya.

Mishaal also appreciated the political and field leaders’ keenness on sparing the refugee camps any possible massacres after military forces were mobilized on the outskirts of Yarmouk and Palestine refugee camps.

Mishaal jiga telah memuji kesungguhan pemimpin politik yang menyelamatkan pelarian Palestin daripada ancaman pembunuhan beramai-ramai dan telah mengerahkan tentera untuk mengawal sekitar Yamen dan kem pelarian Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Zionis Perbaharui Tempoh Tahanan Pentadbiran

Jumaat , 21-12-2012 – Zionis Israel (IOA) memperbaharui penahanan pentadbiran Omar al-Barghouthi selama empat bulan untuk kali keenam berturut-turut.

Kelab banduan Palestin berkata pada Isnin bahawa Barghouthi menghabiskan sepuluh tahun dalam tahanan pentadbiran, tanpa perbicaraan atau tuduhan, daripada pemenjaraan selama 25 tahun beliau dalam penjara penjajah Israel.

Nael Al-Barghouthi, abang Omar dan bekas banduan yang ditahan 34 tahun dalam penjara IOA, menyifatkan penahanan pentadbiran sebagai tindakan berdendam terhadap rakyat Palestin.

Beliau menggesa kumpulan hak asasi manusia untuk segera meletakkan satu pengakhiran kepada langkah itu yang mengancam kehidupan dan kestabilan rakyat Palestin.

Omar mempunyai empat anak lelaki, salah seorang daripada mereka, ASEF, sedang menjalani hukuman penjara 11 tahun di penjara IOA.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Hasil soal selidik menunjukkan peningkatan populariti Hamas rentetan perang Gaza

Jumaat , 21-12-2012 – Satu kajian dijalankan oleh Pusat Polisi dan Soal-Selidik Palestin (PSR) di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menunjukkan peningkatan ketara ke atas populariti Hamas.

PSR berkata dalam kenyataannya pada Isnin bahawa soal-selidik itu dijalankan mulai 13-15 Disember rentetan perang Gaza dan lawatan oleh Khaled Mishaal, pengerusi biro politik Hamas dan penyerahan permohonan Palestin untuk menaikkan status Palestin kepada pemerhati bukan ahli di PBB.

PSR turut menyatakan bahawa Hamas akan memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihanraya parlimen berbanding penemuan kajian pada bulan September.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa menahan kanak kanak 10 tahun untuk dibicarakan

Jumaat , 21-12-2012 – Pihak berkuasa tempatan telah memindahkan dua orang kanak-kanak daripada kampung Kafr Dan, barat Jenin ke sebuah mahkamah tentera untuk perbicaraan, bagi menyertai puluhan kanak-kanak Palestin lain yang dihantar ke penjara Israel.

Keluarga kepada dua orang kanak-kanak yang ditahan tersebut membuat rayuan kepada pertubuhan hak asasi manusia dan pergerakan pertahanan kanak-kanak antarabangsa untuk campur tangan secepatnya dan melepaskan kanak-kanak tersebut.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh keluarga tersebut, penahanan Ihsan Abed (10 tahun) dan abangnya Ayman Rajeh Abed (12 tahun), yang dilakukan di Penjara Megiddo telah dilanjutkan oleh pihak berkuasa tempatan yang telah memindahkan mereka ke penjara tentera pada hari Khamis, di bawah tuduhan palsu dan berniat jahat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menculik 15 rakyat Palestin, 11 daripada mereka hari ini di Tebing Barat

Jumaat , 21-12-2012 – Regim Zionis Israel (IOF) menyerbu kawasan-kawasan yang berbeza Tebing Barat dan menculik 15 orang awam Palestin semasa serbuan ganas di rumah-rumah mereka.

Saksi dari kem pelarian Balata di bandar Nablus melaporkan bahawa Isnin waktu subuh, tentera Israel memecah masuk dan menggeledah rumah Farid Masimi, pengetua sekolah lelaki UNRWA Balata, dan membawanya ke destinasi yang tidak diketahui.

