
Khamis, 07/03/2013 – Sudah jatuh ditimpa tangga. Barangkali itu ungkapan tepat terhadap nasib tawanan Palestin di penjara Zionis yang melakukan tindakan mogok lapar. Pihak Kementerian Urusan Tawanan pemerintah Palestin di Ramallah mengancam akan menghentikan gaji mereka jika ikut serta dalam mogok lapar.Padahal sepatutnya pihak Otoriti Palestin menekan penjajah Zionis agar menghentikan tindakan menekan tawanan.
Keputusan rasmi Kementerian Tawanan Otoriti Palestin ini disampaikan oleh menterinya, Isa Qaraqi hari ini Ahad (3/3) bahawa jika tawanan meminta keluarganya menyeludup, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.
Kementerian Tawanan Palestin ini menyatakan bahawa mana-mana tawanan yang tertangkap menyeludup barang ke dalam penjara maka gajinya akan dihentikan.
Tawanan Palestin di penjara penjajah terpaksa menyeludup barang-barang keperluan mereka seperti ubat-ubatan, sim card telefon bimbit kerana penjajah menghalang kemasukkan keperluan tersebut ke dalam penjara. Padahal telefon bimbit adalah satu-satunya cara untuk berkomunikasi dengan keluarga mereka. Pada masa yang sama, penjajah Zionis turut melarang kunjungan ahli keluarga.
sumber : COMES
penterjemah : osman