IOF juga menyerbu sebuah rumah di kejiranan Ma’ajeen di Nablus dan menculik warganegara Palestin yang dinamakan Mahdas Shafei.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Petani ditembak di dada oleh rejim Zionis ketika bekerja.

Selasa , 18-12-2012 – Seorang petani Palestin cedera parah selepas tentera Israel (IOF) telah melepaskan tembakan pada beliau semasa bekerja berhampiran bandar Qarara ke timur Khan Younis, selatan Gaza, pada hari Ahad.

Dr Ashraf Al-Qudra, jurucakap kementerian kesihatan di Gaza, berkata bahawa petani berusia 23 tahun telah ditembak dengan peluru di dada. Beliau berkata bahawa askar IOF ditempatkan di timur Qarara yang menembak petani itu, yang telah dibawa ke hospital Nasser untuk rawatan segera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : faridah

Categories
Berita Semasa

Kempen media elektronik sebagai sokongan terhadap banduan pejuang kelaparan

Selasa , 18-12-2012 – Penganjur kempen media elektronik menyokong banduan pejuang kelaparan di penjara Israel berkata bahawa kempen itu bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang banduan pejuang kelaparan dan penderitaan mereka, melalui media baru dan laman rangkaian sosial.

Lara Yahya, jurucakap kempen itu, memberitahu Quds Agensi Akhbar pada hari Ahad bahawa “Hari isnin akan menjadi satu hari antarabangsa berpadu dengan pejuang kelaparan di penjara Israel.”

Berpuluh-puluh muka surat Palestin dan Arab di laman rangkaian sosial, seperti Facebook dan Twitter, akan mengambil bahagian dalam kempen, di samping penyertaan rangkaian terbesar Arab, stesen radio tempatan dan saluran satelit Palestin, tambah Lara lagi

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Wanita cedera dalam serangan pendatang ke atas kampung Einabus

Selasa , 18-12-2012 – Sekumpulan pendatang Yahudi dari yang fanatik dari penempatan Yitzhar diiringi oleh tentera rejim Israel menyerang sekumpulan orang awam Palestin di kampung Einabus, selatan Nablus.

Para saksi melaporkan bahawa seorang wanita Palestin cedera ketika serangan pendatang ke atas salah sebuah rumah di kampung itu. Serangan itu berlanjutan selama beberapa jam pada subuh Ahad. Ghasan Daglas, seorang pakar hal-ehwal penempatan di utara Tebing Barat menjelaskan bahawa puluhan pendatang Yahudi memecah masuk kediaman Hamdan Hussein di Einabus dan memecahkan perabot serta peralatan kaca.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas mengutuk serangan bom udara ke atas kem pelarian Yarmouk

Selasa , 18-12-2012 – Gerakan Hamas mengutuk sekerasnya serangan berterusan ke atas kem pelarian Palestin di Syria menggunakan meriam dan pesawat pejuang.

Hamas berkata dalam satu kenyataan bahawa berpuluh-puluh mangsa seranagn dilaporkan hari ini di kem pelarian Yarmouk selepas jet pejuang Mig mengebom tempat tersebut. Hamas berkata bahawa ia mengutuk pencerobohan ke atas rakyat Syria dan pelarian Palestin di Syria, serta mengutuk pengeboman udara ke atas kem pelarian Yarmouk yang menyebabkan ramai pelarian terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan mencari tempat lain yang lebih selamat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rizqa tolak cadangan Ashton berkenaan dengan sempada Rafah

Selasa , 18-12-2012 – Dr Youssef Rizqa, penasihat politik kepada Perdana Menteri Gaza mengesahkan rakyat Palestin menjangkakan Eropah akan mengangkat pengepungan ke atas Gaza dan tidak akan mendudukinya semula melalui sempadan Rafah.

Wakil tertinggi EU bagi Hal Ehwal Luar Negara, Catherine Ashton berkata EU sedang mempertimbangkan untuk meneruskan pengawasan pemerhati Eropah bagi mengekalkan keselamatan di sempadan Rafah, yang telah diberhentikan sejak 2005.

Rizqa memberitahu ‘Quds Press’ : “tiada justifikasi bagi cadangan Ashton. Eropah diperlukan bagi membantu kami untuk menghentikan keganasan di wilayah Gaza, bukan untuk mengepung sempadan Rafah”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

130 bangunan kerajaan musnah dalam pencerobohan Rejim Zionis

Isnin , 17-12-2012 – Lebih daripada 130 bangunan dan kemudahan kerajaan dimusnahkan dalam pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza yang berakhir selepas 8 hari dalam bulan November.

Yasser Al-Shanti, menteri muda wakil kerja berkata dalam sidang akhbar Selasa lepas, kementeriannya telah mengumpul maklumat daripada pelbagai kementerian sebelum mendedahkan angka tersebut.

Beliau menerangkan bahawa tiga masjid telah musnah sepenuhnya manakala 46 buah masjid yang lain rosak sebahagian daripadanya, juga diberitahu lima tanah perkiburan turut musnah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : izzati

Categories
Berita Semasa

Issawi kritikal ketika dibawa ke hospital

Isnin , 17-12-2012 – Pengurusan hospital di penjara Ramle Israel telah membawa tahanan yang sedang mogok lapar bernama Samer Al-Issawi ke Pusat Perubatan Assaf Harofeh Selasa lalu selepas kesihatannya semakin teruk.

Kakak Samer, Shireen berkata abangnya telah dibawa dalam keadaan kesihatan yang sangat buruk serta mengalami beberapa gejala yang serius sejak kebelakangan ini. Samer, yang telah 135 hari mogok lapar telah mengalami penurunan kadar denyutan jantung yang mendadak, penyusutan tulang, kesukaran bernafas dan gangguan sistem saraf, kata Shireen.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel rampas sebuah kediaman warga Palestin di Hawara

Isnin , 17-12-2012 – Tentera rejim merampas sejak 2 hari lalu sebuah kediaman warga Palestin di Bandar Hawara di selatan kota Nablus di utara Tebing Barat dan menjadikannya pusat ketenteraan sebelum keluar malam semalam.

Fahd Fakhouri, anak kepada pemilik rumah itu menyatakan bahawa rejim menyerbu kediaman mereka di Bandar Hawara dekat stesen janakuasa pada malam Ahad serta menjadikan tingkat 3 sebagai pusat ketenteraan untuk memantau kawasan sekitarnya, kata Fahd.

Warga Palestin itu menambah bahawa tentera Israel yang meninggalkan rumah mereka semalam telah memaksa ahli keluarga memadamkan lampu pada waktu malam dan membiarkan pintu utama terbuka selama 2 hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tender Baru Bagi Pembinaan Rumah di Utara Baitulmuqaddis

Isnin , 17-12-2012 – Pihak berkuasa Israel telah memberikan tawaran untuk meluaskan kawasan penempatan di Ma’ale Adumim pada tanah berkeluasan dua puluh dunum yang dirampas bagi pembinaan unit rumah yang baru di utara Baitulmuqaddis.

Ahmad Sob-Laban, penyelidik Palestin yang pakar dalam hal ehwal penempatan Israel mengeluarkan kenyataan akhbar mendedahkan bahawa tender ini bertepatan dengan kelulusan pembinaan 3426 unit rumah di kawasan E1, dimana Jawatankuasa Perancangan Kawasan dan Pembinaan Israel di Tebing Barat telah meluluskan dua projek beberapa hari lalu. Kelulusan pertama meliputi pembinaan 2176 unit rumah dikawasan tanah berkeluasan 1250 dunum, dan yang selebihnya termasuklah pembinaan 1250 unit rumah dikawasan yang berkeluasan 935 dunum.

Beliau menambah, kedua-dua projek tersebut adalah sebahagian daripada enam projek yang telah dirancang untuk pembinaan 3682 unit rumah baru dikawasan E1, termasuklah pembinaan kawasan industri dan projek infrastruktur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda